≈ 41 - Mencari Noktah ≈

185 7 0
                                    

PERTEMUAN antara Jie Wen dan Shahira bersama Sui Lin dan ayahnya sedikit tegang. Ketegangan itu bukan dari Jie Wen mahupun Shahira, sebaliknya antara Datuk Seri Bernard dan Sui Lin. Jie Wen dan Shahira serta Hafsham hanya melihat pertengkaran mereka tanpa masuk campur.

Mereka bertengkar dalam bahasa Hokkien bercampur dengan bahasa Inggeris.

"Stupid daughter."

"You make me stupid. If you allowed me marry him 12 years ago, Edwin have a father. I want marry him and I will be a muslim." Sui Lin berkeras. Datuk Seri Bernard menahan rasa marah. Merah padam mukanya.

Suasana senyap seketika.

"I think you are still Buddhist, Jie Wen. Haiya... That's whylah I am agreed Sui Lin and you together maa.."

"I thought Sui Lin already told you." Datuk Seri Bernard menggelengkan kepala. "Kalau Sui Lin convert pun saya tak akan kahwin dengan Sui Lin"

"Jie Wen!" Sui Lin menjerit. Marah benar dia dengan keputusan Jie Wen.

"See, Sui Lin. You aaa... You not suitable to be a muslim lah. To be good daughter pun susah, mau jadi muslim. You bikin rosak itu agama saja dengan you punya perangai. If you mother know this, she will agreed with me lorr." Datuk Seri Bernard mendengus kasar.

Jie Wen memandang Shahira. Tangan Shahira digenggam erat. Sengaja lagi dia meletakkan pautan jari jemari mereka di atas meja.

"I am sorry, Sui Lin. I choose to be loyal with my wife. Macam saya cerita tiga tahun lalu, bukan saya tak cari awak. Saya cari awak di Australia guna alamat yang awak bagi tapi awak dah pindah. I have no information about you. I must moves on. And I feel sorry to Edwin. I promise I will give him monthly expenses."

"Jie Wen, don't waste your money la" Datuk Seri Bernard mencelah. "I stopped you but I never neglected Edwin since he was born. We raised him and he will inherit my business. And I don't want him to know he has a Muslim father. Bukan dalam Islam itu illegal child can not..."

"Ya tapi saya tahu dia anak saya. I feel responsible."

"No need lorr. I can give anything what he want. You just take care your family. You are only uncle to him. Understand?"

Tegas arahan Datuk Seri Bernard.

Kehendak Jie Wen mengikut apa yang telah disediakan oleh Hafsham tidak dipersetujui oleh Datuk Seri Bernard. Datuk Seri Bernard mahu terma berkenaan Edwin dipinda sebelum menandatangani perjanjian tersebut.

Sui Lin pula tidak berkata apa. Dia memendam perasaan marahnya kepada Jie Wen dan ayahnya. Dia kalah dengan semua percaturan yang dia rancang. Dia tidak menyangka kehadirannya adalah untuk menandatangani perjanjian bahawa dia tidak akan mengganggu Jie Wen sekeluarga. Sedang dalam fikirannya, dia akan menandatangani perjanjian syarat-syarat sebagai isteri kedua Jie Wen yang ditetapkan oleh Shahira.

Saat menunggu Hafsham menyediakan surat perjanjian baharu, Nadeera dan Nafeesa datang ke bilik perbincangan mereka.

"Mommy, Adek lapar" Adu Nafeesa.

"Jap lagi kita gi makan eh. Adek nak makan apa?"

"KFC"

"Kakak?"

"Nak makan nasi. Lapar" jawab Nadeera.

"Boleh tahan lagi tak?" Soal Jie Wen. Si kembar mengangguk perlahan. "Jap lagi habis. Kita tunggu uncle Hafsham yea. Biskut dalam beg tadi mommy ada bubuh, tak makan ke?"

Gadis Degil Dan Budak CinaWhere stories live. Discover now