Aku mencungap-cungap berlari keliling rumah,kerana dek mak singa mengejar seekor tupai yang degil. Ya! Tupai itu aku,akulah yang degil tak mendengar kata itu. Mak singa yang aku gelar itu adalah mak tiri aku lebih tepat sekali, mak kedua aku. Well, kadang aku kena tahu apa itu kekeluargaan. Macam arwah bapak aku, dia berkahwin dengan Mak singa ni dekat tiga tahun. Sejak arwah Ibu aku meninggal dunia akibat kanser ovari. Kadang aku pelik kenapa abah kahwin lain?
Naik bosan dah fikir, jadi aku tak mahu fikir lagi. Sekarang aku kena selamatkan diri dari mak singa!
"NEA DAMIA BINTI HALIKK!" suara itu menerjah gegendang telinga aku. Itulah dia sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. Dan,bermulalah episode duka-duka seperti drama pukul tujuh dalam tv3.
"Engkau nak lari mana? Meh sini aku nak ajar kau,"dengan menarik telinga aku macam lembu di cucuk hidung,aku hanya menahan kesakitan yang amat. Sabar jelah dapat mak singa yang baik ni. Baik ke?
"Umi,jangan tarik telinga Nea kuat sangat, nanti boleh tercabut nanti." Aku bersuara. Dia mengerling tajam.
"Apa kau kata? Cabut? Baguslah kena cabut sebab kau degil! Boleh tak kau ikut cakap Umi ni," Dan bermulalah membebel macam buntut ayam kampung.
"Alaa Umi, Nea gurau pun tak boleh,asyik nak serius je muka Umi ,tak sporting langsung." Kataku yang Masih dalam tarik telinga, sudahnya dia diam saja.
Sampai sahaja di rumah, dia menolak daun pintu itu. Dan arahkan aku masuk.
"Masuk!" Macam komander dia arahkan aku. Kadang Umi ni,dia baik ,kadang dia garang,kadang dia tisu. Macam seminggu yang lepas, anak kucing pak samad mati di langgar oleh kereta lembu dekat sawah padi. Punya lah dia menangis macam anak dia. MasyaAllah tak boleh bayangkan. Sedih tu.
"Umi, Umi nak suruh Nea buat apa ni?" Aku lihat atas meja ada tepung yang berterabur di lantai,telur pecah sepuluh biji di atas sinki. Aku ternganga.
" Umi,siapa yang buat ni!?" Kataku penuh dengan terkejut. Umi sengih.
"Nea sayang kamu boleh kemas ni. Lagipun Umi yang buat,sebab nak kamu yang kemas dapur!" Sengih jahat umi ada makna tu. Apa apa pun ini lah dia denda yang aku selalu buat. Kena kemas tapi dia yang sepahkan.
Umi aku ni nama dia Nalijah. Orang panggil dia Mak Lijah. Aku panggil dia Umi. Kadang kalau aku kena kejar dengan dia aku gelar dia Mak Singa. Shhh, ini rahsia kita tau. Tak boleh orang tahu.
Next !
YOU ARE READING
Jayden Darel Hann ✓[RE]
RomanceHanya satu yang aku simpan, Fight for Love! Start :- 15/3/2022 End :- so nantikan cerita seterusnya!