≈ 1 - Diprovok ≈

557 16 0
                                    

RUTIN seharian perlu bangun seawal 5 pagi. Bertugas di sekolah kena lebih awal dari murid apa lagi guru-guru.

Ya, Shahira hanya tukang cuci di sebuah sekolah berasrama. Sudah lima tahun Shahira bekerja di sini. Seminggu lagi genap lima tahun.

Mula-mula Shahira rasa malu juga untuk jadi tukang cuci. Pegang mop pun rasanya empat lima kali setahun sahaja, tiba-tiba jadi tukang cuci. Sebal, kecewa dengan papanya yang tidak mahu membantu.

"Kalau Rara nak duit, cari sendiri. Papa tak mau tanggung. Bulan ni last papa bagi duit. Itupun RM200 saja."

"Paaaaa, tak sampai seminggu lagi ni habis bulan paaaa." Shahira membentak. Keluar juga airmatanya.

"Ehh, papa peduli apa. Rara sendiri dah janjikan, habis belajar Rara kerja. Hari tu papa dah bagi RM200, so, no more ya." Bertambah-tambah kecewa Shahira. "Awak, jangan nak pandai-pandai bagi budak ni duit!"

Nurul terkesima dengan arahan suaminya. Tidak memasal, pula terkena tempias.

"Mamaaaaaa" Shahira melutut, menangis di pangkuan Nurul.

Hanya kerana mahu minta duit untuk berlibur dengan kawan-kawan, begini pula kejadiannya.

"Abang ni. Orang nak pegi tengok wayang je kot. Bagi ajelah duit." Pujuk Nurul.

"Eh tak ada! Nak duit, kerja sendiri."

"Ingat nak dapat kerja senang ke? Orang dah apply, tapi tak ada kena call lagi" tersedu-sedu Shahira menjawab.

"Haaaah padan lah dengan muka kan? Papa dah cakap awal-awal. Masa karnival kerjaya tu pegi temuduga. Pegi. Degil tak nak pegi. Rara tengok si Safwan, belajar tak habis lagi dah kena bagi jawatan. Habis belajar terus kerja. Tak dengar cakap papa, begitulah. Nanti pegi konvo, pakai duit sendiri! Jangan harap papa nak bagi."

"Papa ni jahatlah!!!" Tersedu-sedu Shahira.

"Kalau nak kerja cepat, pegi jadi cleaner."

Shahira terkesima seketika. Airmatanya seperti auto berhenti. Dari rasa kecewa terus jadi marah. Dia bangun.

"Apa pula cleaner?! Shahira Edrina jadi cleaner?! Come on, papa"

"Dah itu aje kerja kosong yang mudah dapat. Kalau tak nak, jadilah security."

"Papa!!!"

"Kalau tak nak kerja, pegi kahwinlah. Pegi jadi bini Safwan."

"What?! Apa papa ni makin nonsence ni? Tak perlulah cadang orang kahwin dengan sepupu sendiri. Boleh jadi wali Rara pula tu. Cadang paling cikai pun jadi kerani ke. Papa ni dah downgrade Rara teruk sangat ni. Melampau sangat!"

Shahira berlalu meninggalkan Maulana dan Nurul. Namun Maulana sempat berkata kerja kerani hendak orang yang ada pengalaman dan tidak akan ambil fresh graduate.

Ya, kerana peristiwa itulah Shahira bekerja sebagai tukang cuci di syarikat milik kakaknya, Shahida. Shahida menawarkan jawatan penolong pengurus tetapi Shahira menolak dengan alasan mahu membuktikan kepada Maulana dia mampu berdikari. Dan Shahira awal-awal berpesan jangan pernah memberitahu bahawa dia adalah adik kepada pemilik syarikat HiRich Cleaning Services.

"Orang tak kuiri Long ke? Nama pak sama. Muka."

"Alah, kebetulan je. Bukan papa seorang je nama Maulana kat dunia ni. Muka kita lainlah, Long. Along tu waris kecantikan mama. Aku ni, muka bengis papa!"

"Uikssss tak baik lah cakap macam tu. Rara lawa la. Mewarisi kekacakan papa"

"Lagipun, mungkin ni cara kita nak dekat dengan pekerja. Dengar masalah mereka. Follow sikit macam Khalifah Umar." Shahida angguk bersetuju dengan hujah Shahira. Dia mengakui, dia hanya mengharapkan penyelia-penyelianya untuk memantau pekerja.

Gadis Degil Dan Budak CinaWhere stories live. Discover now