Saat aku pulang dari kerja, orang-orang berpusu-pusu keluar dari pejabat. Apa ni? Kenapa macam terlepas dari kandang? Pelik-pelik je dia orang ni. Aku mengeluh,macam mana nak tahan teksi harini? Melur tak ada sekarang, dia kata dia pergi makan dengan kawan dia. Huh, sedih.
Aku jalan sampai ke perhentian bas. Tapi aku kerling jam tanganku dah nak masuk pukul enam setengah. Haish, tak boleh jadi ni. Takkan dia nak tunggu je? Boleh mati kelaparan aku.
Lalu tanpa berfikir, aku lalu ke lorong itu tampak macam tenang tapi keadaan gelap. Aku tak pasti aku akan Selamat sebab sekarang ni, jam menunjukkan pukul tujuh malam sudah. Tapi aku Masih lagi berjalan dekat lorong ini. Seram nauzubillah!
Krakk!
Aku pandang ke belakang,bunyi apa tu? Aku istighfar banyak-banyak mungkin kucing tengah beranak.
Detushh!
Apa ni? Kenapa macam dekat je bunyi nya? Ya Allah tolong lindungi lah aku!
"Where you go baby girl?" Lelaki di belakang aku Mula mendekatiku. Tapi aku hanya Diam membisu. Kakiku sedang kaku di tempat aku berdiri. Kenapa kaki aku ni!
"Come on baby," dia mula melangkah ke arah aku. Tak guna.
"Kau siapa!? Aku tak kenal kau ,kau jangan sentuh aku!" Aku mula marah. Langsung aku pukul dia dengan beg tanganku. Dia tak dapat mengelak,tersorong ke belakang. Penangan aku jangan di buat main ya.
"Aku nak gurau pun tak boleh,main kasar ya?" Katanya suara sinis dikeluarkan. Nampak nya dia tak makan saman, apa aku boleh buat sekarang? Buka langkah!
"Kau dekat dengan aku, kau mati!" Aku buka langkah ,tanda-tanda aku hendak taekwando. Aku di ajar oleh abahku seni pertahankan diri Masih sebati di jiwaku.
"Wah,garang betul. Perempuan cantik jalan kat tempat gelap nak buat apa? Kalau bukan,"
Ayat itu tergantung,
"Kalau bukan nak buat sesuatu?" Katanya sinis. Cis! Pemikiran cetek macam sungai! Ni lah lelaki tak guna. Dasar otak kena cat warna kuning!
"Aku tak kacau kau ,kau jangan kacau aku. Kau siapa? Ke tepi, aku nak balik!"aku langgar bahunya langsung itu dia tarik aku.
"Hey perempuan,kau nak pergi mana? Kau fikir aku nak lepaskan kau macam itu je?" Kata-katanya buat kan aku takut. Dia tarik pergelangan tangan aku dengan kuat. Langsung tak dapat larikan diri. Aku harap aku di selamatkan orang tapi tiada siapa disini gelap,kelam. Menakutkan.
"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Air mata mula bertakung, kerana takut aku pukul bahunya langsung tidak di pedulikan.
"Tolongggggggg!" Aku jerit sekuat hati. Minta-minta orang dengar suaraku.
"Senyap! Kalau tak aku bunuh kau!" Tengkingnya. Mukanya aku tak nampak tapi matanya macam,
"Hoi! Lepaskan perempuan tu." Dia berhenti bila dengar suara Dari belakang. Alhamdulillah Allah dengar doaku.
"Kau siapa? Hero dia? Tunang dia?" Soal dia,tangan dia Masih dekat dengan tanganku. Nampaknya dia mengeluarkan sesuatu. Pisau!
"Aku kata lepaskan." Suara garau itu beri amaran. Tapi lelaki ego seperti ini, buat bodoh saja. Aku apa lagi,pijak kakinya langsung itu tumbuk perutnya dengan siku tajamku. Haha!
"Aduh,sakitlah perempuan!" Terlepas juga tanganku. Tapi ditarik oleh lelaki misteri. Haruman lelaki itu menusuk hidungku. Aku di belakang lelaki misteri itu. Tinggi aku tak nampak mukanya. Yang pasti janggut itu aku perasan. Siapakah dia ni? Aura dingin itu buat bulu romaku ternaik. Tanpa disangka , dia menumbuk dan memukul lelaki itu. Dia selamatkan aku. Alhamdulillah!
"Terima kasih encik." Ucapku. Tak membalas. Dia hanya membeku.
