≈ 39 - Keliru ≈

175 7 0
                                    

JIE Wen sedar perubahan ketara Shahira semenjak pertengahan tahun 2020. Dingin dan berbuat-buat seperti bahagia. Paling ketara apabila tidak ada keghairahan dalam hubungan intim mereka meski berbulan mereka tidak bertemu.

Awalnya Jie Wen berfikiran mungkin lanskap PKP, PKPB, PKPP fasa satu, hingga fasa empat telah banyak mengubah hubungan mereka. Walau bagaimanapun, apabila sudah masuk fasa endamik, masih tidak ada perubahan.

Jie Wen mengambil keputusan untuk bercuti selama dua minggu dalam tempoh menjelang ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lima tahun. Dia mahu menjaga anak-anak sementara Shahira bekerja. Dia akan menjadi 'surirumah' bagi meringankan beban Shahira. Jika bukan kerana kekangan pandemik, mungkin kerana penat menjaga rumahtangga seorang diri kerana mereka berjauhan, menjadi punca perubahan Shahira. Jie Wen yakin, Shahira tidak mengetahui apa yang telah berlaku antara dia, Sui Lin dan Edwin.

Sejam sebelum tarikh harijadi Shahira dan setelah memastikan si kembar tidur dengan lena di bilik mereka, Jie Wen masuk ke bilik tidur mereka. Awal-awal dia sudah berpesan agar Shahira tidak tidur awal.

Shahira menunggu Jie Wen. Kosong. Wajahnya tidak mempamer sebarang reaksi.

"Terima kasih sebab jaga anak-anak dua minggu ni. Esok boleh la balik JB. Dah berhabuk kot rumah awak kat sana dua minggu tak jaga. Takpun kena masuk pencuri." Shahira memulakan bicara.

"Mana ada barang sangatpun orang nak curi, sayang. Rumah bujang, mana ada benda."

Shahira tidak membalas apa. Jie Wen duduk di sebelahnya.

"Sayang, abang nak minta maaf kalau abang ada buat salah. Abang tengok sayang sekarang ni dah tak macam dulu. Abang ada buat salah ke? Kalau ada, boleh abang tahu apa salah abang?" Soal Jie Wen lembut.

"Saya dah tawar hati kat awak," jawab Shahira tanpa berselindung. Jie Wen terkejut.

"A... A... Apa silap abang ni?" Tersekat-sekat suara Jie Wen. Hatinya mula rasa berdebar kencang. Dia sedaya upaya cuba untuk menafikan firasat hatinya.

"Awak dah ada tanggungjawab lain selain saya, Deera dan Feesa sebelum kami wujud dalam hati awak."

"Apa maksud sayang ni?" Jie Wen cuba menafikan, berbuat tidak tahu.

"Lebih setahun saya diamkan diri. Mula-mula saya okay bila kena provok sebab saya rasa awak memang milik saya. Tapi makin lama, makin banyak bukti awak dah beralih kasih. Bukan saya tak tahu, dalam diam awak ambil gambar konvo dengan girlfriend awak, dengan anak awak. Saya demam di rumah kak Amy dengan anak-anak, awak tak pedulipun. Bila saya dah sihat, tak ada awak ajak bergambar untuk konvo awak sedang jubah belum dikembalikan." Basah pipi Shahira.

"Bukan saya tak tahu girlfriend awak dah balik Malaysia tahun ini dan tinggal di Apartment Putra Damai. Dan awak ke sana masa anak awak sakit. Awak mesra dengan girlfriend awak. Manja dengan anak awak. Dan mungkin dua minggu awak cuti ni bukan nak spend time sangat pun dengan saya dan anak-anak. Tak mengapa, I can stand alone with my daughters. Awak boleh beri kasih sayang awak kat anak awak yang tak pernah awak bagi selama ni."

"Sayanggg..."

Rasa sakit jantung Jie Wen rahsianya terbongkar.

"Mereka lebih awal bertaktah dalam hati awak, bukan kami. Mendiang ibu pun sayang kat Linda, kan? Teo Sui Lin, kekasih awak masa belajar dekat U dan tinggal sama-sama dengan mendiang ibu. Dulu parent dia tak restu hubungan kamu sebab masih muda. Sekarang mereka dah okay kan? Dia pun sanggup masuk Islam demi awak. Its okay, saya akan undur diri."

"No! Abang tak akan kahwin dengan Linda."

Jie Wen ingin menggenggam tangan Shahira, namun Shahira cepat-cepat menepis. Shahira berdiri dan melangkah menghampiri pintu.

"Saya okay. Lima tahun saya boleh hidup sendirian dan saya pasti saya juga boleh hidup sebagai seorang janda."

"Sayang!"

Jie Wen cepat-cepat menghampiri Shahira tetapi Shahira segera menghalang. Tangannya dihalakan ke Jie Wen dengan tapak tangan terbuka. Jie Wen terhenti.

Shahira membuka pintu dan meninggalkan Jie Wen yang masih terkaku. Shahira menuju ke bilik anak kembarnya. Dia akan tidur bersama mereka.

Jie Wen benar-benar tersentak. Tanpa diduga airmatanya jatuh bercucuran.

Apa yang dia takutkan ketika Amran membuka cerita lima tahun lalu, kini berlaku.

Ya, Sui Lin kembali kerana pertemuan tak terjangka. Mereka sama-sama menuntut di Universiti Waikato. Sui Lin mengambil master dalam pengurusan perniagaan sebagai satu tuntutan bapanya sebelum menyerahkan perniagaan kepada Sui Lin.

Jie Wen tidak menyembunyikan statusnya sebagai suami orang dan telah memeluk agama Islam. Sui Lin tidak menyangka Jie Wen telah Islam. Sui Lin pula memberitahu Jie Wen bahawa dia telahpun menjadi Isteri kepada David Lam. Jie Wen sangat lega mendengar berita tersebut.

Pun begitu, ketika mereka sama-sama menyambut hari graduasi, Sui Lin memberitahu dia dan David Lam telah bercerai dan Sui Lin memperkenalkan Edwin kepada Jie Wen.

Melihat kepada raut wajah Edwin yang seiras rupa mendiang ayahnya membuat Jie Wen dipukul rasa bersalah. Tanpa sedar dia memberitahu Sui Lin dia akan mengambil berat akan Edwin dan berjanji akan membesarkan Edwin sekalipun mereka tidak bersama.

Kerana janji itulah telah memakan Jie Wen dan membuat Jie Wen keliru antara tanggungjawab terhadap Edwin dan cintanya kepada keluarga yang baru dibinanya.

"Ya Allah, apa aku dah buat ni?"

Tersedu sedan Jie Wen menangis memikirkan hati yang telah terluka akibat tindakan bodohnya.

Gadis Degil Dan Budak CinaWhere stories live. Discover now