5

85 4 2
                                    

Kejadian semalam buatkan aku naik seram. Tak berani lagi jalan seorang diri di kawan tersebut. Bila aku tanya Suraya,kawasan itu memang tengah Mark je orang nak diculik. Harini aku berkerja macam biasa. Tapi nak kena hadap encik boss dekat bilik dia. Apa lagi mengemas lah.

Aku pulas pintu itu. Nasib dia belum sampai di pejabat. Senang lah aku buat kerja. Nampaknya dia suka barang tersusun rapi. Nak kemas apa? Semuanya bersih. Dia pun pelik. Dia datang nak kerja kerani,bukan tukang pencuci. Mengeluh untuk kali yang seratus.

Bunyi tombol pintu dipulas. Aku sedikit terkejut. Bukan nak bagi salam. Main masuk je! Eh lupa,bilik dia bukan bilik aku. Hihi!

"Apa yang kau tercegat? Buat kerja tu,jangan nak curi tulang je." Ujarnya. Amboi, mentang-mentang lah boss, nak guna kuasa veto pulak. Aku guling biji mata. Menyampah!

"Ha, kutuk lah tu." Sindirnya. Eh? Tahu?

"Tak boleh ke,awak diam? Membebel je macam mak nenek jual pisang." Sedasku. Ambil kau! Puas hati aku.

"Apa? Mak nenek jual pisang?" Dia cuba kawal riak wajahnya seolah-olah "berani dia cakap aku macam tu?" Dia cuba senyap,wajahnya serius kembali. Mood kerja.

"Dah kau boleh keluar" halaunya. Aku ternganga. Kurang asam punya boss!

Lepas je aku tutup pintu,aku makinya dalam hati puas-puas! Tak cukup lagi aku tambah bahasa Korea "Shibal punya boss!"

Aku menarik nafas dalam-dalam,untuk bertenang. Aku kena sabar dengan boss yang tak cukup vitamin ni. Muka je kacak. Tapi macam-

"Kalau nak kutuk aku cuba mengucap dulu." Dia bersandar di pintu pejabatnya.

Masalahnya,dia dengar suara hati aku ke? Dia ni alien planet mana? Sumpah macam halimunan bukan dia duduk kat kerusi dia ke tadi? Pelik.

"Er,awak buat apa?" Tak sekarang ni, kenapa aku macam tergagap?

"Tiga minit yang lalu ada orang tu tertinggal benda ini, tetapi orang tu, dia tiba-tiba berhenti sambil terfikir sesuatu." Suara sindirannya cukup perit.

Tapi bukannya aku cakap lepas kat tepat muka dia pun.

"Maaf." Aku sapu tanganku yang dia tunjukkan. "Terima kasih!" Langsung itu,aku cepat-cepat angkat kaki. Malu punya pasal!

"Weird girl." Bibirnya senget tepi. Tak sampai lima minit, kembali wajah asal.

Aduh,kau ni Nea! Buat malu je. Nasib dia tu ada rupa ala-ala model cair sikit dia cakap lembut. Ish! Lembut? Kau gila Nea! Dia geleng kepalanya sendiri.

Pukul lima petang, aku balik naik teksi Harini. Tadi tumpang kawan serumah aku. Ada takde, dapat gaji ni aku kena beli skuter murah-murah untuk pergi kerja. Takde lah nak menambang tiap hari. Pokai lah duit belanja aku.

Tak sampai dua puluh minit, sampai di rumah sewaku. Badan terlalu letih harini kerasan di pejabat banyak kerja melambak. Lalu aku mencapai tuala mandi terus ke bilik air.

Setelah beberapa minit kemudian, aku menunaikan perkara yang wajib dahulu. Lima belas minit kemudian aku turun ke bawah. Agak-agak melur dah makan belum? Kalau belum aku masak kicap telur ni.

Tanpa buang masa aku terus masak telur kicap. Sudah itu, bunyi kereta di luar rumah. Macam kereta Melur.

"Assalamualaikum,Nea." Melur bagi salam. Aku senyum

"Waalaikummussalam,kau baru balik? Dah makan?" Soalku penuh prihatin.

"Hm lapar, belum lagi. Aku bau macam kau masak ni, kau masak apa ?" Soalnya teruja. Hidung tikus!

"Aku baru lepas masak ni, jom lah makan sekali." Ajakku, dia sudah teruja. Telur kicap kegemarannya!

"Rezeki aku balik kerja dapat rasa air tangan kau sendiri! Rugi betul kalau aku tak cuba." Katanya puji melambung-lambung. Aku juling mata ke atas.

"Dah baca doa makan dulu."

Baca dalam hati.

"Ya Allah, Nea! Sedap nya weh!" Melur memuji masakanku. Aku senyum sahaja. Masa makan tak boleh cakap.

Setengah jam kemudian, aku duduk di depan televisyen. Kekenyangan. Itulah aku malas makan bertambah. Melur punya pasal lah ni. Dia dah naik atas. Bersihkan diri.

Bila tengok tv yang berepisod ni mula lah mata segar-bugar. Tengok pelakon yang kacak. Lagi-lagi cerita Korea. Akhirnya TvN, ada keluarkan cerita Blind. Penjenayah bersiri tu. Memandangkan semua pelakon dah tua, tapi nampak mereka awet muda lagi-lagi Park Ji Bin. Hot teruk!

"Episode last Blind ni" Gumamku sendiri. Agaknya aku dah lama tak buka tv,haha.

"정윤재, 아무것도 하지 말고 무기 내려놔. 포위당하고 있다(Jung Yoon Jae, letakkan senjata anda,Anda telah di kepung)"kata polis bantuan itu. Ryu Sung Jun itu telah selamat. Dan dia tahu sendiri abang angkatnya terlibat dalam kes itu. Tetapi hukumannya diringankan.

"Huh, padan muka kau Ryu Sung Hoon. Dasar Hakim tak guna!" Maki. Seolah-olah Sung Hoon dengar.

Terus aku tutup TV, menyampah jugak kalau ada orang musuh dalam selimut ni. Bahaya. Seram sejuk aku di buatnya. Jam menunjukkan pukul 11 malam , aku mula menguap. Jadi selamat malam dunia !

Mimpi indah wahai sang ....

Jayden Darel Hann ✓[RE]Where stories live. Discover now