3 | 44

436 34 6
                                    

~You and me are something magical

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~You and me are something magical. Us are miracle~
------------------


BAHU Lee terhinjut sedikit tatkala seseorang tiba-tiba sahaja menampar belakang tubuhnya. Lee berpaling. Kelihatan Lutfan sedang berdiri di belakangnya seraya buat muka comel.

"Lah kau rupanya. Kenapa ada dekat sini? Pergilah jaga tempat kau."

"Aku nak teman kau dekat sini. Aku rasa tak sedap hati. Tadi aku ada terbaca fikiran Eijaz, tapi dalam fikiran dia asyik ulang-ulang tentang dimensi sumpahan sahaja. Aku yakin ada sesuatu akan berlaku dekat sini tapi Eijaz tak bagitahu kita," ujar Lutfan, menjelaskan sebab kehadirannya.

"Aku pun rasa Eijaz ada sembunyikan sesuatu. Tadi aku ada tanya dia, kenapa Han datang sini dan dia bagitahu aku Han datang untuk tolong kita."

Kening Lutfan terangkat.

"Tolong kita?"

Perbualan di antara dua orang putera tersebut terganggu tatkala tanah tiba-tiba sahaja terasa seolah-olah sedang bergegar. Lutfan dan Lee memandang satu sama lain lalu pandangan dialih ke arah pintu kayu di hadapan mereka yang bergoyang-goyang bagaikan hendak roboh. Belum sempat dua orang jejaka itu berbuat apa-apa, pintu tersebut terlebih dahulu pecah dan meletup. Mereka berdua terpelanting jauh lalu tersungkur ke tanah.

Asap keluar berkepul-kepul dari pintu kayu yang telah roboh itu dan muncul beberapa ekor makhluk berkepala ular di muka pintu. Lutfan dan Lee yang sudah terbaring di atas tanah sekali lagi berbalas pandangan lantas satu perkataan serentak keluar dari mulut berdua.

"Bange!"

Dua orang jejaka itu pantas bangkit dari tanah dan segera menghunuskan Pedang Purnama ke arah makhluk yang digelar Bange tersebut. Jam yang terlilit di tangannya Lee kerling. Baru pukul 3.30 pagi. Masih ada tiga jam setengah sebelum matahari terbit. Mereka harus bertahan hidup hampir tiga jam dan dalam masa yang sama perlu melaksanakan misi utama mereka iaitu menangkap Han.

"Panggil Idlan datang sini. Lepas tu suruh semua budak perempuan tunggu dekat pintu masuk utama."

Matanya Lutfan pejam rapat dan dia pantas cuba untuk berkomunikasi dengan yang lain. Selain membaca fikiran orang, Lutfan juga boleh berkomunikasi melalui fikiran. Dahi Lutfan berkerut lalu dia kembali membuka mata.

"Idlan dalam perjalanan ke sini. Hana dan Zara pula dah bergerak ke pintu utama. Tapi masalah kita sekarang ialah Anum. Aku tak boleh nak masuk dalam fikiran dia," ujar Lutfan. Memang dari dahulu lagi Lutfan tidak boleh menggunakan kuasanya terhadap Anum. Kerana Anum bukan makhluk Porta.

Earpod di telinganya Lee sentuh.

"Anum, weh. Kau dengar tak?"

Tiada sahutan daripada Anum.

"Dah tak ada cara lain. Kau pergi dapatkan Anum dan suruh dia duduk dekat pintu utama."

"Dah tu kau? Kalau aku pergi tak kan kau nak lawan benda ni seorang diri?"

"Idlankan dalam perjalanan. Tak apa, aku boleh bertahan. Pergilah cepat. Sebelum banyak lagi yang datang."

Lee dan Bange yang semakin bertambah jumlahnya Lutfan pandang silih berganti. Bibir diketap.

"Aku akan kembali secepat yang mungkin," ujar Lutfan dan dia terus berlari pergi.

Desisan dari Bange menyapa telinga Lee. Bilangan Bange di hadapannya kini sudah bertambah lebih kurang dua puluh ekor. Apabila Lutfan bergerak pergi dari situ, makhluk-makhluk tersebut pantas berlari mahu mengejar Lutfan tetapi Lee segera menghalang.

"Langkah mayat aku dulu kalau kau nak keluar dari sini!"

Lee melibas pedangnya penuh lincah. Dia memang handal bermain pedang memandangkan dia memang sudah dilatih sejak kecil lagi. Makhluk itu ditikam, disepak dan kepala Bange itu dipancung. Darah mula membanjiri tanah pagar sesat namun jumlah Bange tersebut langsung tidak terasa berkurang.

