3 | 21

578 40 15
                                    

~You and me are something magical

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~You and me are something magical. Us are miracle~
-------------------


JAM menunjukkan tepat pukul 8 pagi. Kebanyakan pengawal telah dikerahkan ke dewan utama istana. Kini cuma tinggal beberapa orang pengawal saja di pintu belakang istana. Han menyusup masuk dengan penuh berhati-hati. Dia tidak menggunakan pintu masuk yang ada tetapi menggunakan kuasa teleportasinya untuk ke taman bunga. Tempat yang Han sudah janji akan bertemu dengan Anum.

Tatkala baru tiba, bayang Anum masih belum kelihatan. Namun setelah beberapa ketika menunggu, Anum tetap tidak memunculkan diri. Han mula tidak senang duduk. Dia mundar mandir di sekeliling taman bunga tersebut dengan mata yang melingas memerhati setiap penjuru.

Sewaktu dia mundar mandir, Han terpandang sesuatu yang ganjil. Terdapat sekeping sticky note yang melekat di salah satu bangku taman. Han menghampiri bangku tersebut lalu sticky note itu terus dicabut. Tulisan yang tertulis dibaca teliti.

"Maaf, tapi aku tak rasa aku boleh balik."










-THE THIRD PAGE-

BERSAKSIKAN lima ribu rakyat Yildiz, Anum kini sah menjadi isteri kepada Putera Aliyan Al-Aarif. Cahaya dari lensa kamera muncul dari segenap penjuru namun tidak dapat mengaburi mata Anum. Mata Anum langsung tidak beralih dari memandang jejaka yang kini sudah selamat bergelar suaminya.

Lee nampak lain hari ini. Dia nampak sihat sejahtera. Langsung tak nampak macam orang yang baru sahaja cedera parah. Imej Lee semalam dan hari ini nyata berbeza sehingga Anum jadi ragu-ragu. Benar ke Lee yang dipikul Lutfan semalam?

"Putera Idlan ada kuasa boleh sembuhkan orang. Puteri Anum jangan risau. Dia akan sembuhkan putera mahkota."

Kata-kata Zara terpahat kemas di dalam ingatan Anum. Ya, setiap putera Porta ada kuasa ajaib tersendiri begitu juga dengan Idlan. Idlan ada kuasa menyembuhkan dan terbukti Idlan berjaya menyembuhkan fizikal Lee yang terluka semalam.

Tapi bagaimana pula dari segi mental? Walaupun fizikal seseorang tidak berparut dan terluka tetapi mental adalah perkara yang berbeza. Macam mana Lee boleh beramah mesra dengan semua rakyat dan tersenyum lebar sedangkan baru semalam dia tak sedarkan diri dan cedera parah?

"Selamat petang Puteri Anum. Kami wartawan dari PYCC. Boleh tak kalau kami nak temu ramah puteri?"

Seorang wanita dengan mikrofon di tangan datang menegur Anum. Di sebelahnya ada seorang lelaki sedang memikul kamera. Anum terkebil-kebil memandang dua orang makhluk Tuhan itu. Baru sahaja Anum mahu membuka mulut, ada seseorang terlebih dahulu menjawab bagi pihak Anum.

"Maaf. Puteri Anum sibuk sekarang. Dia ada urusan yang perlu diselesaikan. Puteri Anum, jom. Awak kena ikut saya sekarang."

Lutfan muncul dengan senyuman. Warna rambut jejaka itu berubah lagi, kali ini berwarna biru muda. Isyarat mata Lutfan beri, meminta Anum agar segera mengekorinya. Tak banyak tanya Anum sekadar mengikuti langkah Lutfan pergi dari wartawan itu.

Mereka berdua keluar dari dewan istana yang sesak dengan orang ramai dan mula bergerak ke lobi utama.

"Kita nak pergi mana ni?" soal Anum.

"Cuba teka," ujar Lutfan kembali. Bahu Lutfan ditampar Anum. Lutfan serta merta mendesis kesakitan dan pantas menggosok-gosok bahunya yang terasa berpijar.

"Sakitlah. Kau ni. Tangan orang ke kaki gajah kau guna tampar aku? Nak tercabut dah bahu aku ni woi."

"Tulah, kalau aku tanya jawab. Tak payah nak berteka teki sangat."

