13 ♡

34 7 0
                                    

(nI PUN MALAS EDIT HEADER GAK HAHAH)

"Awak! Dah siap ke belum?" tanya Seokjin kepada isterinya. "Sekejap!" 

Sekejap lagi, Seokjin, isteri dan anak-anaknya akan berangkat pergi pulang ke kampung isterinya. Seokjin membetulkan sampin di pinggang. 

"Appa!" panggil anak perempuan Seokjin. Seokjin berpaling ke arah anaknya. "Ya, sayang?" Seokjin mendukung anaknya. 

"Appa? Kita tak pernah balik kampung appa. Appa tak ada kampung ke? Saya tak ada datuk dan nenek ke?" tanya anak Seokjin bertubi-tubi. Senyuman di bibir Seokjin mula hilang. 

Dia terkedu. Tiada jawapan. 

"Dah, jom!" Datang isteri Seokjin tiba-tiba. Seokjin meletakkan anaknya semula di bawah. 

Ayah.....

Patut ke aku balik ke rumah ayah?

🎇

"Selamat! Hari Raya! Kepada saudara serta saudari!" Jimin menyanyi-nyanyi sambil menari di halaman rumahnya. Tangannya memegang bunga api. 

Haihh macam budak-budak. 

Hari ini. Pagi ini. Datangnya bulan Syawal menggantikan bulan Ramadan yang telah pergi. 

Bila diingatkan balik, macam-macam perkara yang terjadi dalam bulan puasa tahun ini. Namjoon kuat. Dia berjaya menghadapi dugaan yang menimpa diri dan keluarganya. Walaupun tanpa isteri di sisi.

Kini, tinggallah Namjoon bersama Jimin, Taehyung dan Jungkook. Jimin sudah kembali seperti dulu. Dia sudah jadi Jimin yang periang, bukannya pendiam. 

Taehyung sudah beransur pulih. Cuma tangannya lagi masih berbalut. Dia sudah insaf atas perbuatannya selama ini. 

"Woi Chim! Apa benda la main bunga api siang hari ni?" jerit Taehyung dari tingkap. Jimin menoleh ke arahnya. Dia menjelirkan lidah. 

"Suka hati aku la! Nak upload TikTok!" balasnya. Taehyung menggulingkan biji matanya. 

"Hyung! Hyung!" panggil Jungkook sambil menolak kerusi rodanya ke arah Taehyung. Jungkook pun sudah insaf. Kejadian yang berlaku padanya telah membuka pintu hatinya untuk berhenti menjadi Jungkook yang lama. Dia pun sudah dapat menerima hakikat bahawa dia sudah cacat kekal seumur hidup. 

Tak apalah, tak ada kaki pun tetap hesmes

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tak apalah, tak ada kaki pun tetap hesmes. 

Eh?

"Nak apa kau?" tanya Taehyung. 

"Ni betulkan sampin aku ni, hyung." pinta Jungkook. 

"Kau ni dah tak ada kaki pun nak pakai sampin lagi." gurau Taehyung. Jungkook menampar lengan Taehyung. "MULOTTT!! Jaga sikit eh?!" Jungkook memuncungkan mulutnya. 

✅ Ayah • BTSWhere stories live. Discover now