SEKARANG aku tengah duduk dalam kelas aku. Sebelah aku ada Bella, macam biasa. Apa yang tak biasa, jantung aku. Semalam, aku dah bagitahu Danese yang aku ni budak 4 Acammar. Dia nak tahu sangat, aku pun bagitahu ajelah.
Dia siap teka aku ni Altezza lagi. Dia juga ada teka aku ni Giana dan Isabella, rakan sekelas aku dua orang itu. Tak tahu kenapa, tapi dia teka dua ekor tu jugak. Nama aku terakhir sekali yang dia teka. Aku hanya jawab 'cari jelah kat sekolah' sebab aku sakit hati. Apa kaitan perempuan dua ekor tu?
Aku okey aje dengan dia tapi perangai dia orang tu... Eh tak eloklah membawang. Aku geleng kepala aku beberapa kali.
"Woi, kau dah kenapa? Tak ada siapa ajak borak tiba-tiba geleng kepala?" Tegur member sebelah aku ni. Siapa lagi kalau bukan Bella?
Eh, lupalah aku monolog seorang diri tadi. Aku tersengih di bawah mask. "Risaulah. Tak ready nak jumpa depan-depan. Takut," luahku kepada Bella. Mesti dia faham tentang apa.
Dia usap bahu aku. "Dia tak akan buat apa-apalah. Dia dah cakap, kan?" Bella menenangkan aku.
"Weh, tengok tu!" Kata Bella lalu menunjukkan ke arah luar kelas melalui tingkap. Kami duduk di tepi tingkap jadi itu memudahkan aku untuk nampak apa yang Bella tunjuk.
Ada Danese dan juga.... EH BETINA TU NAK APA EH? SIBUK JE! Cuba teka itu siapa, anak-anak. Ya, itu Giana. Siapa teka betul dapat Danese. Aku gurau aje, Danese untuk aku. Nak aje aku campak pemadam kat sanggul besar dia tu. Aku ni kalau nak baling benda boleh tahan hebat.
Mereka seperti berbual. Aku tak dapat tangkap apa dia orang bualkan. Sakit pulak hati aku tengok dia orang bual-bual. Nak jugak rasa macam tu. Aku perhatikan Danese, kacak macam biasa. Kat tangan dia ada aiskrim. Dia-
Aku pusingkan diri ku menghadap Bella. Mata aku sudah panas tanda air mata bila-bila boleh jatuh. Bella pandang aku dengan pandangan redup seperti ingin memujuk mengatakan ia bukan apa-apa. Tapi dah kalau dia berikan perempuan tu aiskrim.
Bukan apa-apa lagi ke tu? Sakitnya hati aku. Dengan perempuan tu duduk mengendeng dia, tak ada apa-apa lagi? Tak cukup berapa tahun lepas aku rasa benda sama, jadi lagi? Cinta dia memang tak layak untuk aku?
Aku menggenggam erat hujung bajuku. Menahan rasa yang terbuku di dalam hati. Giana sudah masuk ke dalam kelas dengan senyuman di bibir. Mukanya bercahaya. Tangan ada aiskrim tu. Dia tengah makan. Aku ni makan hati ajelah.
"Kau okey?" soal Bella dan terus empangan air mata aku jatuh. Jangan tanyalah! Dah nangis ni. Aku lap cepat-cepat air mata ni tapi dia degil!
"Kau jangan macam ni. Entah-entah dia orang.." Tak sempat dia habiskan ayat dia, aku dah potong.
"Menggedik kat situ?!?!" Kataku berang dan makin teresak tangisan aku.
Bella menarik kepalaku untuk bersandar di bahunya. "Danese bukan macam tu," kata Bella masih pertahankan mamat bendera merah tu!
Aku mengelap kasar air mata dan bangun dari bersandar di bahu Bella. "Habis itu, tadi..."
"Nak jumpa perisa strawberi basi saya," suara lelaki muncul di sebelah tingkap aku. Terus aku berpusing dan nah itu dia. Terpampang wajah Danese betul-betul depan muka aku.
Dia membongkokkan badannya untuk menjadi sama paras dengan kepala aku. Tingkap yang terbuka luas memudahkan eye contact kami.