Setelah bertarung dengan beberapa ekor Bange serentak, Lee melutut sebelah kaki di atas tanah. Nafasnya turun naik termengah-mengah. Seekor Bange menerkam ke arahnya bagaikan singa kelaparan tetapi Lee pantas mengelak. Namun tanpa Lee sedar, ada seekor lagi Bange di belakangnya yang sedang menunggu masa untuk menerpa. Apabila Lee sudah sedikit terleka, peluang terus diambil Bange tersebut.

"Lee! Belakang kau!"

Lee berpaling. Pedang diangkat dan terus dilibas ke kepala Bange yang cuba menerkamnya itu. Kepala si Bange kini sudah bercerai dengan tubuh. Lee menoleh. Matanya dikecilkan.

"Anum?"

Tidak jauh dari tempat Lee berada, ada Anum sedang berdiri dengan sebatang kayu di tangan. Di sebelah Anum pula ada lelaki yang sangat Lee kenal. Lelaki yang menjadi sebab sebenar Lee datang ke sini.

"Han! Kau..."

Seekor lagi Bange cuba menyerang Lee tetapi pantas ditumpaskan oleh Han. Lee jatuh terduduk. Tersentak dengan serangan daripada si Bange dan tindakan Han yang menyelamatkan dirinya.

"Kenapa... kenapa kau ada dengan Anum?"

Lee menyoal.

"Dalam situasi sekarang... penting ke soalan kau tu?" Han menyoal kembali. Sempat juga dia membunuh beberapa ekor Bange dalam masa yang sama. Lee yang berada di atas tanah dipandang semula.

"Kau buat apalagi dekat tanah tu? Nak tunggu kena baham ke?" Sinis sahaja ayat Han.

Tak, dia datang untuk tolong korang.

Kini Lee sudah faham akan kata-kata yang dimaksudkan oleh Eijaz. Lee bangun penuh susah payah. Anum dan Han dipandang silih berganti. Pedang digenggam kemas dan dia kembali bertarung. Dalam masa yang sama, Idlan akhirnya tiba di tempat itu juga.

"Damn. Banyak gila!"

Mulut Idlan ternganga luas. Dalam kerumunan makhluk Bange itu dia juga perasan akan kehadiran Han. Dia segera menghampiri Han. Mengikut rancangan asal mereka, walau dunia ni terbelah sekalipun, mereka perlu menangkap Han terlebih dahulu.

Sebuah alat renjatan elektrik dikeluarkan dari poket seluarnya. Han dihampiri penuh berhati-hati tetapi rancangan Idlan tersebut disedari Anum.

"Jangan!" Anum pantas menghalang. Alat renjatan elektrik di tangan Idlan cuba dirampas.

"Anum tepi! Jangan masuk campur!"

"Jangan Idlan! Kalau kau tangkap Han sekarang, kita semua akan mati! Kau tak nampak ke Han tengah tolong Lee?" marah Anum.

"Hei, Anum! Datang tempat ni bukan rancangan sebenar kami. Agenda kami adalah tangkap Han. Meskipun salah seorang daripada kami terkorban. Han tetap perlu ditangkap!" Tegas Idlan.

"Betul ke macam tu? Demi nak tangkap Han yang kalian semua benci, betul ke tak apa kalau salah seorang daripada korang mati? Korang bukan bersaudara ke? Waktu-waktu macam ni, betul ke kebencian lebih penting dari saudara kau sendiri?"

Herdikan Anum menyebabkan Idlan terdiam. Di dalam huru hara tersebut, tubuh Han terhempas ke tanah apabila dia dilibas oleh lidah Bange. Pedang yang Han gunakan terpelanting jauh dan dia mengerang kesakitan di atas tanah. Lee cuba membantu Han. Dia berlari dan menikam Bange tersebut tetapi ada beberapa ekor lagi Bange meluru ke arahnya.

"Lee!"

Anum yang perasaan akan kehadiran Bange-Bange itu cuba memberi amaran kepada Lee tetapi Lee terlampau sibuk bergelut dengan Bange yang menyerang Han.

Bibir digigit. Keadaan kini terlampau genting. Tahu yang Lee tak mungkin dapat melawan makhluk menakutkan itu, Anum pantas mengambil keputusan nekad. Tak sempat Idlan yang berada di sisinya mahu berbuat apa-apa, Anum terlebih dahulu melompat ke atas tubuh Lee.  Serangan Bange-Bange itu dihalang dengan tubuhnya sendiri dan Anum terus jatuh terjelepuk.

Mata ketiga-tiga jejaka yang ada di situ serta merta membulat.

"ANUM!"

PORTA : The Third PageWhere stories live. Discover now