Namjoon mengurut bahagian tulang belakangnya. Lenguh. Dia sudah lama berkhidmat sebagai tukang mesin rumput. Dia mengambil upah mesin rumput di kawasan rumah orang. Pendapatan tak tetap. Bergantung kepada hati budi orang kampung yang memerlukan perkhidmatan mesin rumput Namjoon. Kalau ada lebih, rezeki.
Namjoon kini berada di kawasan perkuburan. Dia membersihkan kawasan tersebut.
Namjoon mengeluarkan telefon bimbit jenama Rokiah. Telefon lama. Cukup sekadar dia untuk menghubungi dan mesej orang. Bukannya anak-anaknya tak mampu belikan dia telefon baru lebih-lebih lagi si Seokjin. Tapi, Namjoon yang tak mahu. Katanya tak reti guna.
Dulu, Seokjin pernah belikan Namjoon sebuah telefon jenama Samsiong. Tapi, Jimin yang rembat.
Nombor telefon Seokjin dicari dan dihubungi. Beberapa saat kemudian, panggilan dijawab.
"Hello, ayah!"
"Hello, Jin! Apa khabar kau? Lama tak call ayah."
"Saya okay je, yah. Busy ni, kejap lagi ada meeting nak buka cawangan kat Malaysia."
"Oh yeke? Hmm, ayah ganggu kau la ni?"
"Tak la. Ayah nak cakap apa? Cakaplah cepat."
"Ni ayah nak tanya, raya tahun ni kau balik tak?
"Ha nanti suruh Encik Sameon tu sign kat borang ni tau? Ha apa dia ayah?!"
"Raya tahun ni kau balik kampung tak?"
"Tak tau lagi la ayah. Nanti saya bincang dengan isteri saya."
Oh, lupa nak bagitahu. Seokjin sudah berkahwin dan dikurniakan 2 cahaya mata. Sepasang. So korang tak boleh try Seokjin dah. Hiks.
"Kau ni, dah lama tak balik kampung, raya dengan kami kat sini. 6 tahun dah. Last kau balik masa anak kau yang bongsu tu masih bayi lagi. Sekarang dia dah 6 tahun. Entah dia kenal muka atok sendiri ke tak."
"Ala ayah ni bebel pulak!"
"Bukan bebel. Kau tu asyik raya kat kampung isteri kau je. Kau tak nak raya dengan ayah dah ke? Kau dah buang ayah?" Namjoon mula berkecil hati.
"Apa ayah cakap ni? Ayah kan ada anak-anak yang lain. Tak la sunyi sangat pun! Itu pun nak kecoh."
"Hmm lantak kau la Seokjin. Aku rasa aku dah masuk dalam lubang kubur pun kau tak balik agaknya."
"Ok la nanti saya tengok jadual macam mana. Cuti macam mana nanti. Bye."
Belum sempat Namjoon membalas, Seokjin sudah pun mematikan panggilan. Dasar anak kurang ajar.
"Haih, nampaknya tak balik lagi la raya tahun ni." Namjoon menghela nafas berat. Kacang lupakan kulit. Nasib baik tak kena sumpah jadi batu.
Namjoon memandang pusara isterinya daripada jauh. Matanya berubah kuyu. Hatinya sayu apabila Seokjin, anak kandungnya, jarang menjenguk dia dan keluarga. Kubur isterinya pun jarang dia ziarah.
"Didikan apa lagi yang tak cukup pada anak-anak kita? Bahagian mana yang Joon salah didik sampai anak-anak kita jadi macam ni?" keluh Namjoon.
Namjoon menaiki motosikal sambil membawa mesin rumputnya pulang ke rumah.
🎆
APA NI SEOKJIN TAK NAK BALIK RAYA!
KORANG PAKSA DIA PAT! 😌
Sorry lambat update 😭😭😭
Selamat berpuasaaaaa ❣️
YOU ARE READING
✅ Ayah • BTS
Fanfic💔 SAD ENDING! 💔 Edisi Ramadan 🌙 Kehidupan seorang ayah bersama 6 orang anak lelaki yang pelbagai ragamnya sepanjang bulan puasa. "Jin, raya ni jangan lupa balik ya?" -Namjoon "Ha tengoklah nanti. Saya busy ni." -Seokjin "Kalau aku tak jual mercun...