AKU nak menjerit, menangis, tarik rambut, hentak kepala kat bantal, panjat pagar dan juga sepak diri sendiri selepas melihat conversation Bella dan juga Leonardo. Dia macam ni, aku gembira untuk Bella dan Leonardo cumanya aku jadi cemburu.
Dah tiga hari aku tak chat Danese. Aku gaduh dengan dia. Ya, anak-anak. Kebiasaannya kami gaduh main-main itu bertukar kepada pergaduhan besar. Tak adalah besar sangat, cumanya aku mengharapkan dia pujuk aku. Ini, pujuk pun tak reti!
Gaduh manja aje tapi dia tu tak ada rasa nak pujuk pun. Padahal dia yang loyar buruk terlebih sampai aku koyak. Nak maki, tapi puasa. Kenalah aku bersabar sedikit.
Ting!
Itu mesti Bella nak show off chat mereka. Nak tahu tahap sweet mereka? Username akaun Instagram Bella ialah @ belle0nardo_. Bio mereka pulak matching-matching. Bella punya ialah "Leo's" dan Leonardo punya "Bella's". Kalau aku nak ajak Danese, mesti dia akan menolak. Mengeluh lagi.
Aku mencapai telefon malas-malas. Hati, kuatlah dikau.
Weh, kau tak chat abe danese kau ke? -Bella 😼
Kata rindu -Bella 😼Tak membantunya kawan aku seorang ni. Buat aku makin nak melalak sebab Danese tak reti nak pujuk. Bayangkan beberapa minit selepas kami bergaduh hari itu, dia up status bermain permainan videonya. Geram aje nak tunjal mamat ni.
tak. malas -you
mana ada rindu ☺️ -youYeke ni? -Bella 😼
Habistu, status sendu tu apa? -Bella 😼
Nak aku screenshot semua kasi abe danese kau? -Bella 😼Aku memang block nombor dia selepas nampak dia up status permainan videonya. Eh?!?! Aku block nombor dia daripada akses nombor aku jugak?!?! Ini bermaksud, dia tak dapat nak call aku. Sudahlah di Instagram pun aku block.
YOU ARE READING
Entah
Short StoryShe fell first but does he will fall harder for her? https://vt.tiktok.com/ZSdegVkLk/ -Altezza Siapa ni? -Danese Orang. -Altezza Siapa sangka dengan hanya sekadar link TikTok dapat Altezza meluahkan rasa cintanya terhadap 'Telur Hancurnya'. Bertik...