"Bla bla bla. Macam mak nenek lah kau ni. Yalah, aku bagitahu. Kita nak pergi penthouse Lee. Dia suruh kau duduk sana. Lee ada kerja sikit. Banyak orang dia kena jumpa. Kalau tinggalkan kau dekat dalam dewan tu nanti, tak fasal-fasal satu dewan kena pijak dengan badak. Kau ni bukan boleh percaya sangat."

Mata Anum menjengil tajam ke arah Lutfan yang hari ini segak mengenakan tuxedo berwarna biru gelap. Lutfan tersengih. Anum mengangkat penumbuknya tinggi dan Lutfan terus menggeleng kepala. Cuba bagitahu yang dia sekadar bergurau dengan kata-katanya tadi.

"Lee okey?"

"Apa?"

"Yang dia cedera semalam tu. Dia okey ke?"

Lutfan mengangguk.

"Macam yang kau nampak. Dia masih ada dua tangan, dua kaki dan satu kepala."

Anum mencebik. Si Lutfan ni kalau jawab soalan Anum memang tak sah kalau tak loyar buruk.

"Selalu ke jadi macam tu? Seteruk mana pun luka dia, korang tak akan bawa dia pergi hospital? Semalam Idlan ada, tapi kalau Idlan tak boleh nak ubatkan dia macam mana?"

"Kau risaukan Lee?" Lutfan menyoal dengan sengihan menyakat.

"Tak! Aku tanya je! Buat apa nak risaukan dia? Dia tu tak penting pun." nafi Anum bersungguh-sungguh.

"Ouh... dah yang kau menangis semalam tu apa? Bukan sebab risau?"

Anum mencebik dan Luthfan lantas tertawa. Mereka berdua bergerak ke lif VVIP. Apabila pintu lif terbuka, mereka terus masuk ke dalam perut lif tersebut.

Istana Yildiz ini ada tujuh bangunan. Setiap bangunan didiami oleh seorang putera. Penthouse Lee ada di tingkat teratas bangunan ke-4. Lee tinggal seorang di sana tapi sekarang Anum akan tinggal bersamanya.

Butang tingkat ke-9 ditekan Luthfan. Anum di sebelahnya dengan bibir muncung sedepa dikerling.

"Jangan risau. Dia tak akan cedera macam tu lagi. Sekarangkan dia dah ada kau."

"Hahaha. Yalah tu."

Penthouse Lee serta merta kelihatan tatkala pintu lif terbuka. Sebaik sahaja mereka berdua menapak keluar dari lif, Lutfan menghentikan langkahnya lantas berpaling menghadap Anum.

"Aku percaya kau boleh jaga dan lindungi Lee. Sebab kau Anum. Perempuan yang Tuhan pilih untuk bersama dengan Lee. Jadi jangan risau sangat. Everything gonna be fine. Good luck!  I believe in you my sister in law! Satu kosong kosong empat!"

"Hah?"

"Password rumah. 1004. Pergilah masuk. Aku nak pergi dewan semula."

"Aku seorang je ke?" Anum pandang Lutfan dengan wajah bingung.

"Yalah. Kau seorang. Takkan aku nak teman kau pula? Tak fasal-fasal aku jadi kambing golek nanti kalau Lee tahu."

Anum tersenyum sumbing. Dia menapak ke arah pintu penthouse tersebut kemudian kata laluan yang diberi Lutfan tadi dimasukkan. Bunyi teettttt kedengaran tanda pintu kini sudah terbuka.

"Terima kasih hantarkan," ucap Anum seraya berkira-kira mahu masuk ke rumah tersebut.

"Anum."

Anum kembali berpaling tatkala Lutfan menyeru namanya.

"Lee, dia baik orangnya. Walaupun kau berdua saling tak mencintai sekarang, aku yakin kau berdua akan jatuh cinta. Dia tu mungkin kadang-kadang nampak macam dia tak kisah tentang kau tapi percayalah yang dia akan jaga kau dengan baik. Aku harap kau boleh kekal dengan Lee untuk masa yang lama. Sama ada sebagai permaisuri atau sebagai isteri."

Ucapan Lutfan tidak dibalas Anum. Gadis itu sekadar diam dan mendengar. Lutfan berundur setapak ke arah lif. Matanya masih menatap wajah Anum tidak lepas. Punat lif ditekan.

"Terima kasih sebab kekal dekat sini. Terima kasih sebab pilih Lee."

PORTA : The Third PageWhere stories live. Discover now