3 | 25

557 39 8
                                    

~You and me are something magical

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~You and me are something magical. Us are miracle~
----------------------

ANUM mundar mandir di ruang tamu penthouse milik Lee. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi, bayang Lee masih lagi tidak muncul tiba. Pelbagai andaian buruk makin liar bermain di dalam fikiran Anum. Lebih-lebih lagi tatkala dia teringat imej Lee yang berdarah kepalanya.

Bagaimana keadaan Lee sekarang?

Adakah dia baik-baik saja?

Kecederaan dia tak teruk manakan?

Soalan-soalan tersebut diulang-ulang Anum seorang diri. Anum tahu ramai penduduk Yildiz yang tidak mahu Lee menaiki takhta. Tapi Anum tak tahu pula mereka boleh bertindak ganas sehingga begini sekali.

Mata dipejam Anum. Doa dipanjatkan untuk sekian kalinya.

Tuhan, tolong jagakan Lee. Tolong lindungi dia.

"Aku dengar putera mahkota kena serang."

Mata Anum kembali terbuka. Anum menoleh dan dia terus terundur tatkala sedar akan gerangan yang baru sahaja bersuara.

"Kau pun ada dengan dia tadikan? Kau okey? Ada cedera ke?"

"Han! Kau buat apa dekat sini? Macam mana kau boleh masuk dalam rumah ni? Tak, macam mana kau boleh tahu yang kami baru saja kena serang? Kau pasang spy ke?" Soalan Han dibalas bertalu-talu dengan soalan Anum.

Anum memerhati sekeliling penthouse tersebut. Dekat penthouse Lee ni pun ada laluan rahsia ke sampaikan Han boleh masuk ke sini tanpa Anum sedar?

"Lee tu putera mahkota. Kalau apa-apa jadi dekat dia tak sampai satu minit pun satu Porta boleh tahu. Macam mana aku boleh masuk sini tak penting. Yang penting sekarang ni kau. Kau baik-baik sajakan?"

Anum mengangguk kepalanya perlahan-lahan tanda dia baik-baik sahaja. Han menapak setapak menghampiri Anum. Kedua-dua tangannya Han seluk ke dalam poket seluar.

"Best jadi puteri mahkota?" Soalan rawak diaju Han dan Anum automatik menunduk.

"Maaf."

Kening Han terangkat.

"Untuk?"

Kepalanya kembali diangkat oleh Anum.

"Sebab dah susahkan kau. Kau selamatkan aku dan bawa aku datang sini. Lepas tu kau bagi aku guna identiti adik kau dan lindungi aku. Walaupun waktu kita mula-mula jumpa aku asyik marah kau dan paksa kau hantar aku balik, kau tetap tolong aku. Tapi aku ni memang malang orangnya. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terpilih jadi isteri Lee. Hari tu aku merayu suruh kau bawa aku lari tapi tiba-tiba aku tukar fikiran tanpa bagitahu. Maafkan aku. Maafkan aku sebab menyusahkan kau!"

Anum kembali menunduk. Dia benar-benar memaksudkan setiap kata-katanya. Dia tahu sejak dia datang dia telah jadi beban kepada Han. Kalau kerajaan Yildiz tahu tentang Anum, bukan Anum sahaja yang akan dihukum. Han juga akan terkena tempiasnya. Disebabkan itulah Anum betul-betul rasa bersalah terhadap Han sekarang ini. Dia sudah heret Han dalam hidupnya yang tidak pernah tenteram.

Senyuman nipis digulum untuk Anum. Han menggeleng.

"Tak perlu minta maaf. Benda dah jadi. Lagipun aku yang bawa kau datang sini," ujar Han.

"Aku datang jumpa kau ni sebab nak tanya tentang apa yang jadi waktu hari perkahwinan kau hari tu. Kenapa kau tiba-tiba ubah fikiran? Kenapa kau tiba-tiba tak nak balik?"

Kepala diangkat. Han tidak dipandang. Anum mengatur langkah ke tepi dinding kaca lalu membuang pandang ke luar penthouse. Suasana kawasan istana kini nampak tenang walaupun baru sahaja berlaku huru hara di White House tadi.

