≈ 38 - Rapuh ≈

177 8 2
                                    

KELAHIRAN si kembar membuat kehidupan Jie Wen dan Shahira bertambah ceria. Nur Nadeera dan Nur Nafeesa binti Abdul Rahman. Lahir pada pada 17 Mei sebelum menjelang subuh.

Kelam kabut satu rumah apabila Shahira mengadu apabila keluar lendir yang ada sedikit darah. Jie Wen terus berkemas menyediakan semua keperluan semasa bersalin. Nurul juga turut membantu. Maulana menemankan Shahira di ruang tamu bersama Taufiq.

"Alang kencing ke?" Soal Taufiq sebaik Shahira bangun dari sofa.

Shahira melihat lantai tempat dia berdiri. Begitu juga Maulana yang berdiri di sebelah Shahira.

"Pecah air ketuban dah ni." Ucap Maulana. Dia menyuruh Taufiq mengambil tualanya di bilik. "Jie Wen, Ayang cepat. Rara dah pecah air ketuban ni!"

Tengah malam mereka menuju ke KPJ. Lebih tiga jam juga Shahira bertarung melahirkan Nadeera dan Nafeesa. Kelahiran antara si kakak dan si adik berbeza tak sampai 5 minit.

Kehadiran si kembar mengubah lanskap kehidupan pasangan tersebut, namun tetap tidak mengubah hajat Jie Wen menyambung pelajaran ke New Zealand.

Belum sampai setahun usia si kembar, Jie Wen membawa Shahira dan kedua-dua anaknya ke New Zealand. Jie Wen menyambung pengajiannya di Universiti Waikato, Hamilton dengan mengambil pengajian Sarjana Pendidikan.

Jie Wen menyewa rumah di kawasan perumahan di Melville. Jie Wen benar-benar sengaja untuk memohon belajar di Universiti Waikato kerana berhampiran dengan rumah kakaknya, Amy Lee. Dia meminta Amy Lee untuk mencari rumah sewa berhampiran dengan kediaman mereka. Amy Lee dan suaminya bekerja di Elizabeth Rothwell Building. Kakaknya jururawat manakala, abang iparnya doktor.

Selama hampir dua tahun bermukim di negara Kiwi itu, mereka kembali ke Malaysia. Jie Wen pula mendapat penempatan baru di Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Tahun 2020 bukan saja bermulanya pandemik seluruh dunia melawan serangan Covid-19, malah jiwa Shahira juga berperang dengan kehadiran seorang wanita yang bernama Linda Teo.

Awalnya dia tidak mahupun melayan segala mesej melalui WhatsApp. Telah disekat tetapi ada saja nombor baharu yang datang menyapa.

Linda Teo Awak unblock nombor saya, saya tak akan kacau awak dengan nombor lain. Kalau awak tukar nombor sekalipun, saya akan tahu. Saya ada nombor mak ayah awak, ada nombor company awak, ada nombor pejabat suami awak. Semua! Atau awak mungkin mahu suami awak tu dikenakan tindakan tatatertib?

Shahira Saya betul-betul tak tahu apa yang awak nak. Kalau awak nak Jie Wen tu, ameklah. Lantaklah apa yang awak nak. Awak pikatlah dia sampai dia ceraikan saya dan lantaklah awak buat apa yang awak hendak. Kalau dia dikenakan tatatertib, lantaklah dialah. Dia tak ada duit, awak juga yang susah. Go ahead dengan rancangan awak. Suka hati awaklah nak sebarkan apapun kat mak ayah saya ke, company saya ke, kat kerajaan Malaysia sekalipun, lantaklah. Sebab yang akan nampak salah bukan saya tapi awak. Awak jangan fikir saya tak boleh bawa awak ke mahkamah kerana menjadi orang ketiga dalam rumahtangga saya.

Linda Teo Saya bukan orang ketiga but you are

Shahira Mana bukti awak berkahwin dengan Jie Wen sebelum kami berkahwin? Jika Edwin itu anak kamu berdua, buktikan Edwin bukan anak luar nikah. Kalau awak nak Jie Wen, go ahead.

Linda Teo Saya akan masuk Islam untuk menjadi isteri Jie Wen agar dia dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Edwin

Shahira Go ahead. No need to tell me. Simple. Kalau awak dah terbukti berkahwin dengan Jie Wen, saya sendiri akan pastikan saya akan bercerai dengan dia. Awak tak perlu buat bodoh macam ni sampai nak mengugut-ugut saya. Nampak sangat terdesak. Tak payah nak mesej-mesej saya cuba nak saya sakit hati ke apa ke. Just go with your plan. Pikatlah Jie Wen tu seperti mana yang kau nak dan saya tak perlu tahu. Okay. Bye

Sekat.

Sangat banyak gambar mereka bersama semasa di New Zealand dikongsikan kepada Shahira. Ya, jauh di lubuk hati Shahira dia amat terluka dan kecewa. Kepercayaan dikhianati orang lelaki yang dicintai. Shahira mahu menjadi wanita yang kuat dan kental serta degil seperti mana ketika hubungan bersama Tengku Zulhelmi dulu.

Bermain-main dalam fikirannya kata-kata yang pernah diungkapkannya. Untuk apa mempertahankan sesuatu hubungan yang tidak ada restu. Namun, ini adalah hubungan yang ada restu, ada cinta, ada ikatan. Suatu hubungan yang harus dipertahankan, tambahan mereka sudah punya zuriat.

Namun, Shahira patah hati. Jiwanya terlalu rapuh untuk menggenggam cinta Jie Wen.

Rapuh.

Gadis Degil Dan Budak CinaWhere stories live. Discover now