MACAM nak gila Luna dibuatnya. Klaus beri dia masa seminggu untuk bersiap sedia untuk 'dilenyapkan'.
Macam mana dia nak bagi tahu Em? Macam mana dia nak cakap dengan Ariel? Keluarganya macam mana?
Nak pecah kepala, Luna dibuatnya. Kertas yang berada di dalam pegangannya dipegang kuat.
Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihela.
Jam 10 pagi, dia terus bangun dari tempat duduknya dan melangkah masuk ke dalam bilik general manager.
Pintu terkatup rapat. Tak sampai 10 minit..
"What?!" satu aras boleh dengar suara jeritan general manager mereka.
Jenuh Luna nak terangkan, macam-macam alasan dia bagi, tapi pengurusnya itu tetap tak mahu ambil tahu.
"I don't care. I'm not going to accept your resignation." Jerkah suara lelaki itu.
Banyak kepala yang mula menjengah. Luna? Nak resign? Mustahil. Satu bangunan tahu macam mana gigihnya seorang Luna bila bekerja.
Semua orang tahu yang perempuan itu takkan pernah berhenti daripada kerjanya sampai mati!
Tapi kenapa tiba-tiba Luna nak berhenti? Terlalu mendadak. Lagi-lagi Klaus pun dah berhenti secara mengejut tempoh hari.
"I'm sorry." Hanya itu yang mampu Luna ungkapkan.
"I don't fucking care. I tahu you di sini sebab you ada networking dengan Miss Ariel. I used to hate you because I don't think you deserve to be in this company. But your work prove me wrong. You're entitled to this position. You deserve every bit of it. Don't disappoint me, Luna." Ada sedikit rasa sayu di suara bosnya.
Hampir meleleh air mata Luna tapi dia tak ada pilihan.
"This is confidential, but I'm getting married." Beritahu Luna tiba-tiba.
Tersentak bosnya.
"You? Married?" lelaki itu ketawa besar sesaat sebelum tawanya mati mengejut.
"You're kidding me, right?"
"No sir."
Lelaki itu merenung ke dalam anak mata Luna.
"You're not that kind of person, Luna." Serius.
Luna tarik nafas dalam-dalam. Belum sempat dia buka mulut, bosnya terlebih dahulu mencelah.
"Fine, if you're getting married. Tapi jangan jadikan ianya alasan untuk you berhenti kerja. Kahwinlah, tak ada siapa halang. Tapi jangan jadikan perkahwinan sebuah penghalang untuk karier you, Luna. You're the best at your work. Jangan sia-siakan."
Luna terharu sungguh.
"I'm sorry, but I have to go."
"Luna.."
Mata Luna sudah bertakung dengan air mata.
"I akan berpindah. Jauh dari sini. Sebab bakal suami I bekerja jauh dari sini. I have to be with him."
Mata mereka bertembung. Beratnya hati.
Lelaki itu mengeluh. "I baig you tempoh seminggu untuk you fikirkan semula keputusan you." Surat perletakan jawatan itu ditolak ke arah Luna.
Luna tolak semula.
"I'm afraid I don't have a week, sir."
Berkerut dahi lelaki itu.
YOU ARE READING
Hey, Klaus [PUBLISHED]
Action*WARNING, INI CERITA CLICHE* Luna, seorang wanita berkerjaya yang sudah melangkah masuk ke alam 30-an. Tapi disebabkan pernah dilukai, dia berhenti untuk mencari pengganti. Setelah didesak Ariel, kawan baiknya untuk mencari pengganti bagi menemaniny...