"Siapa strawberi basi?" soalku buat-buat tak faham. Dah kantoi aku siapa dan sekarang jugalah baru tahu dia ada makwe.
Danese terus mengetuk dahi aku menggunakan pensel di tangannya. Selepas itu, pensel itu dipusing-pusingkan di tangannya. Aku mengusap lembut dahiku.
"Ko kenapa bang?" Suaraku berbaur tidak puas hati. Jeling dia sedas.
"You make it more obvious that you are perisa strawberi basi by using 'ko', strawberi basi!" Katanya penuh keyakinan.
Tak tahu pula yang dia perasan aku guna 'ko'. Baru berapa kali aku guna itupun dalam chat aje.
"Everyone can use 'ko' if they are wanted too. No need to be your perisa strawberi basi pun!" Sangkalku tentang kenyataan yang sudah tetap. Aku sakit hatilah dengan dia punya awek lagi.
"Kalau macam tu, be my perisa strawberi basi, please?" katanya dengan mata dikerlipkan berkali-kali. Comel! Eh, aku tak boleh cair, dia dah ada makwe.
"Aku Altezza. Bukan perisa ke apa tah tu," nafiku lagi sekali.
"Kau tipu, kau strawberi perisa basi," katanya terbelit-belit. Aku sudah tertawa.
"Bro, it's not that hard. Perisa strawberi basi. Susah ke?" kataku dengan sisa tawa. Kacak tapi gagap.
"Jadi, betullah kau perisa strawberi basi tu, kan?" tuduhnya lagi sekali. "Kalau tak, kau tak dapat hafal dengan cepat username berbelit tu," katanya lagi.
Aku terkedu. Busted! Aku kena cari akal ni untuk loyar buruk.
"Taklah, aku strawberry flavour bukan perisa strawberi." Kataku selamba tak memandang mukanya dah.
Dia mengetuk lagi dahi aku menggunakan pensel. Silap hari bulan, boleh lebam dahi aku ni.
"Kau tak boleh loyar buruk. Danese je boleh, Altezza tak boleh," balasnya ketika menyebutkan Altezza itu dia tergagap lagi sekali. Aku gelakkan dia.
Username aku gagap, nama betul pun gagap. Macam mana nak sebut dalam akad nikah nanti? Gurau je!
"Susahlah nama Altezza. Panjang sangat. Cuba bagi Al-Ikhsan ke nama tu. Biar perangai semenggah," sinisnya.
"Lidah kau tu pendek, sebab tu nak sebut semua benda berbelit. Jangan salahkan nama aku!" Marahku. Nak aje aku tonyoh kepala mamat ni ke lantai.
"Yalah, Al. Kau je salah, aku je betul. Bye!" Katanya dan terus berlalu pergi.
Sedap dia aje nak panggil aku Al?!?! Itu panggilan dalam keluarga aku sahaja. SAHAJA! Tapi macam sedap pulak bila Telur Hancur yang panggil.
"Aku tak rasa Giana tu awek dia," kata Bella tiba-tiba. Aku pusing menghadap dia.
"Kenapa?"
"Tengok minah tu! Elok aje menggatal dengan classmate kita. Gabriel." Bella menunjukkan ke arah Giana dan Gabriel yang sedang mesra bertepuk tampar.
"Habis tu, kenapa Danese bagi dia aiskrim?" soalku mula musykil. Ada benda yang aku tak tahu ni.
"Balik sekolah ni, kau chat mamat gagap tu!" Kata Bella lalu tertawa riang. Aku juga tumpang sekaki!
Jadi, betullah yang Danese tak akan jauhkan dirinya lepas tahu aku siapa? Siap boleh borak lagi tadi. Okey juga kalau kami kekal kawan. Asalkan dapat rapat dengan dia pun dah terlebih dari cukup.
YOU ARE READING
Entah
Short StoryShe fell first but does he will fall harder for her? https://vt.tiktok.com/ZSdegVkLk/ -Altezza Siapa ni? -Danese Orang. -Altezza Siapa sangka dengan hanya sekadar link TikTok dapat Altezza meluahkan rasa cintanya terhadap 'Telur Hancurnya'. Bertik...