3

120 4 0
                                    

Pagi itu aku bangun subuh, menggosok semua pakaian aku dengan tudung-tudung yang hendak di matching kan. Dan aku memilih baju kurung pahang. Sopan sangat! Lagipun kita kena jaga adab. Berpakaian sopan menutup aurat adalah perkara wajib!

"Weh,sarapan dulu." Panggil Melur. Aku hanya menurut. Dia segak berbaju blouse besar. Cantik.

"Rajin kau buat sarapan ni." Soalku. Dia hanya senyum, roti yang di letakkan jem coklat itu dia hulurkan dekat aku.

"Nah. Makan alas perut tu" katanya. Senyum.

"Wuah! Terharu lah. Thanks!" Ucapku.

"Jom gerak." Baru aku perasan dia tak pakai spek. Tapi pakai lens.

Dalam perjalanan itu aku hanya melihat keadaan Kuala Lumpur yang ramai orang. Serabut. Tapi ramai jugak menetap sini untuk Berkerja.

"Best tak kerja dekat situ?" Soalku pecahkan sunyian.

" Bolehlah, gaji pun lumayan. " Katanya sambil memandu dengan fokus. Aku angguk-angguk.

"Dah sampai. Okay Nea jom! " Ajaknya. Aku apa lagi. Ikut je lah telunjuknya. " Aku harap kau tak menyes kerja sini." Ujarnya lagi.

Aku diam. Kenapa?

"Okay Nea,welcome to HANS LEGACY SDN BHD." dia berdiri sebelah aku dan aku melihat sekeliling, tiada orang. Buat malu je!

" Apa kau buat Melur?" Aku geleng dia ketawa sahaja.

" Aku kena pergi ke tingkat Lima. Kau kena jumpa CEO dulu. Jadi, aku bawak kau jumpa dia. Jom." Dua tarik pergelangan aku.

Lift. Melur menekan butang Lima. Dan aku sekarang tengah gementar! NEA DAMIA kuat!

Ting!

"Okay jom." Aku ikut Melur.

"Weh,aku takut."kataku pada Melur ,meletus dia ketawa. Dasar minah ni.

"Rilek lah. CEO tak makan orang." Cuba menenangkan aku.

CEO HANS LEGACY SDN BHD
JAYDEN DAREL HANN

Berdiri aku disini. Di depan pejabatnya. Aura menyeramkan. Melur sudah cabut tadi selepas hantar aku. Tak guna.

"I said get lost!" Aku tergamam, adakah dia halau aku? Aku menolak daun pintu biar terkuak dengan luas.

"Em hello?" Oh, dia bercakap dalam telefon rupanya, ingatkan halau aku tadi.

Lelaki,tinggi, tetapi tak nampak lagi wajahnya. Dia membelakangi ku. Setelah itu dia tutup iphone nya. Girlfriend kut.

Dia memusing ke arah aku. Dan bertentangan mata. Macam aku kenal. Tapi dekat mana ya?

Seram sejuk terasa, boleh tak aku pulang sekarang? Memandangkan dia hanya menganalisa badan aku dasar gatal!

"Kalau tak ada apa-apa saya balik dulu. "Tak sempat aku melangkah dia bersuara.

"Wait!" Derap kakinya berbunyi. Aku tahu dia ke sini. Mod berjaga-jaga.

"Aku rasa aku kenal kau lah." Sah! Lelaki di kampung haritu!

"Mungkin pelanduk Dua serupa kut."aku menafikannya walaupun riaknya berubah. Muka di tayang tidak berperasaan.

"Maybe, tapi yang pasti.." dia biarkan ayatnya tergantung.

"Apa?"soalku.

" Kau pendek!"dasar zirafah terlebih kalsium! Sengih sinis di berikan kepada aku.

"Sakit hati saya, tunggu lama-lama dengan CEO zirafah yang berkepala panjang ni. Oh, saya pergi dulu. Kalau nak tahu nama saya lebih lanjut Sila bertanya di kaunter okay encik?" Aku nampak rahangnya di ketap kuat. Nampaknya macam tu lah buaya marah? Apa pun puas hati aku! Ni Nea Damia lah!

****

Usai saja membuat perkenalan diri , aku terus ke meja kerja aku. Buat apa yang patut. Bahagia aku bahagia pemasaran. Senang sikit kerja aku cuma check barang sahaja. Bila yang melambak itu, kerja orang lain lah. Aku tak ambik kira.

Jam menunjukkan pukul satu setengah petang. Nampaknya waktu rehat. Kat sini ada makanan murah tak?

"Suraya, kau tahu tak tempat makanan murah dekat sini?" Yeah dia ni duduk meja sebelah aku. Dia peramah orangnya.

" Ada, disebelah pejabat ni. Makanan dia pun sedap." Jawabnya. Aku tersenyum riang.

" Okay terima kasih,"

Aku mengemas meja kerjaku,lalu aku turun ke bawah ,seperti Suraya cakap tadi. Ya, restoran melayu. Aroma nasi ayam buatku terliur banyak kali. Perutku sudah keroncong minta diisi.

Nasi ayam dengan ais lemon tea. Terbang sepuluh ringgit aku. Tapi tak apa sekali sekala. Aku menepuk- nepuk perutku. Kenyang gila!

 
Let's go!

Jayden Darel Hann ✓[RE]Where stories live. Discover now