Bab 4

551 66 3
                                    

BAB 4

JAM menunjukkan hampir pukul 10 pagi. Kelibat Klaus masih tak kunjung tiba. Luna sengih melihat ke dalam bilik kaca.
Luna memang dah terbiasa balik rumah awal pagi dan masuk kerja semula pada hari yang sama. Jadi, ianya bukan sesuatu yang mustahil pada Luna.
15 minit kemudian, terlihat kelibat Klaus yang terkocoh-kocoh berlari masuk ke dalam ofis.
Saat pintu kaca tertutup, boleh dengar suara Brian yang tinggi memarahi Klaus.
“Kau ingat ofis ni bapa kau punya? Suka-suka hati masuk lambat?” tengking Brian.
Apa yang buat Brian lebih panas hati sebab ada isu teknikal yang mereka tak dapat nak selesaikan. Benda pula kecemasan.
Klaus aje yang tau macam mana nak buat sebab sebelum ni memang Klaus aje yang uruskan kes itu.
Masuk ofis pun tidak. Telefon yang disediakan syarikat tidak pula dibawa pulang bersama. Mana tak angin Brian dibuatnya.
Awal pagi tadi Brian dah kena sembur dengan bos. Tiba masanya dia hamburkan kemarahan pada Klaus pula.
Klaus hanya mampu meminta maaf sambil mengerling ke arah Luna yang buat muka selamba.
Langsung tak ada rasa bersalah. Ah, bukan salah aku pun. Biasalah kan. Balik kerja lambat. Aku boleh aje masuk ofis on time. Salah dia lah kalau dia masuk lambat.
Luna sengih.
“You buli dia eh?” Hadae menjengah kepala.
“I did not.” Luna menyangkal. Dia cuba sembunyi senyum.
“I dengar you balik pukul 6 pagi. Is it true?”
“I memang selalu balik waktu macam tu kan. Sebelum ni kalau ada projek, memang I stayback sampai waktu macam tu.”
“Tapi dia tak biasa, Lun.”
“Dia perlu biasakan.”
“He’s not our department. Budak IT tak perlu kerja macam kita.”
Luna menoleh ke arah Hadae. “Am I not you boss, Hadae?”
Hadae terkebil-kebil memandang Luna.
“I see that you’re dropping your formality to talk to me.” Sindir Luna.
Hadae terus kunci mulut. “Sorry bos.” Dia kembali ke tempatnya.
Luna merengus. Sibuk aje. Orang macam ni kalau tak ditepis awal-awal, nanti habis semua hal dalam kain kita dia nak sibukkan.
Dari pukul 10 sampai pukul 12, ada aje yang tak kena di mata Brian bila Klaus buat kerja.
Ah sebenarnya takde apa pun. Brian aje yang tak habis baran lagi nak cari gaduh dengan Klaus.
Tapi bila dah sampai nak ke tengah hari, Klaus asyik dimarahi, diherdik, Luna pun rasa kesian. Anehnya, Klaus langsung tak bagitahu Brian pukul berapa dia balik tadi.
Luna gigit dinding pipi. Sakit pula telinga aku mendengarnya.
Terus Luna bangun dan mengetuk cermin bilik kaca.
“Brian, can I talk to you for a second?” panggil Luna.
Brian yang masih dengan muka berkerut terus bangun meninggalkan kerusinya. Klaus buat muka selamba dan meneruskan kerjanya.
“Tak ke you rasa you a bit over dengan Klaus?” tegur Luna.
Brian kerut dahi. “Why do you even care. Dia bawah I. Kalau apa yang dia buat tu salah, it’s my job to correct him.”
“By yelling at him? Malukan dia depan semua orang? Come on, everyone knows you’re mad at him sebab pagi tadi you dah kena bungkus dengan bos.”
Brian menggelegak.
“I don’t need you to tell me how to teach my subordinates, Ms Luna.” Keras dan tegas suaranya.
“Dia bagi tahu you tak pukul berapa dia balik tadi?” soal Luna.
“Tadi?”
“He’s with me staying at the office since yesterday until this 6 am. Waktu mula-mula I stayback dulu pun I masuk office lambat. It’s a new thing for him. So please.. bagi muka sikit.”
“Dia tak bagitahu pun yang dia stay back.” Brian raup wajah.
“I’m not sure why, but I think it’s to stop yelling at him.”
Brian merengus.
“But still, benda ni salah dia. Kalau aje dia bawa balik phone company..”
“This is your team. You’re the leader. You’re expected to know everything yang anak-anak buah you buat. You’re expected to know every skills yang dia orang tahu. Sebab tu you leader. So you tak boleh nak salahkan Klaus kalau dia seorang dalam team yang tahu macam mana nak handle past cases. Everyone in your team should know. Plus, you know it’s a policy for not bringing home your company’s phone.” Dihambur semuanya pada Brian.
Ego lelaki itu tercabar.
“You should stay on your own place, Ms Luna. You tak sepatutnya sibuk kacau IT department.”
“This is not your company, or mine. We are all in this together. To help each other. I need your subordinates and you can’t say no.” Luna menjeling.
Suasana antara Luna dan Brian tiba-tiba menjadi tegang.
“Bos.” Klaus datang menghampiri dengan pendrive di tangan.
Bebola mata Luna beralih pada Klaus. Lelaki itu boleh hidu suasana tegang antara dua bos itu.
“I’m gonna put him under my department until our special project is done.” Luna bersuara keras.
“Dia masih di bawah department I!” Brian tak mahu mengaku kalah.
“We’ll see.” Luna terus berlalu untuk berjumpa dengan General Manager.
Brian ketap gigi. Dia tenung ke arah Klaus dengan rasa tak puas hati.
“Kenapa kau tak bagi tahu aku yang kau balik pukul 6 pagi tadi?”
“Tak ada isu pun kalau I balik lambat. It’s my fault sebab datang lambat.” Klaus langsung tak menyalahkan sesiapa.
“Kau ada apa-apa ke dengan perempuan tu?” soal Brian.
Berkerut dahi Klaus.
“No!”
“Kenapa dia sibuk nak pertahankan kau?”
Klaus diam aje. Tak tahu nak cakap apa. Luna yang sibuk, bukan dia yang minta dipertahankan.
“Sekarang dia nak claim kau pula? Are you guys some sort of lover or what?” angin pula Brian dibuatnya.
Klaus merengus. Apa yang perempuan ni nak?

Hey, Klaus [PUBLISHED] Where stories live. Discover now