SHAHIRA gembira apabila hampir rakan sekerjanya dulu dapat bersama.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya nak bagi briefing berkenaan dengan aktiviti kita hari ni sehingga 17 haribulan. Apa-apapun terima kasih semua sebab sudi join family day kita sekali gus akan sambut hari besar saya esok." Shahira memulakan taklimat.
"Kita akan menginap di apartment Country Garden. Setiap aparment yang sewa akan diduduki oleh enam hingga lapan orang serumah bagi yang bujang. Yang bawa keluarga, satu rumah akan duduk satu atau dua buah keluarga dan yang hanya bawa pasangan masing-masing satu rumah tiga pasangan. Yang bawa boyfriend girlfriend, consider bujang."
"Ini event paling besar yang pernah HiRich anjurkan, ya. Selain team Kluang, akan ada team dari Batu Pahat, Kulai dan Johor Bahru. Team Kluang ni bukan korang aje eh... Nanti bas ni akan singgah amek dorang. Setiap team sekurang-kurangnya ada 20 orang wakil. Kita adalah team yang paling awal sampai sebab kita ada majlis special pada keesokan harinya."
"Malam ini adalah acara bebas, besok pagi majlis saya yang akan mula jam 9 pagi hingga 12 tengahari di Thistle Hotel. Jam 3.30 petang kita akan ada acara sukaneka antara branch yang akan berlangsung di pantai. Make sure yea team Kluang menang. Kalau tak menang, no increament."
"Alahhhh apa ni main ugut-ugut" Faizal berdiri.
Shahira ketawa besar.
"Haaaa kenalah menang!"
"Iskh kau ni Faizal, Rara bergurau ajelah tu." Rama memarahi Faizal. Faizal duduk dan dia tersipu malu.
Shahira membalas dengan memberikan senyuman manis.
"Lepas Isyak, korang turun dan kita akan ada annual dinner dan penyampaian hadiah. Ingat tema annual dinner kita, The Amazing Red Blue. Any problem pasal penginapan, contact terus dengan Puan Fikriyah. Rie, sini kejap"
Fikriyah menghampiri Shahira. Berdiri di samping, Pengurus Kanan Pentadbiran dan Kewangan, HiRich Sdn Bhd.
"Ini, Puan Fikriyah Mohd Darus. Panggil Puan Rie pun tak mengapa. Dia bertanggungjawab menjaga kebajikan tuan puan semasa penginapan di Country Garden nanti. Nanti saya akan share contact number Puan Rie. Tetapi, jangan pula sikit-sikit nak call dia ya. Kalau benda kecil boleh handle, handle saja. Lagi satu, sila jaga anak masing-masing. Rara tak mahu berlaku perkara yang kita tak ingini. Keselamatan keluarga tuan puan adalah tanggungjawab tuan puan. Ada apa-apa nak tanya?"
Tidak ada suara kedengaran.
"Abang Bad, silalah baca doa semoga perjalanan selamat menuju ke destinasi. Rara keluar dulu, kita jumpa esok ya."
Shahira keluar dari bas. Jie Wen menantinya dalam kereta.
"Sorry lambat."
"Tak pe. Nak stay kat hotel mana ni?"
"Thistle, Yang."
Sepanjang perjalanan, Shahira tidak banyak bercakap. Dia sentiasa senyum sambil membalas mesej-mesej di WhatsApp. Jie Wen tidak mahu menegur sikap Shahira lebih-lebih lagi apabila teringat pesan Amran sebelum cuti sekolah bermula.
*****
"KAU kata hari tu, birthday Rara 16 September ni kan?" Jie Wen mengangguk. "Aku rasa sesuatu yang besar akan berlakulah masa birthday dia. Dia mesti nak buat surprise kau something, sebab tu dia ajak kau tidur kat hotel. Macam masa puasa hari tu."
Jie Wen diam sekejap.
"Kau rasa dia nak ajak aku tunang ke?"
"Mungkin. Aku ni agak-agak je mengikut kepada perangai pelik Rara yang kau cerita kat aku."
"Kalau dia nak tunang ngan aku, aku kena prepare barang-barang hantaran. Tapi masalahnya, barang-barang hantaran tu semua dah kat dia. Dah macam mana ni?" Tiba-tiba Jie Wen rasa panik.
"Haaa... Kalau dah tempat dia, confirmlah tu dia nak wat surprise kat kau."
"Kalau dia ajak aku kahwin terus, macam mana?"
"Uikss advance fikiran kau ni." Amran ketawa. "Kau prepare je, duit mas kahwin, cincin. Dua benda tu je. Kita tengoklah permainan si Rara tu macam mana."
"Habis, duit hantaran?"
"Kau transfer ajelah diam-diam. Kau bagi bukti bank in ke akaun si Rara. Kau tahu tak, mak ayah Rara nak minta berapa?"
"Adalah papa dia hint hari tu nak hantaran berapa."
"Haaa... Kalau dah tahu, senanglah kan? Kau prepare je apa yang patut. Kita tengok permainan si Rara tu macam mana."
*****
"KENAPA jauh sangat bilik kita ni, sayang?" Jie Wen mula kehairanan sebaik menerima access card.
"Danish yang tempah. Tu je yang kosong, Yang. Same floor what? Okay la."
'Danish atur atau itu bilik pengantin kita? Tapi, takkanlah kahwin kot.'
Jie Wen senyum sendirian.
Mereka menuju lobi dan menaiki lift bersama.
"Yang, lepas Maghrib kita dinner eh"
"Kena pakai lawa-lawa tak?"
"Tak yah. Pakai underware je"
'Eh eh dia ni. Aku pakai betul-betul kang...'
"Yang, kalau nak jalan-jalan gi mana, sendirilah eh. Saya nak rehat. Dah dua malam tak tidur lena." Beritahu Shahira tanpa dipinta.
"Kenapa tak lena?"
"Urus penginapan staff, sukaneka, dinner lagi. Sakit kepala"
"Ohhh..."
"Ohhh aje?"
"Habis, nak abang jawab apa?"
"Tak nak kesian kat saya ke? Bagilah semangat. Awak yang ajar saya kan, Cikgu Lee Jie Wen." Nampaknya Shahira memulang paku buah keras.
Tersengih sahaja Jie Wen dibuatnya.
Setelah tiba di tingkat 7, mereka berjalan bersama sebelum berpisah. Bilik Shahira berada di hujung sekali.
"Bye, Yang. Jumpa dinner nanti eh"
Jie Wen hanya angguk faham sebelum menutup bilik pintu hotelnya.
'You'll be mine, Jie Wen'
Hati Shahira berbunga-bunga memikirkan kejadian yang akan berlaku malam ini.
YOU ARE READING
Gadis Degil Dan Budak Cina
Romance[MATURED] Tercabar dengan kata-kata seorang ayah, si anak tekad untuk berdikari tanpa mengharap bantuan si ayah dan ibu. Dia keluar dari rumah dengan hati yang membendung rasa kecewa. Shahira tekad membuktikan dia mampu bekerja sebagai orang bawahan...