𝟼

75 9 15
                                    

- 𝐇𝐢𝐦 -
“ I fall for your smile every single time. ”
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───


Isabelle menjeling sekilas ke arah Zayden yang sedang berjalan di sebelahnya. Tersenyum-senyum dari tadi. Menyampah pula dia tengok. Gila ke?

“ Stop smiling like a pervert, bitch. ”

Terus mati senyuman Zayden.

“ What? Aku happy okay! Sebab kau dah tak merajuk dengan aku. ” kata Zayden dengan ceria.

Isabelle buat muka. Nasib je tu. Kalau nak diikutkan hati jahatnya ini, dia langsung tidak mahu bertegur sapa dengan Zayden. Tapi disebabkan dia nampak usaha Zayden itu ingin memujuknya, dia maafkan juga. Huh. Nasib je.

“ Kau nak bawak aku pergi mana ni? ”

Zayden tersenyum lebar.

Isabelle mengeluh perlahan. Penatlah dia mahu melayan Zayden. Zayden awal-awal pagi lagi dah buat perangai. Pergi kejut dia pukul 7.00 pagi. Suruh mandi. Nak bawa dia keluar katanya. Dia sebagai kakak yang baik hati akur sahaja. Haih. Walaupun dia sendiri tidak tahu dirinya dibawa ke mana. Dia main ikut saja. Tapi macam jauh.

“ Adalah. Ikut je aku. Kau mesti suka tempat ni. ”

Isabelle buat muka.

“ Mana pergi awek kau tu? Semalam beria sangat nak pergi dating. Asal kau tak bawak dia pergi dating hari ni? Ke dah putus? Huh. ” perli Isabelle.

Zayden ketawa kecil.

“ Sejak bila dia jadi awek aku? Aku tak pernah propose dia pun. Semalam tu kitaorang cuma nak pergi dinner biasa-biasa je. Bukannya date. Kenapa tanya? Jealous? Elehhhhhhh! ” usik Zayden.

Isabelle menggulingkan anak matanya.

Menyampah.

“ Jangan nak perasan. ”

Zayden ketawa lalu memeluk bahu Isabelle.

“ Aku rasa hidup aku lagi better kalau aku ada kau je. Aku malas la nak fikir soal cinta ni. Lambat lagi. Sekarang, bagi aku peluang untuk habiskan masa dengan kau. Sebelum aku busy kerja or sambung degree. Nanti bila aku dah start busy, kau mesti rindu aku kannnn? ” jelas Zayden. Ya ke rindu?

Isabelle mencebikkan bibirnya. Menyampah.

Jangan tunjuk sangat reaction kau, Isabelle.

Nanti Zayden tahu yang kau lemah.

“ Kau nak sambung degree ke? ”

Zayden tersenyum kecil.

“ Entahlah. Aku tak sure lagi. Aku tak nak jauh daripada family actually. Lagi-lagi kau. Tapi bila fikir balik, kau pun ada life kau sendiri. Kau mesti ada impian kau yang kau nak capai. Entah-entah nanti kau dapat kerja dekat luar negara. Tinggal aku dekat sini. Dengan siapa aku nak manja-manja kalau bukan dengan kau? Bosan aku nanti. ”

Isabelle terdiam.

Betul ke? Hm.

. . . . .

“ Ibu, tengok tu! Cantiknya! ”

“ Mana? Apa yang cantik, Qalisy? ”

“ Kakak tu! Kakak tu cantik hehe! ”

“ Ish Qalisy ni ada-ada je. Sejak bila pandai usya perempuan cantik ni? Siapa ajar? Nakal budak ni. ”

“ Daddy ajar! ”

Isabelle tersenyum kecil melihat adegan manis itu. Perbualan antara si ibu dan anak kecilnya. Dia tidak tahu pula yang budak lelaki itu sedang bercakap tentangnya. Kerana dia boleh lihat yang budak lelaki itu curi-curi memandangnya. Comel.

Macam ni ke dia kalau dia ada anak sendiri?

“ Oi, kau tengok apa? ”

Tersentak Isabelle.

Isabelle menjeling tajam ke arah Zayden.

“ Apahal lama sangat kau pergi toilet? ”

Zayden tersengih tidak bersalah.

“ Ada orang mintak tolong aku jagakan anak dia sekejap sementara dia pergi tandas. Aku pun tolong je la. Takkan nak tolak kan? Nanti apa pulak abang tu kata. Lagipun anak dia kecil lagi. Dalam sebulan ke dua bulan macam tu kut. ”

Bukan main panjang Zayden explained.

Isabelle mencebikkan bibirnya lalu menoleh ke hadapan. Dia tidak tahu mengapa dia berada di sini. Airport. Zayden nak culik dia ke? Haish.

“ Tak sekarang ni apa function aku dekat sini? ”

Zayden tersengih.

“ Heiden la. Dia suruh aku ambil kawan abang aku dekat sini. Sebab dia tahu kita ada dekat sekitar kawasan sini. Aku kena ambil la. Kalau aku tak ambil, mati aku woo dengan si Heiden tu. So, lepas kita ambil kawan abang aku, kita pergi tempat tu ya. Terpaksalah mamat tu ikut sekali. Sebab dia akan stay dekat rumah mummy. ” jelas Zayden.

Isabelle mendengus perlahan.

Makin lama makin ramai pula manusia dalam rumah mummy tu. Buat dia rasa tidak selesa pula.

“ Kau tahu tak biasanya kan kalau kawan-kawan abang aku dah start datang sini tu tandanya abang aku nak balik sini tak lama lagi. ” ujar Zayden.

Berkerut dahi Isabelle.

Tak persoalannya kenapa abang si Zayden ni suka sangat menyusahkan orang? Kenapa nak kena angkut kawan-kawan dia sekali ke rumah mummy? Balik sorang-sorang tak boleh ke? Semaklah.

“ Mati abang kau tu kalau dia ada depan mata aku sekarang. Semua orang dia nak angkut bawak balik kenapa? Menyusahkan orang. ” bengang Isabelle.

Tergelak terus Zayden.

“ Abang aku ada pistol tau. Saja cakap. ” bisik Zayden. Isabelle menggulingkan anak matanya.

Annoying.

Pistol je pun.

“ Aku tak takut. Langsung. ” ujar Isabelle tanpa nada. Dengan pakej muka beku dia tu. Aduhai.

Zayden tergelak sinis.

“ Alright, we will see. ”

Isabelle mencebikkan bibirnya. Menyampah.

𝐇𝐈𝐌  ( Slow Update )Where stories live. Discover now