3 | 32

513 43 6
                                    

~You and me are something magical

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~You and me are something magical. Us are miracle~
---------------------

//Anum's outfit//

"AKU nak tinggalkan dia! Aku nak pergi dari istana ni!"

Pavlova disumbat ke dalam mulut dengan hati yang panas membara. Habis pavlova ditelan, puding jagung pula disantap dengan lahap. Sekali pandang tak ubah macam orang kebulur setahun.

"Eh, yang korang tengok je aku makan kenapa? Makanlah sekali," pelawa Anum kepada manusia-manusia yang menyertai sesi luahan perasaannya.

Luthfan pandang Idlan dan Idlan pandang Zara. Zara pandang Huwainaa lalu Huwainaa pandang Lutfan. Mereka saling berbalas pandangan, teragak-agak mahu menyentuh pelbagai jenis juadah yang terhidang.

"Lah, tunggu apalagi? Makan!"

Anum menyergah dan mereka semua terus menggelabah capai makanan.

Sejak bergaduh dengan Lee tempoh  hari, sudah dua hari berturut-turut Anum berkemah di taman bunga. Dua hari berturut-turut juga dia ajak mereka berempat berkelah dan makan bersama-sama. Sebidang tikar dihampar di tengah-tengah taman bunga istana dan mereka berlima duduk mengelilingi makanan yang dimasak sendiri oleh Anum.

Banyak makanan yang Anum masak. Dari lauk pauk sampailah pencuci mulut. Macam nak buat kenduri pun ada. Kalau hendak dikira-kira adalah dalam 30 jenis makanan. Anum kata bila dia tertekan, dia akan memasak.

Dari bilangan makanan yang Anum masak memang teruk sangat tahap tertekan Anum ni.

"Makan-makan. Jangan malu-malu. Mulai hari ni aku dengan rasminya akan gelarkan kita semua sebagai geng picnic," beritahu Anum lalu dia ketawa seorang diri.

"Aku tak nak makan."

Idlan meletakkan semula sudunya. Semua mata kini terus memandang ke arah Idlan.

"Kenapa tak nak makan?" Soal Anum.

"Sebab aku dah makan," beritahu Idlan selamba.

Jelingan dari semua yang ada di situ selain Anum tidak dihiraukan. Di antara semua putera Yildiz, Idlan memang terkenal sebagai putera yang paling jujur sekali. Dia tak pernah berfikir dua kali sebelum bercakap. Dia juga tidak pernah fikir tentang perasaan orang lain sebaik sahaja dia mula buka mulut.

"Kalau macam tu makanlah lagi."

"Macam mana aku nak makan kalau perut aku dah penuh? Ni Anum, aku nak cakap sikit. Aku bukan nak nasihat kau ke apa tapi sampai bila nak bergaduh dengan Lee? Kalau kau marah dia, pergi marah depan-depan. Bila dah puas marah, berbaiklah. Kau berduakan suami isteri. Takkan lah disebabkan si Elya badut tu kau nak bermasam muka dengan Lee? Tak berbaloi langsung!"

Anum terdiam tatkala mendengar leteran panjang lebar Idlan. Huwainaa menampar bahu Idlan tetapi Idlan pantas tayang muka, aku cakap benda betul okey. Zara pula yang dari tadi sibuk mencuri pandang ke arah Idlan mengangguk laju, mengiyakan kata-kata Idlan. Lutfan hanya memerhati, tidak ada niat mahu masuk campur.

"Eh, air! Lupa pula aku nak bawa air minum. Aku pergi ambil air sekejap."

Leteran panjang lebar Idlan sekadar diabaikan dan Anum lantas menukar topik. Anum bangun dari duduk bersila lalu terus menyarung kasut, berkira-kira mahu mengambil air minuman.

Idlan mahu buka mulut bagi menyambung bebelannya lagi tetapi Huwainaa pantas menghalang.

"Nak aku teman?" Lutfan bertanya. Anum mengangguk. Lutfan turut bangun dan mereka jalan beriringan masuk ke dalam kawasan istana. Tanpa sedar, perbualan mereka tersebut diperhatikan oleh Lee.