"Lee... dia perlukan aku," jawab Anum perlahan.

"Aku tahu aku tak patut kisah tentang masalah orang lain sebab masalah aku sendiri pun tak pernah selesai. Tapi aku tak boleh nak tutup sebelah mata dan larikan diri. Kalau aku pergi, Lee akan dapat susah. Kau tengok sajalah apa yang jadi malam tadi. Ramai yang tak suka Lee. Mereka tak nak Lee naik takhta."

"Jadi maksud kau, kau sanggup risikokan diri sendiri semata-mata tak nak Lee dapat tentangan rakyat? Macam tu?"

Anum diam tidak membalas. Han mengeluh.

"Kalau kau duduk sini, mak dan adik-adik kau macam mana? Kau kata tak ada sesiapa nak jaga mereka."

"Memanglah aku pernah cakap macam tu..."

Bibir bawahnya digigit Anum. Dia berpaling ke arah Han.

"Tapi sebenarnya aku tipu saja. Aku ada atau tak ada, keluarga aku tak akan kisah. Mereka tak pernah anggap aku sebagai keluarga mereka pun dari mula lagi. Mereka cuma anggap aku macam anak pungut yang kena bagi duit setiap bulan untuk mereka," ujar Anum selamba.

Jawapan Anum menyebabkan Han hilang kata-kata. Han menatap gadis itu lama. Dari wajah Anum saja Han tahu betapa susahnya hidup yang Anum telah lalui. Hidup di dimensi lain tidak mudah. Lebih-lebih lagi jika kita menumpang hidup orang. Suasana di antara mereka berdua berubah sedikit kekok sehinggalah Anum kembali membuka kata.

"Kau... datang nak bawa aku balik ke?" Soal Anum takut-takut. Raut wajah Han diperhati, cuba untuk membaca fikiran jejaka itu.

"Kau kata tadi kau tak boleh balik. Kalau kau tak nak balik, macam mana aku nak hantar kau dekat dunia kau semula?"

"Lagipun tempat permaisuri Yildiz memang milik kau dari mula lagi. Tak salah pun kalau kau nak jadi permaisuri." Dua ayat terakhir yang keluar dari mulutnya, Han cuma gumam perlahan. Kening Anum bertaut.

"Hah? Kau cakap apa yang last sekali tu?"

Kepala digeleng. Senyuman nipis Han ukir lagi.

"Tak ada apa. Aku cuma nak ingatkan kau yang kau tak boleh buat keputusan untuk tinggal secara tetap dekat sini. Kau bukan dari Porta. Kau dari dimensi lain. Mereka yang baik dengan kau sekarang, tak mungkin akan terima kau kalau mereka tahu identiti sebenar kau. Kau tak boleh nak tipu mereka selama-lamanya. Mereka akan tahu juga satu hari nanti."

Kebenaran kata-kata Han tidak mampu disangkal oleh Anum. Kepala ditunduk. Anum mengutis-ngutis kain dress yang tersarung di tubuh. Benar, sehebat mana pun seorang penipu, dia tidak boleh menyembunyikan kebenaran selama-lamanya.

Mimpi ngeri atau indah, Anum perlu terima yang ini bukan hidup seorang Anum.

"Hati-hati. Kalau mereka tahu siapa kau sebenarnya aku mungkin tak boleh nak selamatkan kau. Aku cakap ni untuk kebaikan kau. Bila Lee dah selamat naik takhta, kau kena pergi dari sini. Kau kena balik. Aku akan tolong kau. Tapi sementara tu kau kena janji dengan aku yang kau akan jaga diri. Dan jangan rapat dengan sesiapa."

Kepalanya Han tolehkan ke arah dinding yang penuh dengan gambar seorang jejaka.

"Termasuk Lee."

A lie tends to lead to another lie. But it will never be a good thing. No matter how much you try to defend a lie, that lie will never turn into a truth.

PORTA : The Third PageWhere stories live. Discover now