"MAMA, Al tak nak ikut. Tolonglah faham. Tak sukanya jumpa orang!" Rayuku bersungguh.
Mama paksa aku pergi kenduri kahwin. Aku tak nak. Lagi rela aku duduk di rumah dan membaca novel cintaku tersayang. Inilah nasib anak tunggal. Asyik diheret kemana-mana. Kalau ada adik beradik, pasti dapat memaksa adik beradik yang lain untuk pergi.
"Nanti kalau Al kahwin, tak ada yang nak datang kenduri, baru tahu," ugut Mama tak berpenghujung. Ingat aku takut ke?
"Siapa kata Al nak kahwin?" balasku tidak mahu mengalah sambil berpeluk tubuh. Ini Altezza, ya. Tak akan mengalah dengan benda macam tu.
"Altezza, mulut jangan celupar. Nanti dia jugak yang kahwin awal. Mulut mama masin." Ugut mama. Lagi sekali. Naik bosan aku.
Aku sudah memuncung. Tangan mama aku gapai. "Mama jangan doa bukan-bukan. Al tak nak kahwin. Lelaki baik semua dah tak ada, mama. Dah pupus macam dinasour," kataku lirih. Buat muka sesedih mungkin.
"Mama ni doa yang terbaik, tahu? Lelaki yang baik datang untuk anak mama ni. Orang kata, yang terbaik, datang lambat," pujuk mama sambil mengusap-usap rambut aku. Mataku tertutup kerana menikmati belaian enak ini.
Lagilah aku tak nak kahwin. Ada mama dengan papa pun cukup. "Al, pergi ajelah kenduri tu dengan mama. Papa tak dapat ikut." Datang pula papa untuk memujuk aku.
Aku melepaskan tangan mama dari pegangan aku. Nampaknya, kenalah ikut juga. "Yalah, Al ikut," kataku dengan tidak rela hati. "Tapi Al nak Bella ikut!" Sambungku gembira. Ada teman, baru syok.
"Boleh, anak mama. Anything for you, dear."
Nasib mama setuju. Aku sudah tersenyum girang dan berlari naik ke tingkat atas. Nak bagitahu Bella tentang ni.
"Anak kawan mama sorang ni handsome. Boleh Al usyar dia," laung mama dari bawah.
Aku hanya buat pekak. Handsome tak handsome, kalau bukan, Telur Hancur, aku tak nak.
Oi, Altezza! - Bella 😼
ya, sayang 🥺❤️ - you
Panjang umur dia ni. Baru aje aku nak mesej tentang kenduri kahwin, tiba-tiba dia mesej aku dulu. Baguslah, tak perlu aku nak bermukadimah dengan dia untuk jelaskan tujuan aku heret dia sekali.
Aku jumpa instagram Danese. Nak tak? - Bella 😼
kau gila ke aku tak nak? mestilah nak! - you
Bayarlah aku dulu. Aku jadi stalker tak berbayar kau tau!- Bella 😼
kata kawan tapi bila mintak stalk pasal crush, kena bayar ek? - you
Ha - Bella 😼
bella! kau kenapa ha ha kan aku? keyboard kau ada ha je ke? - you
Nak aje aku campak telefon ni ke luar tingkap bilik. Sakitnya hati kena 'ha' dengan orang yang kita memang nak mesej. Sabar, Altezza, sabar.
@ danese_ ini account dia. Belanja aku aiskrim, ya? - Bella 😼
aku belanja aiskrim perisa tahi, ya? - you
oh, ya nanti next week, teman aku pergi kenduri kahwin. bye sayang kau - you
YOU ARE READING
Entah
Historia CortaShe fell first but does he will fall harder for her? https://vt.tiktok.com/ZSdegVkLk/ -Altezza Siapa ni? -Danese Orang. -Altezza Siapa sangka dengan hanya sekadar link TikTok dapat Altezza meluahkan rasa cintanya terhadap 'Telur Hancurnya'. Bertik...