Malam raya

18 3 1
                                    

"SIOT! Asyik-asyik pkp aje." Amuk Leonardo. Mukanya dibuat-buat garang. Bantal di tangan dilemparkan ke lantai.

"Kan! Aku baru nak balik kampung. Eh, tiba-tiba 'Rentas negeri tidak dibenarkan'," Danese mengajuk seperti pembaca berita serta dia membetulkan kopiah di kepalanya menjadi senget. Aku dan Bella tertawa.

Sekarang kami sedang melepak di ruang tamu rumah Leonardo. Hari ini merupakan hari terakhir berpuasa. Kami juga akan berbuka puasa bersama di rumah Leonardo. Disebabkan tidak boleh balik beraya, kami berkumpul di sini. Ada maid, okey? Tak adalah kami berempat aje.

Termenung nasib diri. Nak berbuka lama lagi, masih ada beberapa jam. Kami memilih rumah Leonardo untuk melepak dan berbuka kerana ibu bapanya kerja di luar kawasan. Oleh itu, kenalah teman dia yang keseorangan.

"Rilekslah. Macam tak biasa pulak pengumuman tak boleh balik raya," ujar Bella tenang sambil memasukkan satu gula-gula kedalam mulut.

Eh, budak tak puasa ni! Sakitnya hati. Perut aku lapar. Selamba badak aje dia makan depan kami yang puasa.

"Bella, aku lapar ni," beritahuku sambil menyinggung siku Bella. Bella yang beru tersedar terus menekup mulutnya.

"Babe, sorry! Lupa! Ya Allah! Malunya!" Katanya sambil menekup mulut. Ha, tahu pun merah muka!

"Tak apa. Kita buat-buat tak nampak." Leonardo menutupkan matanya menggunakan kedua belah tapak tangan.

Danese juga memainkan peranan dengan menutupkan kedua belah mata sama seperti Leonardo. "Tak nampak jugak!"

Aku dan Bella sudah tergeleng ketawa. "Dahlah korang! Tak ada apa pun," beritahuku.

Mereka juga tertawa sama seperti kami. Sudah tidak menutup mata seperti tadi.

"Jom pergi bazar. Beli makanan. Teringin nak makan ayam gunting, kebab and kentang putar." Aku
senaraikan semua makanan yang aku mahukan dalam satu nafas.

Danese, Leonardo dan Bella sudah pandang aku semacam. Aku tersenyum kekok sambil menggaru kepala. Aku ada salah cakap?

"Belum kahwin dengan Danese dah mengidam?" Soal Leonardo polos. Bella sudah terkekek ketawa.

Danese memukul lengannya kuat. "Apa cakap macam tu? Tak baiklah kau ni!" Danese mencubit telinga Leonardo pula.

"Aduh! Sakitlah! Lepas!" Leonardo mendesis kesakitan. Apabila cubitan Danese dilepaskan, dia mula mengusap telinganya.

"Mulut kau tu! Dahlah, jom pergi bazar. Aku pun nak lompat tikam. Teringin," ajak Danese selepas itu tertawa kecil. Dia pun sama seperti aku.

"Baguslah kau orang. Dua-dua mengidam," sejurus dia mengatakan itu dia geleng kepala acah-acah kesal.

Danese memukul lengannya sekali lagi.














"JOM cari Nasi Ayam Berempah untuk berbuka nanti," ajakku.

Mereka bertiga terus berpusing ke arahku. Tangan aku terdapat plastik mengandungi ayam gunting, kebab pun ada. Kentang putar aje tak ada. Tak apalah, ini pun cukup rasanya.

"Memang tak reti kenyang?" soal Danese.

Aku mendengus. Dia tu reti kenyang sangatlah? Pada tangan Danese terdapat lima plastik. Ada sate, ayam golek dan juga lompat tikam dia tu. Bukan itu aje dia beli! Air katira pun ada. Sagu timbul lagi. Habis ke semua tu? Leonardo lagi banyak. Malas aku nak senaraikan.

"Kau pun sama aje, bang," sindirku sambil
menjeling plastik di tangannya. Sedar diri sikit! Dia tersengih.

"Aku nak air mata kucing!" Bella pula berbunyi. Dia pun membeli juga, tahu? Cumanya tak seteruk kami. Dia hanya membeli apam balik dan juga ayam percik.

EntahWhere stories live. Discover now