"LAWA pula budak cleaner tu," puji Saiful.
"Apa, kau ingat orang kerja pembersihan ni kena muka buruk-buruk ke? Muka pecah muka tak laku?" Marah Jie Wen.
"Laaa aku cakap je pun. Kau nak marah dah kenapa? Aku puji kot. Kau tahulah, perempuan kalau dah cantik, standard la mana nak kerja macam ni. Paling-palingpun nak jadi kerani, duk office. Takpun kerja kilang."
"Dahlah, jom. Kesian pula budak-budak tunggu penceramah." Jie Wen mematikan perbualan. Dia tidak mahu Saiful terus berbicara tentang gadis itu.
Jie Wen rasa berdebar sebaik melihat kelibat Shahira.
'Tak sangka dia bekerja di sini. Bila tanya langsung tak mahu beritahu di mana. Asyik kata di Jabatan Agama saja. Habis meeting ni aku mesti jumpa kau' Tekad Jie Wen.
Sesi ceramah Jie Wen berjalan dengan aman. Namun ketika tiba giliran Saiful, dia tidak dapat memberikan tumpuan untuk menyokong sahabatnya. Fikirannya melayang menerjah wajah Shahira.
Selesai ceramah, liar mata Jie Wen mencari Shahira. Dia mencari manusia-manusia berbaju biru gelap.
"Kau tak jamah makanan ke Jie Wen?"
"Makan dulu. Aku nak gi toilet." Bohong Jie Wen. Dia berlalu meninggalkan Saiful.
Ketika menuruni anak tangga, acah-acah mencari tandas, Jie Wen terserempak kelibat dengan dua orang pekerja pembersihan. Jie Wen berhajat mencuri dengar perbualan mereka.
"Gi kahwin Fatin tak esok, Rara?"
"Pergi Kak Su. Kenapa? Kak tak gi ke?"
"Nak gi tapi tak de keretalah"
"Kejap... Hello, Assalamualaikum bang Long... Esok Rara nak pinjam Innova boleh tak?... Nak bawa kawan-kawan ni gi majlis kahwin... Thank you, bang Long. Esok pagi Rara singgah eh... Ohhh ngan Along eh... Ok bang. Assalamualaikum."
"Haaa bestnya."
"Nanti akak bagitaulah siapa-siapa yang nak join. Enam tujuh orang macam tu. Rara gi office jap kak. Tadi Kak Faz mesej minta tolong bersihkan lantai. Ada minuman tumpah."
"Ok"
Jie Wen undur ke belakang. Berpura-pura lagi. Acah-acah terserempak.
Nyata, rancangannya menjadi. Shahira agak terkejut melihat Jie Wen di hadapannya.
"Terkejut ke?"
Shahira menjeling. Dia ingin naik tetapi Jie Wen menghalangnya.
"Berapa kali jumpa kenapa awak cakap awak masih kerja kat tempat lama?" Lembut sahaja bicara Jie Wen.
"Eh sibuk. Suka hati saya lah! Nak tahu saya ni kerja mana dah kenapa? Penyibuk la budak Cina ni. Tepilah."
"Kenapa nak tipu saya?"
"Sekarang awak dah tahu saya kerja sini. So? Dah cukup la kan?"
Jie Wen hanya tersengih.
"Tepilaaah budak Cina! Saya nak buat kerja ni"
"Kejap" Tiba-tiba Jie Wen merampas telefon Shahira. Dia mendail nombornya. Sudah berdering dia mematikan panggilan. Dia menyimpan nombor telefonnya, kemudian memadam log telefon yang mendail telefonnya tadi. Dia menyerahkan semula kepada Shahira.
"Ehhh budak Cina ni!" Menyirap rasa darah Shahira.
Jie Wen kemudian memberikan laluan kepada Shahira. Dan tanpa Shahira menyedari, Jie Wen mengekorinya.
"Ehhh bodohlah budak Cina ni. Ehhh kenapalaaaaah asyik jumpa dia. Tak ada orang lain ke aku kena jumpa? Kalau handsome macam Minho tak pe juga. Takpun cute macam Jongki..."
"Ehh Lee Jie Wen pun cute la. Awak je tak tahu"
Shahira berpaling.
'Aihhh budak Cina ni memanglah tak reti bahasa. Orang Cina ni memang degil-degil ke?'
"Eh, boleh tak awak jauh dari saya?" Pinta Shahira.
"Cikgu Jie Wen!" Ada suara memanggil dari jauh.
"Yea!" Menjawab. Dia menoleh ke arah Shahira dan memberikan senyuman membalas muka kelat Shahira. Jie Wen kemudian meninggalkan Shahira tanpa menoleh.
"Meeting pula, jom,"
'Eh cikgu pula budak Cina ni. Ingatkan dia photographer. Dua kali jumpa, ada kamera je sangkut kat leher. Eiii, geram pula aku'
Dari jauh sebelum memasuki pejabat am, Shahira menjeling ke arah Jie Wen yang rancak berbual dengan seorang lelaki. Bila Jie Wen menoleh kepadanya, dia segera mengalihkan pandangan ke arah lain.
'Klise betul. Alah-alah macam Kdrama. Kau jeling aku, aku jeling kau. Pastu jatuh cinta. Ahhh bodoh. Ingat aku nak jatuh cinta ke ngan Cina? Baik aku bercinta ngan orang Korea. International sikit.' Shahira mengomel dalam hati.
Meluat benar dia dengan Jie Wen. Tak terlintas dalam fikirannya Jie Wen akan mencarinya.
Jie Wen pula sangat gembira. Jika dihitung, ini kali keempat mereka bertemu. Dia mengharap mereka kerap berjumpa selepas ini.
Dia mahu mencari maklumat tentang majlis kahwin esok.
YOU ARE READING
Gadis Degil Dan Budak Cina
Romance[MATURED] Tercabar dengan kata-kata seorang ayah, si anak tekad untuk berdikari tanpa mengharap bantuan si ayah dan ibu. Dia keluar dari rumah dengan hati yang membendung rasa kecewa. Shahira tekad membuktikan dia mampu bekerja sebagai orang bawahan...