1

164 6 0
                                    

Umi aku menyuruh aku pergi kedai Pak Leman di sebelah pokok Pisang, tepi jambatan. Sedang aku mengayuh basikal dengan laju ada satu figura yang segak itu dan tidak pernah dia lihat lelaki se-segak itu. Kacaknya dia! Tanpa melihat kehadapan, aku tidak berkedip mata untuk melihat ciptaan Tuhan. Tiba-tiba,

Gedebukkkk!

Yeah! Akhirnya aku jatuh Dan bersaksikan langit ,sawah padi, dan-

"Kau okay?" Suara garau itu buatkan aku terkejut.

Jangan-jangan, lelaki tu, nampak aku jatuh.aduhhh! Malunya aku!

"Hey budak. Aku tanya kau okay tak?" Sekali lagi dia bertanya. Dia panggil aku budak?! Tak guna.

" Hei, elok sikit eh. Sejak bila saya budak? Punya lah besar macam gajah ni kata budak? " Sorry sikit eh. Aku Umur dah dua puluh tiga tau!

" Dah kau pendek, panggil jelah budak. Karang aku panggil kau nenek kau marah pulak!" Jawabnya pula. Dasar mamat zirafah!

Zzz zzz

Aku baru nak puji dia kacak. Kacak tapi mulut macam kuali nenek aku! Berus dengan berus jamban baru tahu!

"Dah lah, saya nak balik. Terima kasih kerana menonton saya yang jatuh tadi." Senyum paling manis aku berikan. Tudung aku kibas- kibaskan. Nasib tak ada luka. Huhh, kacak pun muka bengis dia macam gorilla,nak makan orang! Kutuk aku dalam hati.

****

Wajahnya itu memang buatkan gadis kampung terpikat, tetapi peewatakan dingin,tak perikemanusiaan memang tak lah jadi suami aku! Lihat gaya pakaiannya tadi. Agak korporat juga. Bersut warna hitam Dan memakai spek. Siapa lelaki itu? Apa dia buat dekat kampung ni?

Tertanya- tanya aku. Aku geleng kepala lagi ,NEA DAMIA jangan sibuk hal orang! Tak penting.

Esok paginya, aku membuat sarapan di dapur. Umi berpesan buat cekodok pisang. Lalu tanpa membantah aku menurut saja.

"Nea, di ada surat untuk kau. Tengok lah." Kata Umi Dari ruang tamu. Siap membancuh tepung aku terus cuci tanganku yang bersalut tepung putih itu.

Sepucuk surat di atas meja. Aku mengambilnya. Aku mengoyakkan sampul surat itu dengan hati-hati.

NEA DAMIA BINTI HALIK,

TAHNIAH ANDA DI TERIMA KERJA DI SEBUAH SYARIKAT HANS LEGACY SDN BHD.

Pada 28/9/22 ANDA harus memakai pakaian dengan kriteria yang ditetapkan.

Oleh itu, anda harus datang lebih awal dari tempat kerja. Pejabat Hans terletak did Ibu Negara. Iaitu, di Kuala Lumpur. Sekian terima kasih.

Saya yang menurut perintah. Setiausaha HANS LEGACY.

"

OMG ! Umi , Nea dapat kerja Umi !" Aku berteriak macam orang kena histeria.

"Apa kau ni terjerit-jerit macam orang tak siuman? Apa dia tu?" Umi memandang ke arah kertas yang ku pegang itu.

"Alhamdulillah, Nea dah tak tanam anggur dah. Sekarang biar Nea tolong Umi. Nea nak balas jasa Umi pulak."

"Ya Allah! Betul ke Nea!? Alhamdulillah anakku yang degil ni dah dapat kerja. Bersyukur Ya, Allah!" Air matanya tak dapat did tahan. Terus dia memelukku. Dia macam Ibu aku. Sebab tu aku suka dia. Abah, akak janji akak akan jaga Umi.

" Umi, Nea kena beli baju dekat pekan, Umi nak ikut? Lusa Nea dah kena pergi Kuala Lumpur." Kataku. Umi senyum.

" Tak apa lah nak, Umi kat rumah je. Nea pergi lah. Umi banyak kerja lagi.  Malam nanti kita berborak ya?" Ujar Umi kepadaku. Sayu sahaja suaranya. Umi sedih kah?

"Umi-"

Pantas dia memotong ayatku.

"Sudah pergi sana, siapkan apa yang patut." Kata Umi itu. Laju melangkah ke dapur.


Aku hanya mampu diam, Dan menurut sahaja katanya. Dari Umurku 16 belas tahun sampai sekarang, dia sahaja lah menjadi teman aku. Sejak Ibu sakit. Aku kurang dapat perhatian. Dan sekarang aku hendak meninggalkan nya. Patutkah aku batalkan saja?

"Tak usah fikirkan Umi, Nea. Umi tahu kau tak nak tinggalkan Umi. Tapi kau kena ada kehidupan sendiri. Kena ingat satu perkara ,jangan lupa solat. Okay sayang?" Dengan tiba-tiba umiku memelukku. Itulah yang membuatku jatuh sayang dengan dia. Walaupun dia Mak Singa.

" Baik Umi. Nanti seminggu sekali Nea jenguk Umi okay!"

"Aip aip chip!" Meletus ketawaku pecahkan kesunyian di rumah kami.

Dan aku terbayang syarikat yang gah itu. Memang tak asing lagi. Syarikat yang berpengaruh di Malaysia itu banyak mendapat perhatian sejak anak tunggalnya yang uruskan. Macam mana aku dapat tahu? Ha, aku jadi perisik yang tak bertauliah minggu lepas. Akhirnya,aku dapat kerja dekat syarikat itu.

HANS LEGACY..

I can't wait!!

Jayden Darel Hann ✓[RE]Where stories live. Discover now