Namjoon menggaru kepalanya kasar. Lepas satu, satu dugaan yang menimpa dirinya. Yoongi sudah masuk ke dalam penjara. Dia hanya boleh dibebaskan jikalau ada jaminan.
Jaminan? Heh! Manalah Namjoon mampu.
Tiba-tiba, Namjoon mendapat idea. Hanya orang ini sahaja yang boleh dia minta tolong.
Ya, Seokjin.
Namjoon segera mengambil telefon bimbitnya. Nombor telefon Seokjin dihubungi. Tetapi, gagal disambung. Sekali lagi Namjoon mencuba.
Sementara itu, Seokjin sudah menggaru-garu kepalanya. Runsing dengan gangguan daripada ayahnya. Sikit-sikit nak call!
"Apa lagi ayah ni?!" jerit Seokjin sambil menghempas fail kerjanya. "Tak habis-habis nak telefon. Makin nak dekat raya, makin banyak kali dia call. Nak suruh aku balik raya la tu! Jangan harap!" bebel Seokjin seorang diri.
Seokjin membaling telefonnya ke arah dinding menyebabkan telefonnya pecah. Senyap. Telefon tidak berdering lagi.
Namjoon melihat telefonnya. Terus terputus panggilan. "Haih, kenapa dengan anak sulung aku ni?" Namjoon mula risau.
"Habis siapa yang aku boleh minta tolong ni? Ya Tuhan, selamatkanlah Yoongi anak aku." kata Namjoon sayu. Dia menghela nafas berat.
Namjoon bangun dan masuk ke dalam rumahnya. Hari semakin suntuk. Kejap lagi sudah nak berbuka. Namjoon menoleh ke arah ruang tamu. Kelihatan Jimin sedang duduk termenung memandang televisyen yang tidak dihidupkan.
Keadaan Jimin sekarang kian pulih. Dia sudah tidak menggigil lagi seperti dulu. Tapi, dia masih lagi kurang bercakap. Dia mula menjadi pendiam.
Namjoon mengusap bahu anaknya itu. "Chim, jom. Kejap lagi nak berbuka dah." Jimin mengangguk lalu berjalan perlahan ke arah meja makan.
Namjoon kini sudah tidak ada siapa-siapa lagi melainkan Jimin dan Jungkook. Jungkook pun sebenarnya jarang ada di rumah. Dia banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawannya. Maka, tinggallah Jimin yang sememangnya 24 jam di rumah.
Taehyung? Entahlah. Dia sudah lama tak balik. Entah hidup, entah tidak.
🎇
Namjoon membetulkan kopiahnya. Dia tersenyum setelah dia berpuas hati dengan penampilannya. Nak pergi masjid mestilah kena kemas dan bersih.
"Chim, dah siap ke? Jom!" ajak Namjoon. Jimin tidak memberi sebarang respon. Sebaliknya, dia hanya berjalan ke arah pintu utama rumah. Tanda dia sudah bersiap.
Sebaik saja Namjoon membuka pintu rumahnya, tiba-tiba ada beberapa orang kampung berkerumun seperti ada gula ada semut LAHHH PERIBAHASA-- berkerumun di halaman rumah Namjoon. Salah seorang daripada mereka menerpa ke arah lelaki itu.
"Joon! Anak kau..."
Namjoon mula panik. "Ha? Anak aku? Anak aku yang mana ni?" tanya Namjoon bertubi-tubi.
"Taehyung! Kami nampak Taehyung pengsan dan terapung dalam parit." jelas orang kampung.
"Apa?!"
🎇
Namjon berjalan ulang-alik di hadapan wad yang menempatkan Taehyung. Sudah hampir 3 jam dia berada di situ, menunggu komen daripada doktor berkenaan dengan keadaan Taehyung. Hatinya tidak putus mendoakan anaknya, Taehyung.
Walau jahatnya Taehyung sekali pun, dia tidak akan pernah membuang anaknya itu. Taehyung saja yang mengetepikan Namjoon.
Tak lama kemudian, keluar doktor dan beberapa orang jururawat dari wad Taehyung. Namjoon segera menghampiri doktor itu. "Doktor, anak saya tak apa-apakan?"
Doktor yang memakai tanda nama 'Yeji' memegang bahu Namjoon.
"Harap Encik Namjoon banyak bersabar. Taehyung dalam keadaan yang kritikal. Dia masih lagi tidak sedarkan diri. Tangan kanan dan bahagian tengkuk cedera parah. Saya percaya yang Taehyung cedera akibat dipukul dengan senjata tajam." jelas Doktor Yeji panjang.
Lutut Namjoon mula lemah. Siapa yang berani memukul anaknya itu?
"Boleh saya masuk? Saya nak tengok anak saya sekejap." pinta Namjoon. Cepat-cepat Doktor Yeji menggelengkan kepala.
"Tak boleh, encik. Pesakit dalam keadaan kritikal. Dia tak boleh diganggu buat masa sekarang." halang Doktor Yeji.
"Sekejap je, doktor. Tolonglah!" pinta Namjoon lagi.
"Tak boleh, encik. Encik diminta pulang."
"Tolonglah! Sekejap saja! Saya nak jumpa anak saya! Taehyung!"
"Nurse! Nurse! Pengawal!" jerit Doktor Yeji setelah Namjoon masih lagi berdegil untuk menjenguk Taehyung. Tangan Doktor Yeji cuba ditepisnya dan akhirnya dia berjaya.
Pintu wad Taehyung dibuka kasar. Kaki Namjoon seakan-akan melekat pada lantai apabila dia melihat keadaan Taehyung yang dililit wayar yang banyak, menggunakan alat bantuan pernafasan. Tangan dan bahagian tengkuk berbalut. Wajahnya bengkak dan penuh kesan calar.
Luluh hati Namjoon melihat Taehyung seperti itu. Dia jatuh terduduk.
"Tae.... Ayah datang." Air mata Namjoon menitis. Seketika kemudian, datang pengawal dan jururawat; menarik Namjoon pergi dari situ.
Tanpa sesiapa tahu, Taehyung menitiskan air matanya.
🎆
YOU ARE READING
✅ Ayah • BTS
Fanfic💔 SAD ENDING! 💔 Edisi Ramadan 🌙 Kehidupan seorang ayah bersama 6 orang anak lelaki yang pelbagai ragamnya sepanjang bulan puasa. "Jin, raya ni jangan lupa balik ya?" -Namjoon "Ha tengoklah nanti. Saya busy ni." -Seokjin "Kalau aku tak jual mercun...