-THE THIRD PAGE-

"ONE, two, three, four. One, two, three four,"

Pergerakannya dihentikan. Kepala digeleng.

"Macam pelik je," gumam Anum kepada diri sendiri.

Video tarian di dalam komputer riba yang diletakkan di hadapan dinding cermin dimainkan semula. Setiap pergerakan penari di dalam video tersebut diperhatikan dengan mata helangnya.

"Aku rasa aku kena lentikkan jari aku lagi." Pendapat diberi setelah menonton video tarian tersebut berulang kali.

Selepas bergaduh dengan Elya tempoh hari, Anum ambil keputusan untuk belajar menari di istana sahaja. Nasib baik di istana memang tersedia bilik tarian. Setelah mendapatkan sedikit nasihat daripada Lutfan, si pakar dalam party, Anum bertekad mahu belajar menari seorang diri. Huwainaa dan Zara turut membantu. Beberapa video tarian daripada Lala, penari terkenal di Yildiz dicari untuk sesi pembelajaran Anum.

Posisi diambil semula setelah video tarian modern dance tersebut puas ditonton. Anum duduk di hadapan cermin seraya memeluk kakinya dengan kepala disembamkan ke lutut. Apabila sudah bersedia, Anum mengangkat kepala perlahan lalu merenung ke dalam cermin dengan pandangan sayu.

Kunci utama menari tarian modern dance adalah lakonan muka yang beremosi berat serta pergerakan tubuh yang lembut dan elegan. Anum mendongak ke atas lalu tanpa  menggerakkan kepala, dia cuba untuk berdiri dengan hanya menggunakan sebelah kaki.

"Arg!"

Anum tersungkur ke belakang. Kaki Anum tiba-tiba diserang kekejangan. Tubuh Anum jadi tidak seimbang dan dia tidak semena-menanya jatuh terduduk.

"Anum!" Lee yang pada ketika itu sedang memerhati Anum secara sembunyi terus meluru ke arah sang isteri. Riak cemas serta merta terpampang di wajah Lee.

"Kenapa ni? Kenapa?"

"Ka... ki... kaki aku kejang."

Tidak membuang masa, Lee terus menarik kaki Anum dan menanggalkan kasut gadis itu. Kaki Anum diurut-urut dengan penuh cermat. Anum mengetuk-ngetuk lantai dengan mata terpejam. Teruk betul kaki dia kejang.

"Cramp lagi ke? Tu lah, kenapa kau tak warming up dulu sebelum menari?"

Lima minit Lee mengurut kakinya, rasa sakit yang mencucuk-cucuk tadi mula reda. Anum menekup muka sendiri, tak mahu pandang Lee. Rasa kejang yang dirasai tadi kini berganti sudah dengan rasa segan.

Kenapa mamat ni datang waktu kaki aku tengah kejang? Malunya! Anum sudah meroyan dalam hati.

"Sakit lagi ke?"

Anum menggeleng dengan muka yang masih ditekup.

"Boleh bangun?"

Anum menggeleng lagi.

"Jomlah aku angkat kau bawa dekat doktor."

Dengar saja perkataan 'angkat' Anum terus berdiri tegak dan melompat setempat.

"Tak apa. Kaki aku dah okey. Kau boleh pergi sekarang. Jangan risau tentang aku," ujar Anum dengan  senyuman kekok  Mata dilarikan ke lain, langsung tak pandang Lee. Lee bangun dari duduk bersila.

"Kenapa tak pergi lagi? Pergilah," halau Anum tetapi Lee pantas menggeleng.

"Mana boleh aku pergi. Kalau kaki kau kejang lagi nanti macam mana?"








*******

Korang!!! Thank you yang baca cerita ni! Layla baru check tadi, Third Page no 1 in fantasi!!!! Huawaaaaa 😭😭😭 Semuanya atas jasa baik korang support, vote and comment cerita ni. Thank you sangat2😭😭😭 Layla update lgi satu bab sbgai tanda terima kasih. Korang mmg trbaik! Btw if korang nak tahu spoiler ke and info tentang Porta, boleh check it out ig Layla ya. Lyla_amyra. Boleh follow tau nntk Layla follow korg smula. Bye korang! Love u!

PORTA : The Third PageWhere stories live. Discover now