Namjoon mematikan enjin motosikalnya. Motosikalnya diparkir di halaman rumah. Namjoon tadi bertemu dengan satu-satu rakan baiknya, Jackson. Macam-macam topik mereka bual sambil bermain dam haji.
Sejak dua tiga hari ini, Namjoon sering sakit sendi terutama bahagian belakang. Mungkin sebab dia terlampau bekerja berat. Dalam sehari dia ambil 10 upah mesin rumput. Mana tak sakitnya.
Berbalik pada situasi sekarang, Namjoon terpandang sekujur tubuh yang amat dikenalinya sedang duduk di tangga rumah. Taehyung.
Mata Taehyung tertutup rapat. Kepalanya disandarkan pada tiang rumah. Namjoon menghampiri Taehyung.
Dahi Namjoon berkerut. Belakang tapak tangan naik menutup hidungnya. Busuk! Bau alkohol!
Taehyung sebenarnya sudah 3 hari tidak pulang ke rumah. Dia ini memang jarang berada di rumah. Asyik duduk pondok di belakang kebun ketua kampung. Apa lagi? Berjudi je la kerjanya.
"Tae! Kau ni tak habis-habis minum minum minum! Bila kau nak berhenti ni ha?!" tengking Namjoon. Taehyung yang mendengar pekikan daripada Namjoon, membuka matanya.
"Kau bebel apa ni, ayah? Boleh diam tak?" kata Taehyung perlahan. Matanya menjeling Namjoon.
"Tae! Tak malu ke orang kampung mengata kau?!" marah Namjoon lagi.
"Ayah, aku tak kisah la orang kampung nak cakap apa pun. Mulut diorang, lantak diorang la." jawab Taehyung. Namjoon hanya mendiamkan diri. Dia menaiki tangga mahu masuk ke dalam rumah tapi sempat ditahan Taehyung.
"Yah, aku nak duit. Sikit je." Tangan dihulurkan ke arah Namjoon.
"Duit duit duit! Itu je la kerja kau!" marah Namjoon. Tiba-tiba ada suara menyampuk.
"Ayah, Tae nak duit se-sebab nak beli arak je kerja! Di-dia tak nak pu-puasa macam Hobi!" kata Hoseok. Taehyung mula berdiri. Hatinya mula terbakar.
"Kau cakap apa?!" Taehyung menunding jari ke arah Hoseok. Giginya diketap. Dia memang benci pada Hoseok.
"Kau tu asyik mi-minta duit kat ayah je!" Hoseok tengking Taehyung. Lidahnya terjelir-jelir. Matanya terkenyit-kenyit.
Taehyung yang sudah tidak dapat menahan sabar, menarik tangan Hoseok sehingga Hoseok terjatuh di halaman rumah. Hoseok menangis menahan sakit.
Taehyung pantas membelasah Hoseok tanpa belas kasihan. Namjoon terjerit-jerit dan cuba menahan perbuatan Taehyung. Tapi, apalah kudrat orang tua?
Jimin dari dalam rumah, segera turun menghampiri Taehyung. "Woi!" jerit Jimin.
"Tae sudah la tu!" jerit Namjoon. "Ayah!" Hoseok berteriak minta tolong.
Jimin mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar. Aplikasi TikTok dibuka. Pantas dirakamnya kejadian yang sedang berlaku.
APA KEJADAH LA DIA PERGI RAKAM! BUKANNYA NAK TOLONG!
"Guys, adik saya tengah bantai hyung saya. Jangan lupa copy link banyak kali guys baru saya call polis!"
Butang 'Post' ditekan.
Tiba-tiba, Yoongi entah datang dari mana, menumbuk muka Taehyung sehingga terbaring lelaki itu. Namjoon segera mendapatkan Hoseok yang sudah lunyai dipukul oleh Taehyung.
Yoongi menumbuk Taehyung sehingga bengkak bibirnya. Kemudian, dilepaskannya si Taehyung. "Apa masalah kau?! Kau nak bunuh hyung kau sendiri ke?!" jerkah Yoongi.
"Kalau mulut dia tak celupar aku tak pukul dia lah!" balas Taehyung.
"Kau pergi daripada sini!" Halau Yoongi. Taehyung menjeling Hoseok dan Yoongi sebelum dia melangkah pergi daripada situ. Namjoon pula memapah Hoseok naik ke rumahnya.
Yoongi menjeling Jimin. Jimin menelan air liur. "Kau boleh tak berhenti buka aib keluarga sendiri?! Jangan post benda-benda macam ni hanya sebab kau nak populariti je!" Yoongi menolak Jimin lalu dia pergi masuk ke dalam rumah.
Jimin menggulingkan biji matanya. Bagi dia, semua orang yang menghalang perbuatannya itu hanya cemburu dengan dia. Maklumlah, sekarang Jimin kan famous.
🎆
HEYYYYYY
APALAH JIMIN NI SEMUA BENDA NAK UPLOAD 😕
TAE PUN SAMA, PUKUL HOBI PULAK! 🥺
KORANG BAWAK HOBI PERGI HOSPITAL SEKARANGGGG! 🚑🚑🚑🚑
JANGAN LUPA VOTE + COMMENT K BYE <3
YOU ARE READING
✅ Ayah • BTS
Фанфик💔 SAD ENDING! 💔 Edisi Ramadan 🌙 Kehidupan seorang ayah bersama 6 orang anak lelaki yang pelbagai ragamnya sepanjang bulan puasa. "Jin, raya ni jangan lupa balik ya?" -Namjoon "Ha tengoklah nanti. Saya busy ni." -Seokjin "Kalau aku tak jual mercun...