3 | 23

570 36 21
                                    

~You and me are something magical

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~You and me are something magical. Us are miracle~
--------------------



//Lee's outfit//

JANTUNG Anum mula mengepam dengan laju. Anum menoleh ke arah pintu. Pelbagai sangkaan buruk mula bermain di dalam fikirannya. Di dalam penthouse yang besar ini sepatutnya cuma ada Anum seorang. Tapi kenapa tiba-tiba boleh ada bunyi benda pecah?

"Hantu ke?"

Muka Anum sudah berkerut-kerut. Kalau hantu tak apa. Tapi kalau manusia berperangai hantu itu masalah.

"Siapa tu?"

Soalan diaju namun tidak mendapat balasan. Anum memberanikan diri untuk membuka langkah setapak demi setapak ke arah pintu utama penthouse. Bahagian hadapan penthouse agak gelap memandangkan Anum cuma buka lampu di ruang tamu sahaja.

Suis dicari lalu ditekan. Sebaik sahaja lampu menyala, Anum dapat lihat pasu bunga di tepi pintu pecah dan berteraburan di lantai. Di sebelah pasu bunga yang pecah tersebut pula ada seorang manusia sedang terduduk mengerekot sambil mengerang kesakitan.

"Lee!"

Mata Anum membulat. Dia terus menerpa ke arah jejaka itu. Bahu Lee dipegang.

"Kenapa ni? Apa jadi?"

"Tangan aku..."

"Hah? Kenapa dengan tangan kau?"

"Tangan akuuu..."

"Kenapa ni? Hei, tak payahlah menangis! Tangan kau kenapa?"

"Tangan aku terkepit pintu!"









-THE THIRD PAGE-

KOTAK peti pertolongan kecemasan dihentak ke meja kaca. Anum menjeling tajam ke arah Lee seraya mengeluarkan botol antiseptik dan plaster dari dalam kotak.

"Apa? Tak payahlah pandang aku macam tu. Sakit tahu tak terkepit pintu."

"Tapi perlu ke sampai menangis?"

"Perlulah! Aku rasa aku kena panggil Idlan. Aku rasa jari aku ni dah patah! Biru dah ni!"

Lee bangun dari duduknya tetapi Anum pantas menarik lengan tuxedo Lee menyebabkan jejaka itu terduduk semula.

"Tak payah nak mengada. Sikit je pun. Tak ada maknanya jari kau patah. Bak sini."

Tangan Lee ditarik kali ini dan Anum terus menyapu antiseptik ke jari kelingking Lee. Setelah itu plaster dilekatkan dengan penuh teliti.

Si Lee ni jari kelingking saja pun yang terkepit. Tapi dia punya kecoh macam orang jatuh gaung.

"Tangan aku besar. Jadi bila terkepit, sakit dia tu berkali ganda lagi sakit dari orang lain. Hah tengok ni."

PORTA : The Third PageWhere stories live. Discover now