Eid Mubarak

18 0 0
                                    

SYAWAL. Selamat hari raya semua! Di tubuhku kini, tersarung sepersalinan baju kurung mini berwarna baby blue. Labuci di hujung lengan menaikkan seri yang sedia ada. Aku tersenyum manis memandang cermin. Diriku ditilik dari atas hingga ke bawah.

Semuanya sudah lengkap. Tudung shawl berwarna kelabu gelap di kepala. Semuanya sangat kena. Aku mula keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu bawah. Mataku di sapa Bella yang sudah lengkap berbaju raya biru. Sama seperti aku.

"RAYA!"

"RAYAAA!"

Serentak kami mengatakan itu. Sama-sama gembira. Macam kanak-kanak yang menyambut raya. Kami berpelukan seketika. Sekarang, kami berada di rumah aku.

"Papa, Danese dengan Leo dah pergi solat?" Aku memandang ke luar rumah. Benar, kereta sudah tiada. Bermakna, tiga orang lelaki itu sudah pergi menunaikan solat sunat.

"Dah pergi. Jom sediakan kuih-muih," ajak Bella. Kami sama-sama menuju ke meja yang berada di ruang tamu itu. Walaupun di rumah aku ada maid, aku lebih gemarkan buat kerja begini dengan tanganku sendiri.

Aku mula ligat mengisi bekas kosong dengan kuih. Mama juga datang menolong. Sesekali, kami berbual kosong dan tertawa. Sengaja menghilangkan bosan ketika membuat kerja yang satu ini.

"Assalamualaikum." Papa! Dah balik dari masjid!

Papa nampak kacak dengan baju melayu di badannya. Berwarna biru sama seperti aku. Mereka tiga lelaki, sama-sama sedondon berwarna baby blue.

"Waalaikumussalam, abang!" Mama menjawab salam papa. Aku dan juga Bella menjawab salam papa.

Mereka bertiga datang merapati kami. Aku mengengsot ke tepi sedikit bagi memberi ruang kepada mereka semua. Danese duduk tidak jauh dariku. Leo? Duduk melekat dengan Bella!

"Bila mak dengan ayah Danese nak datang?"

Uhuk! Soalan yang berbaur kenakalan daripada mama itu buatkan aku terbatuk. Aku mula menekur lantai. Soalan apa ni?!?

"Datang beraya. Bukannya meminang. Ha! Fikir apa tu?" Mama menyergahku. Lagi berbahang mukaku ditegur begitu.

Danese tergelak kecil seraya menjawab. "Lambat sikit. Ada kerja. Mungkin datang petang. Maaf, ya."

Mama dan Papa mengangguk faham. Setelah itu, kami sekeluarga memulakan sesi bermaafan sesama kami. Alah, benda cliche di pagi raya. Bella dan ibu bapanya juga ada di rumahku. Cumanya, ibu bapa Bella datang sedikit lewat.

Kami mula menjamu pelbagai juadah yang sudah tersedia. Ada yang beli, ada yang aku buat. Apa yang aku buat? Aku anyam ketupat, okey? Ini Altezza. Benda tu celah gigi aku aje.

Sedang aku menikmati kuih raya kegemaranku iaitu Almond London di luar rumah, Danese datang menunduk di sebelah telingaku. "Hai, awek!" Tegurnya.

Aku tersenyum. Berpusing menghadapnya. "Hai, pakwe!" Sudah serupa budak kecil aku mengikut gaya dia menegurku. Siap pakej lambaian tangan sekali.

Aku mendongak untuk memandang sepasang mata miliknya. Aku jarang dapat melihatnya memakai songkok. Segak sekali rupanya. Jauh lebih segak dari memakai kopiah. Gayanya lebih santai. Lengan baju yang sudah dilepat ke paras siku, menambahkan keseksian dirinya.

Dia tersenyum lucu. "Cantiknya awek kita harini." Dia memujiku. Mata tidak lepas merenungku. Anak matanya dari mataku, turun ke hidung. Dan kemudiannya bibirku.

Cepat-cepat aku menekup mulut. Kening sudah berkerunyut. "Jangan nak gatal!" Aku memberi amaran.

Dia tersengih gatal. "Aku tengok keindahan tuhan. Itu pun salah," balasnya tidak mahu mengalah. "Kau ni yang fikir bukan-bukan!" Sambungnya.

EntahWhere stories live. Discover now