SEKEJAP aje Luna buat kerja. Tahu-tahu dah sampai Montana. Tahu-tahu dah check in Vason.
Tapi dalam hotel ni ada beratus bilik. Mana satu bilik Klaus? Macam mana dia nak terserempak dengan Klaus?
Fun fact. Lelaki—silalah takut dengan keupayaan seorang perempuan untuk mencari-menggali-dan mengintip.
Sekejap aje dia dapat kalau dia nak. Begitu juga dengan Luna. Room 432.
Luna sengih. Dia dengan muka tak tahu malu meminta ditempatkan bertentangan dengan bilik 432.
Selesai check in, Luna berbaring di atas katilnya. Bilik di hotel ini besar! Terlebih besar sebenarnya. Dia macam, penthouse.
Bosan sendirian di sini dan tak tahu aktiviti apa yang dia boleh lakukan di sini.
Kerja gila, kan Luna?
Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi dari bilik hadapan. Berdecit dia berlari dan meneropong melalui kanta mata ikan yang melekat di pintu.
Klaus!!!!
Dia senyum lebar! Luna atur rancangan.
MALAM itu, Luna bersiap dan hanya menunggu masa aje Klaus keluar dari bilik. Takkan terperap dalam bilik lama-lama kan?
Dengar aje pintu dibuka, Luna pun sibuk berlari dan membuka pintunya.
Klaus terkesima saat matanya jatuh pada tubuh Luna di hadapan pintu.
Luna buat muka terkejut.
"Klaus?" Luna dengan wajah palsunya.
"What are you doing here?" tanya Klaus.
"What are you— doing here?" Luna berbalas soalan.
Klaus segera katup pintu dan mendekati Luna.
"Are you following me?"
"What? No!" Luna tinggi suara.
"This is my summer vacation." Luna menegakkan.
Klaus gigit dinding pipi. Macam mana boleh jadi terlalu kebetulan ni?
Tapi yang anehnya, penampilan Klaus tak seperti di pejabat. Lain sangat. Lagi.. hensem?
T-shirt hitam dipadankan dengan seluar hitam dan tidak berkaca mata. Rambut mungkin ada calit gel? Elok terletak.
Klaus telan air liur.
"Berapa lama kau ada kat sini?" tanya Klaus.
"A week," jawab Luna tanpa ragu.
Klaus hela nafas berat. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Luna. Geram sebenarnya. Ke mana aje dia pergi, takkan perempua ni ada?
Luna terpinga-pinga bila ditinggalkan begitu aje. Terus dikejar lelaki itu tanpa rasa malu.
"Hey, you kat sini seorang ke?" tanya Luna.
Klaus tak menjawab. Dia terus menekan butang lif dan menunggu hingga pintu lif terbuka.
"Kalau you seorang aje kat sini, mungkin kita boleh.."
"Ms Luna. Enough is enough. Jangan jatuhkan air muka kau lagi. I clearly rejected you. Stop, what ever you're doing."
Luna ketap gigi. Bunyi lif berdeting. Klaus terus masuk ke dalam perut lif. Luna membuntuti.
YOU ARE READING
Hey, Klaus [PUBLISHED]
Action*WARNING, INI CERITA CLICHE* Luna, seorang wanita berkerjaya yang sudah melangkah masuk ke alam 30-an. Tapi disebabkan pernah dilukai, dia berhenti untuk mencari pengganti. Setelah didesak Ariel, kawan baiknya untuk mencari pengganti bagi menemaniny...