3 | 31

509 38 8
                                    

~You and me are something magical

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~You and me are something magical. Us are miracle~
--------------------

TUBUH direbahkan di atas sofa di ruang tamu penthouse miliknya. Setelah bertungkus lumus lari daripada wartawan, Lee terus pulang ke istana. Namun sesampainya di penthouse, bayang Anum langsung tidak kelihatan.

Masuk hari ini sudah dua hari Anum tidak pulang ke penthouse. Berdasarkan info yang Lee terima dari Lady Sha, Anum bermalam di bilik dia yang lama. Bilik di bangunan utama istana, tempat Anum mula-mula tinggal sewaktu dia dipilih sebagai isteri Lee.

Lee baring berbantalkan lengannya. Kepala ditoleh ke dinding yang kini penuh dengan gambar dia bersama Anum. Sebelah lagi tangan menyeluk poket seluar dan cincin yang Anum serahkan kembali kepada dirinya Lee belek.

Satu keluhan panjang Lee hela. Dia tahu Anum merajuk dengannya sekarang ini tapi dia tak tahu macam mana nak pujuk Anum.

"Kau bagi cincin ni dekat aku untuk apa Anum? Aku bukannya boleh pakai pun."

Cincin milik Anum itu Lee genggam lalu tangannya diletakkan ke dada. Memori bersama Anum sewaktu seminggu selepas mereka berkahwin kembali menjengah fikiran.






-THE THIRD PAGE-

[25 Januari 506 - Porta]

"ANUM!"

"Apalagi?"

"Kaki aku tersekat dalam lumpur!"

Langkah Anum terbantut dan dia terus merengus kasar. Anum berpatah semula ke arah Lee yang sudah jauh ketinggalan di belakang. Pinggang dicekak.

"Kau ni jalan tak pandang sekeliling ke?"

"Tak. Aku pandang kau je."

"Hah, tak payah nak buat pick up line. Kita sesat sekarang ni semuanya disebabkan kau!" Marah Anum.

Mereka berdua sepatutnya melawat Storm, sebuah kawasan pendalaman di utara Yildiz. Sebarang kenderaan tidak boleh masuk ke dalam pendalaman Storm jadi mereka terpaksa berjalan kaki.

Pada mulanya mereka berjalan bersama beberapa orang pengawal dan pemandu arah. Namun Lee dengan yakinnya mengajak Anum ikut jalan pintas secara senyap-senyap. Hasilnya, kiri dan kanan mereka sekarang cuma ada pokok tanpa seekor pun makhluk hidup selain mereka berdua.

Tangan disilang ke belakang lagak anak murid kena marah dengan cikgunya. Lee menunduk. Mulutnya sudah tercebik-cebik hendak menangis tetapi dia sekali lagi dimarahi Anum.

"Tak payah nak buat muka minta belas kasihan. Sekarang bukan masanya nak menangis!"

Air mata disedut masuk semula. Lee mengangkat muka.

"Baik, Puan."

Mata Anum mencerlung tajam ke arah Lee yang masih ada tenaga hendak bergurau. Tangan Lee dipaut. Dengan penuh susah payah, dia pantas cuba untuk menarik Lee keluar dari lumpur itu. Namun entah mana silapnya, mereka berdua tidak semena-menanya jatuh terpelanting di atas tanah.

PORTA : The Third PageWhere stories live. Discover now