3 | 06

630 38 0
                                    

~You and me are something magical

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~You and me are something magical. Us are miracle~
--------------------

//Anum's outfit//

"TEPAT pukul 12 tengah malam, mereka akan terbangkan merpati perak. Merpati tu akan datang pada perempuan yang bakal jadi isteri Putera Aliyan. Jadi walau apa pun yang terjadi, kau kena elak dari merpati tu," ujar Han. Memberi pesanan terakhir sebelum menghantar Anum ke istana.

"Ada satu benda lagi yang kau kena ingat. Hati-hati dengan putera-putera dekat istana tu. Jangan sampai mereka tahu kau bukan dari dimensi ni."

Nafas lemah dihela. Busana berwarna hitam paras buku lalinya dibetulkan. Tidak begitu seksi dan terdedah. Busana ni biasa-biasa sahaja. Irsa memang sengaja suruh Anum pakai busana begini. Dia tidak mahu Anum menyerlah katanya.

Rambut ikal mayang Anum diikat gaya bridal style oleh Irsa. Anum meletakkan tangannya ke dada. Terasa kini jantungnya berdegup laju bagaikan baru sahaja habis marathon.

Majlis hari lahir ke-28 Putera Aliyan diadakan di ballroom. Istana Aurora yang terdapat di tengah kota Sora Tepat pukul 12 malam semua pintu ballroom akan dikunci untuk upacara mencari isteri Putera Aliyan. Sesiapa yang tidak berkaitan tidak dibenarkan masuk dan disebabkan oleh itulah Anum kini berseorangan tanpa teman. Irsa dan Han cuma boleh menghantar dia sampai ke pintu pagar istana sahaja, tidak lebih dari itu.

Daripada pengalaman yang diceritakan oleh Irsa, proses pemilihan isteri seorang Putera Yildiz memang sangat ketat. Cuma anak gadis yang berumur 20 sehingga 27 tahun sahaja dibenarkan menjadi calon. Anak gadis itu pula bukanlah gadis yang sudah berkahwin atau pernah berkahwin.

Seminggu sebelum proses pemilihan, semua pintu ke dimensi lain akan ditutup agar tiada anak gadis yang boleh melarikan diri. Semua anak gadis yang berada di Porta pula akan diperiksa setiap hari bagi memastikan keberadaan mereka. Anum turut mengalami hal yang sama. Setiap hari pintu rumah Han diketuk oleh orang dari istana kerana Anum. Sampai Anum naik muak kena lapor diri setiap hari.

Dalam erti kata lain, memandang Anum dah ada dekat Porta, dia memang tidak boleh nak bersembunyi. Kalau dia lari dari majlis hari lahir ni, Han mungkin akan dapat susah. Yalah, Anumkan duduk di Porta dengan menggunakan identiti adik Han. Jadi dia kenalah berlagak macam adik Han.

Untuk masa sekarang, Anum akan ikut semua rancangan yang sudah diatur oleh Irsa dan Han. Kemungkinan Anum terpilih adalah sangat tipis tetapi Anum tidak boleh nak pandang hal ini remeh. Dia kena pulang ke dunianya secepat yang mungkin. Dia tak nak duduk di dimensi ini lebih lama.

Setelah melapor diri di bahagian hadapan pintu ballroom, Anum dengan penuh licik cuba untuk menyusup keluar dari kerumunan gadis yang baru tiba. Anum menyelinap keluar dengan berhati-hati sehinggalah dia tiba di bahagian belakang bangunan ballroom tersebut.

PORTA : The Third PageWhere stories live. Discover now