"Encik, terima kasih?" Aku ucapkan lagi. Dia berhenti langkah. Dia menoleh ke arah aku.
" Tugas aku selamatkan engkau, little girl, no problem." Dia menyambung langkah. Aku hanya mengikutinya. Tapi apa maksudnya selamatkan aku?
"Encik," hilang kelibat lelaki misteri tadi. Baru hendak tanya siapa nama. Apa-apa pun syukur aku Selamat. Baru aku perasan rumahku dengan jalan tadi berdekatan. Tapi aku saja yang tidak tahu? Mungkin lelaki tadi lalu ke arah ini.
-----------------------------------------------------------------------
Seminggu berlalu kejadian itu. Aku pun bercerita dengan Melur, tapi Melur kata memang jalan itu senang di culik orang lagi-lagi perempuan. Tapi dia kata jarang orang selamat. Maksudnya aku orang pertama diselamatkan?
"Hah! Termenung," sergah Julia. Aku gigit bibir.
"Er tak. Kenapa?"
"Boss besar panggil kau." Kata Julia , zirafah tu nak jumpa aku? Haih malas!
" Nak buat apa? Malas lah kaki aku ni dah lah dua je, penat lah." Aku mengomel. Julia mencebik.
"Eh kau ni,banyak cekadak eh? Kau naik atas guna lift bukan naik tangga, bahalol!" Suaranya seoktaf marah ke arah aku. Kan dah kena bahalol. Haha
"Ya lah." Dengan malas aku jalan. Tekan tingkat 9, ya bilik boss memang atas. Guling biji mata. Nak membebel lah tu.
Aku mengetuk pintunya Dan dengar suaranya suruh aku masuk. Tapi setiap Kali masuk biliknya panas,dingin seram.
"Ada apa panggil saya?" Aku terkurang sopan,bertanya.
"Aku nak kau kemas bilik aku." Katanya penuh arahan ,tapi aku kerja bukan jadi cleaner kenapa aku kena kemas?
"Saya minta kerja bukan jadi tukang cuci ,boss. Saya mintak kerja jadi kerani. Boss salah orang ke?" Ujarku dengan tak puas hati. Dia meletakkan pen. Dan pandang ke arah aku. Bulu kening terangkat sedikit. Macam terkejut. Apa? Ni Nea Damia lah. Bukan aku tak hormat tapi, orang kalau nak pijak aku akan ajar dia balik. Boss tak boss sama je!
" And so? Ada aku kisah?" Muka tak berperasaan di tayangnya. Dia merenungku dengan tajam. Matanya tepat ke arah aku. Mata berlaga macam harimau dapat makanannya.
"Hello boss, yang baik hati, saya cakap lagi sekali. Saya K. E. R. A. N. I. bukan PENCUCI." Aku siap eja lagi. Aku nampak Gigi nya di ketap kuat. Huh?! Ingat aku takut. Langsung kakiku melangkah keluar Dari bilik itu. Tapi dia pantas menghalangnya. Bilik itu di kuncinya. Tak masalah sekarang ni kenapa aku?
"Boss nak apa?! Jangan sentuh!" Tanganku direntap. Naik turun darahku bila lelaki sentuh aku. Tak guna.
"Aku cakap elok-elok kau tak nak ikut. Cara ni je boleh buat kau ikut cakap aku."bahunya di naikkan. Sengih sinis di berikan. Tapi suaranya macam ku kenali. Kat mana ya? Aku menganalisa bentuk badannya. Mukanya,tapi terbehenti. Kejap, janggut itu,
"Puas usya muka aku yang kacak ni? Taknak bawak mimpi sekali ke letak kat bantal tidur." Sindirnya. Cis! Bila masa aku usya dia? Perasan!
"Awak siapa?" Soalku,dia diam. Tangannya Cuba menggenggam.
"Awak dari mana? Kenapa macam ada sesuatu tak kena?" Aku masih ragu-ragu dengannya. Walaupun sedikit tahu yang dia di kampungku waktu itu. Tapi kenapa? Aku Masih samar-samar mengingatinya waktu malam yang gelap di lorong itu. Adakah dia?
"Keluar. Kau keluar" halaunya. Wajah beku itu buatkan aku takut. Lelaki ini bukan calang-calang orang. Aku tahu. Tanpa toleh aku keluar diam seribu bahasa.
YOU ARE READING
Jayden Darel Hann ✓[RE]
RomanceHanya satu yang aku simpan, Fight for Love! Start :- 15/3/2022 End :- so nantikan cerita seterusnya!