4 - Alam Barzakh

26 4 17
                                    

AKU hempaskan beg ke sofa. Penatnya sekolah hari ni. Tak ada apa sangat cuma hari ni aku asyik lalu laluan jauh sahaja. Sebab apa? Aku tak nak langsung terserempak dengan Danese. Walaupun dia macam tak tahu yang perisa strawberi basi
tu aku, aku tetap perlu ambil langkah berjaga-jaga.

Aku rindu dialah pulak. Dahlah tak dapat jumpa secara berdepan. Apa kata kita kacau dia di dm? Pun bolehlah dari tak ada, kan? Aku terus berlari ke atas bersama beg sekolah yang dipeluk erat di perut. Telefon kat atas! Setahu aku, aku cas telefon a— WEH! AKU TAK TEKAN SUIS!

Lantaklah, main ajelah telefon tengah cas. Adik-adik, jangan tiru cara saya. Aku ni profesional bolehlah. Kau orang, tak boleh! Nehi! Aplikasi Instagram aku buka. Mantap, dia aktif! Aku cepat-cepat type sambil berdiri. Tak menyempat dah.

hi - you

ya hi -Danese

buat apa tu? -you

dalam kete -Danese

pergi mana? -you

pegi jauh -Danese

jauh tu alam barzakh ke? -you

Sengaja aku cakap alam barzakh. Macam susah sangat nak bagitahu pergi mana. Aku ni bukannya penculik pun. Kalau nak culik pun, culik hati dialah.

haah -Danese

sukati kaula - you
kau suka warna apa? -you

Lebih baik aku tukar topik. Kedekut sangat nak bagitahu, aku tanya benda lain pula.

entah. tak tahu. tak suke warne -Danese

ooo, kalau aku, aku suka warna kuning. selain warna kuning, aku jugak suka kau -you

Aku mesej something bold! Tak percaya pulak dengan diri aku ni. Biar betul aku ni Altezza. Banyak berubah ni. Tak pernah aku flirt dengan orang.

kenape kau suke aku? -Danese

sebab kau sempurna -you

mane ade orang yang sempurne -Danese

seseorang tu sentiasa sempurna di mata orang yang tepat -you

yeke? bagitaula betul betul. kenape suke aku? -Danese

AKU TAK TAHULAH KENAPA AKU SUKA KAU! Nak aje aku jawab macam tu. Dia ingat jatuh cinta ni main pilih-pilih ayam ke? Macam manalah nak tahu bila suka dia dan kenapa suka dia. Soalan tu lagi susah dari soalan KBAT. Hm, aku jawab sesuatu yang menyakitkan hati dialah.

sebab kalau aku tak suka kau, takde sape suka ko -you

ehh, ramai tau yang suke aku. kau tau ape -Danese

ha -you

siape kau sebenarnye? -Danese

dah cakap semalam aku orang, kan? -you

kelas ape? -Danese

EntahWhere stories live. Discover now