3 | 50

433 31 3
                                    

~You and me are something special

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~You and me are something special. Us are miracle~
----------------------

TELEFON pintarnya ditayangkan kepada Lutfan. 

"Betullah. Dekat media sosial sekarang ni dah kecoh tentang Anum!
Kau tak rasa kita perlu buat sesuatu? Tak kan kita nak biarkan mereka ambil Anum?"

Idlan sudah tidak senang duduk. Dia berjalan ke hulu ke hilir dalam kekhuatiran. Lutfan hanya diam. Dia pun sudah mati akal memikirkan hal ini. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. 

"Hairan. Macam mana mereka boleh tahu tentang Anum? Siapa yang laporkan benda ni dekat Mahkamah Dimensi sebenarnya?"

Soalan itu berlegar-legar di dalam fikiran Idlan. Dia memandang Eijaz yang terduduk seorang diri di sofa, tidak bersuara dari tadi. Idlan menggeleng.

Tidak mungkin Eijaz. Dia tak akan buat apa-apa perkara yang akan melibatkan Mahkamah Dimensi. Dia mungkin sengaja menghantar Anum ke 6 doors tetapi dia tidak mungkin akan melaporkan Anum. Keempat-keempat putera termasuk Eijaz sendiri benci akan Mahkamah Dimensi. Tempat itu adalah lubuk kenangan hitam mereka.

Jadi tak mungkin Eijaz yang melaporkan Anum.

Idlan pandang pula Lutfan

"Bukan aku," tegas Lutfan, tahu benar perkara yang sedang bermain di fikiran Idlan. Idlan memicit kepala. Stress!

Sejenak berlalu, Lee turun dari tingkat atas bersama Anum di dalam dukungannya. Tubuh sang isteri didudukkan di atas kerusi roda yang dibawa pegawai-pegawai Mahkamah Dimensi.

"Kami akan jaga permaisuri sebaik mungkin," ujar Tasnim. Semua pegawai Mahkamah Dimensi serentak memberi tunduk hormat kepada keempat-empat jejaka tersebut sebelum mereka beredar.

Hilang saja Anum dan pegawai-pegawai itu dari pandangan, Lee terus menyepak pasu bunga yang berada berhampiran dengannya.
Lee menyerabutkan rambutnya lalu terus menumbuk dinding. Dia berteriak keras melepaskan semua perasaan yang tersisa. Lutfan mendekati Lee lalu menepuk lembut belakang jejaka tersebut. 

"Jangan risau. Kita akan cari cara untuk selamatkan Anum," pujuk Lutfan. 

Eijaz yang dari tadi sekadar duduk seorang diri datang menghampiri mereka. Wajahnya yang memang terkenal sentiasa tenang kini tampak gusar. 

"Sekarang bukannya masa nak buat sesi luahan perasaan. Anum dalam bahaya."

"Ya, Eijaz. Kita semua tahu Anum dalam bahaya sekarang ni. Semua orang nampak budak-budak mahkamah ambil dia tadi," ujar Idlan acuh tak acuh.

"Bukan. Ini bukan tentang mahkamah! Aku dapat bayangan tadi. Han masuk dalam badan Anum!"





-THE THIRD PAGE-

TUBUH Anum yang tidak sedarkan diri disorong dengan kerusi roda. Terdapat beberapa orang pegawai dari Mahkamah Dimensi yang mengiringi Anum. Anum akan dibawa ke bilik tahanan sementara menunggu proses perbicaraan berlangsung.

"Baik, kami dalam perjalanan pulang ke Penjara Sora. Ya. Permaisuri Anum ada bersama kami. Baik."

Panggilan dimatikan oleh wanita yang mengetuai kumpulan pegawai tersebut. Tasnim beralih memandang Wadi, jejaka yang sedang menolak kerusi roda Anum kini.

"Mereka dah sediakan bilik tahanan untuk Permaisuri Anum di Penjara Sora. Ingat, kita kena beri layanan yang terbaik untuk Permaisuri Anum. Selagi tiada pertuduhan dibuktikan, dia masih permaisuri Porta."

Anak-anak buahnya mengangguk laju.

"Mari."

Perjalanan keluar dari bangunan keempat istana itu diteruskan. Namun sesampainya di lobi istana, kerusi roda Anum tiba-tiba sahaja terhenti.

"Wadi, kenapa?"

"Tak... tak pasti. Tak boleh nak tolak," ujar Wadi yang sedaya upaya cuba menolak kerusi roda itu tetapi tetap tidak berjaya. 

"Tengok tu, tangan tuanku!"

Tasnim datang menghampiri Wadi dan yang lain. Tangan Anum diperhati dan mata Tasnim sedikit membulat. Kerusi roda tersebut tidak mampu ditolak kerana tangan Anum yang menghentikan roda kerusi tersebut.

Perkara yang lebih mengejutkan lagi adalah, tangan Anum kini tidak kelihatan seperti tangan manusia. Kulit tangannya terlihat bersisik dan keras seperti kulit kayu. Urat-urat hijau menggerutu naik di wajah Anum. Anum yang tadi tidak sedarkan diri tiba-tiba sahaja tersenyum menyeringai dan tertawa.

Pegawai-pegawai yang mengiringi Anum tadi terus terundur termasuklah Wadi. Gerun mereka dengan perubahan drastik tersebut. Tatkala mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, Tasnim segera mengeluarkan telefonnya kembali. Namun belum sempat meminta sebarang bantuan, Anum terus bangun dan berlari ke arah dirinya.

Sekelip mata sahaja leher Tasnim dicengkam dengan sebelah tangan.  Tubuh Tasnim terus diangkat tinggi sehingga kakinya tidak lagi menjejak lantai.

"Kau fikir kau boleh kurung aku? LAGI?"

PORTA : The Third PageWhere stories live. Discover now