Pagi ini aku bangun awal, rasanya malas. Tapi tula kena kerjakan. Harini aku cuti. Cuti seminggu. Oh maksud aku cuti solat , gila ke nak cuti seminggu, boss tu nanti naik darah tinggi lah. Sebab aku cuti seminggu. Lagi pun harini, aku balik kampung. Sebab nak ambil skuter aku. Tak larat dah nak menambang tiap hari. Habis duit.
Melur dia takde. Dia kata dia kerja luar. Sekarang aku kena kemas-kemas barang untuk balik ke kampung.
Dua jam kemudian, aku sudah pun sampai di KL sentral. Naik bas saja. Jimat. Kapal terbang mahal lagipun, Johor tu tak ada lah jauh mana. Suara mikrofon itu memanggil nombor-nombor yang didaftar untuk naik bas. Aku bangun kerana nombor aku di panggil.
Alhamdulillah dah dapat tempat duduk, lagi pun sekarang aku mengantuk. Sudah lah mata. Jom lah tidur.
_____________________________________________________
Tepat jam pukul tiga petang aku sampai ke Johor. Alhamdulillah selamat sampai. Aku balik ni tak lama pun lusa dah kerja. Senyum Nea!
"Assalamualaikum umi! Ohhh Umi!" Aku memberi salam dengar lantang. Tetapi satu suara pun aku tak dengar. Mana umi ni? Aku cuba pusing keliling rumah. Pun tak ada jugak. Pergi manalah mak singa aku ni.
"Haih, umi-umi, kakak rindu umi ni. Hm" duduk di bangku buruk itu. Termenung sendiri.
"Kakak?" Suara itu. Aku pandang. Umi !
"Umi!? Kakak rindu umi, umi pergi mana? Risau kakak" suara aku mula mengendur. Bibir dah mula dicebir. Nak menangis sekarang ni.
"Umi ada ,umi tak apa-apa. Umi pergi rumah Makcik Kiah kau ni. Hantar barang,kakak balik tak bagi tahu kenapa?" Umi mula menyoal.
"Surprise!"aku terkejut kan dia.
"Kus semangat aku. Kau ni pun nak surprise kan umi , hati-hati lah Ish budak ni!" Umi tarik telinga aku. Hahaha! Rindu aku padanya haritu.
" Umi, umi masak apa-"
Mula lah bercerita itu dan ini, sepanjang di kampung haritu itulah pengalaman paling terindah bagi aku. Kasih sayang tak pernah putus. Dan aku berharap aku boleh menanggung semua bebanan umi dan aku. Sayang umi aku tak pernah padam. Aku akan korban kan! Itu janji aku.
"Umi-umi, kakak kan jumpa lelaki kacak haritu," aku cerita yang ni dah nak masuk tiga kali.
"Kau ni Nea, dah banyak kali cerita dekat umi. Tahu lah lelaki tu kacak. Tapi kau tetap tak nak kahwin ." Mengeras tubuhku. Zrtrr. Selajy spritzer umi aku sedas.
" Umi ,umi kena ingat Nea ada umi. Nea tak hairan tak kahwin ke tak. Janji Nea ada umi." Aku berkata. Umi aku terdiam.
" Nea kena ingat umi ni tak lama kat dunia ni, umi harap Nea faham." Langsung itu umi terus naik ke bilik. Aku ternganga. Aku terlepas cakap ke? ERM esok lah aku pujuk!
Pagi esoknya. Nea sudah berkemas-kemas Harini dia terpaksa bagi tahu umi yang dia nak bawak skuter. Tiada lah hairan kan kalau kat KL tu sesak ke apa . Janji selamat sampai rumah. Balik kerja terus.
"Umi! Selamat pagi!" Peluk,cium semua aku buat. Umi senyum.
"Pagi sayang ku puteri" suara lembut umi pagi ni.
"Umi kakak nak bawak skuter boleh tak, bawak kat KL?" Soalku. Umi diam, kemudian senyum.
"Boleh, umi tahu sana kos hidup tinggi. Lagipun memang haritu umi nak telefon kau ,suruh bawak skuter. Bawaklah tu kan skuter kamu." Umi salat kepala aku. Hm sayang betul umi aku ni
"Terima kasih umi. Kejap lagi Nea dah nak balik tau. Ni Nea nak sarapan . Jom umi sekali." Ajakku. Umi hanya mengangguk.
-------------------------------------------
Empat jam menempuh jalan raya yang padat dengan kereta. Bermacam-macam kenderaan semua ada. Nasib baik jem bergerak. Kalau tidak,haih mahunya aku tidur dekan jalan raya ni. Jam lima petang sampai di rumah. Aku macam biasa. Balik mandi dulu. Perkara wajib!
Harini pun Melur belum balik. Kenapa dia ni ya? Asyik keluar kerja je. Pelik aku. Aku geleng kepala sendiri.
Malam itu aku terfikir, kalau-kalau terjumpa mamat yang selamatkan aku haritu, aku nak ucapkan terima kasih dekat dia. Lagipun dia hilang tanpa ucapan jadi aku rasa bersalah sangat. Aku menghentakkan tubuhku di katil. Rasa penat sangat Harini. Esok sudah menjalani kehidupan kerja. Pasrah lah dengan boss itu. Bapak harimau tu. Upss!
Mataku mula ngatuk , dan aku sudah menguap banyak , kali.
Tidurlah....
YOU ARE READING
Jayden Darel Hann ✓[RE]
RomanceHanya satu yang aku simpan, Fight for Love! Start :- 15/3/2022 End :- so nantikan cerita seterusnya!