10 ♡

29 5 0
                                    

Sejak kematian Hoseok, rumah Namjoon menjadi sunyi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak kematian Hoseok, rumah Namjoon menjadi sunyi. Selalunya, rumah ini dipenuhi dengan suara Hoseok. Hoseok itu petah orangnya.

Tapi, kenapa mesti Tuhan ambil Hoseok dulu?

Betul kata orang. Orang yang baik mesti pergi dulu.

2 hari genap pemergian Hoseok. Namjoon tidak bekerja. Dia sering termenung mengingatkan Hoseok. Bukan dia tak boleh terima kenyataan. Cuma, dia tak sangka atas pemergian Hoseok yang mengejut.

Jimin pula, dia masih lagi trauma. Dia memang tak bercakap sejak daripada kematian Hoseok. Dia masih lagi menggigil. Jimin selalu dapat mimpi aneh. Setiap tengah malam, dia akan menjerit ketakutan. Dan Namjoon la yang memujuknya.

Seokjin, masih lagi tak dapat dihubungi. Semua nombor ahli keluarganya di-block. Padanya, ahli keluarganya hanya menelefon untuk mendesak Seokjin pulang ke kampung. Seokjin rimas. Sebab itulah dia bertindak sedemikian.

Namjoon mengeluh. Apa lagi dugaan yang Tuhan ingin beri padanya?

"Sekarang, isteri aku dan Hobi dah ada kat atas sana." kata Namjoon perlahan.

🎆

Sementara itu, Yoongi dan rakan-rakannya sibuk menjual mercun di bazar Ramadan. Lokasi perniagaan mereka agar jauh dari tumpuan orang. Mereka berniaga di hujung bazar.

Bukan apa, mereka risau kalau nanti pihak polis menjejaki mereka. Dah la mercun tu mercun curi.

"Dik dik! Ni hyung ada jual mercun ni meh la tengok!" pelawa Yoongi.

"Mercun tak boleh main la, hyung! Nanti tangan putus." kata kanak-kanak lelaki itu lalu pergi meninggalkan Yoongi.

"Eh eh! Banyak cakap pulak!" marah Yoongi.

Tiba-tiba, ada sekumpulan remaja lelaki menghampiri Yoongi. Nak beli mercun.

"Hyung, mercun ketupat ni berapa?"

"Mercun ketupat 4400 KRW. Tu harga paling murah tau! Kat tempat lain semua mahal." jelas Yoongi.

"Eh ni tengok ni. Ada banyak lagi ni mercun. Mercun das, mercun ketupat, bunga api, mercun pop, mercun papan, mercun bola, mercun telur, mercun gasing, mercun roket semua ada. Harga pun boleh bincang. Ha pilih pilih!" Yoongi mempromosikan jualannya.

"Hyung, thunder king tak ada ke?"

"Eh siapa kata tak ada?! Ada! Jap hyung amik dalam van." kata Yoongi lalu mengambil stok mercun thunder king.

"Hyung, mercun naga 2 kotak."

"Boleh, boleh! Total 8815 KRW." kata Yoongi setelah menekan kalkulatornya.

Tibat-tiba, datang sekumpulan polis ke gerai Yoongi. Remaja-remaja tadi yang membeli mercun, terus berlari tak cukup tanah. Mercun yang mereka pegang dicampak entah ke mana.

Yoongi terkejut dengan tindakan drastik mereka. Lagi bertambah terkejut, apabila dia ternampak sekumpulan polis menghampirinya. Rakan-rakan perniagaannya tidak sempat meloloskan diri mereka. Tangan mereka sudah digari.

Begitu juga dengan Yoongi. Yoongi berteriak minta untuk dilepaskan.

"Woi apa masalah korang ni ha?! Lepaskan aku! Aku tak buat salah!" jeritnya. Polis itu hanya mengabaikan jeritan Yoongi. Orang ramai mula berkerumun seperti semut mendapat gula. Mereka menyaksikan kejadian itu. Ada yang merakam.

"Diam! Anda ditahan atas sebab menjual barangan berbahaya dan barangan curi. Ikut kami ke balai. Masuk dalam lori!" arah polis itu.

"Eee apa benda ni?! Tak nakkk! Tak nakkk!!" teriak Yoongi.

Setelah sampai ke balai polis, Yoongi masih lagi merentus minta dilepaskan. Kenapa Ramadan tahun ni dia tertangkap pula?!

Yoongi ditolak masuk ke dalam sel penjara kemudian dikunci oleh polis yang bertugas. Yoongi memeluk besi sel itu.

"Encik, tolong lepaskan saya encik!"

"Diam kamu! Kamu tidak akan dibebaskan kecuali ada jaminan!" Polis itu terus pergi meninggalkan Yoongi. Yoongi menangis tidak keluar air mata.

"Ayah! Tolong aku, ayah! Aku janji akan berubah lepas ni!"

🎇

Tok! Tok! Tok!

Namjoon segera membuka pintu rumahnya. Dia terkejut kerana ketukan pintu itu sangat kuat. Namjoon bertambah terkejut apabila ternampak beberapa orang pegawai polis datang ke rumahnya.

"Ada apa ya ni?" tanya Namjoon.

"Kami datang untuk memaklumkan bahawa anak encik, Yoongi, telah ditahan atas sebab menjual barangan berbahaya dan kes kecurian." jelas salah seorang pegawai polis itu.

Mata Namjoon membulat. "Apa?!"

"Dia hanya dibebaskan atas jaminan."

🎇

✅ Ayah • BTSWhere stories live. Discover now