≈ 6 - Perang Dingin ≈

164 13 4
                                    

TENGKU Zulhelmi amat terkejut dengan tindakan ibunya di majlis perkahwinan Fatin setelah dikhabarkan oleh Tengku Zulkarnain.

"Ayahpun tak sangka jadi macam ni. Boleh pula bonda kamu tu pegi meja kawan-kawan si Fatin cakap Shahira tu macam-macam. Marah betul Fatin. Nasib juga masa tu acara bebas, tetamu lain seronok menari zapin"

"Jadi, bonda mana?"

"Kamu tunggulah bonda kamu call. Dia kata pegi Sibu lah nak jumpa kamu."

"Allah. Kenapa ayah tak halang?"

"Dia balikpun ayah tak tahu. Alih-alih call beritahu, dia kat Senai nak gi Sibu. Ayah nak buat macam mana lagi"

Tengku Zulhelmi hanya mampu menepuk dahi.

"Ya Allah, ayah. Mie ada taklimat ni dekat Putrajaya. Sengajalah datang awal. Aduhh, flight bonda jam berapa?"

"Ayah tak tahu, Mie."

"Tak mengapa ayah, Mie cuba call bonda. Mie sekejap lagi nak terbang. Kalau tak dapat terpaksa batalkan."

Tengku Zulhelmi segera mematikan talian. Dia cuba menelefon Hasnah tetapi tidak berjaya. Berkali-kali sehingga telefon bimbitnya hampir kehabisan cas bateri.

Helmi : Bonda, Mie dengar bonda nak datang Sibu. Kalau bonda datang, bonda pandai-pandailah ya urus diri sendiri. Mie tak ada di Sibu. Mie diarahkan bertugas di Putrajaya minggu depan. Sikap bonda macam ni lah punca Mie tak mahu balik. Lebih baik Mie hidup sendiri-sendiri. Tak perlu tuduh orang lain jadi punca Mie macam ni.

Dia menelefon semula Tengku Zulkarnain.

"Ayah, bonda tak angkat phone ni. Dia sengaja ke apa tak tahulah. Mie naik flight la dulu. Lagipun Mie dah hantar mesej kat bonda. Harap dia baca lah."

***** 

HASNAH sengaja tidak mengangkat telefon Tengku Zulhelmi. Biar dia tahu, Hasnah sedang merajuk. Sakit benar hatinya dengan apa yang berlaku. Jika bukan kerana mempertahankan Tengku Zulhelmi, dia tidak akan bertindak begitu. Menambah lagi terluka hatinya dengan kata-kata Tengku Zulhelmi dalam mesej.

'Semua nak salahkan aku. Budak Shahira tu yang tak malu, aku juga yang salah.' Bentak hatinya.

Hasnah sengaja memberitahu dia ke Sibu. Walhal dia 'melarikan' diri ke Singapura.

Selepas dia meng'heboh'kan majlis Fatin, Hasnah segera berlalu meninggalkan majlis dan kembali ke hotel. Sanggup Hasnah berjalan kaki kembali ke hotel penginapan dia dan suaminya.

Dia segera menelefon anaknya yang kini bergelar Datin Seri, Tengku Hamidah mengadu apa yang telah berlaku. Kebetulan Hamidah dalam perjalanan ke Singapura bersama suaminya selepas suaminya selesai menghadiri mesyuarat.

"Ayah tahu tak ni bonda ikut kami ke Singapore?" Soal Tengku Hamidah.

"Bonda dah WhatsApp ayah," bohong Hasnah.

Tengku Hamidah tidak percaya kata-kata ibunya. Dia segera menelefon Tengku Zulkarnain.

"Assalamualaikum... Bonda dengan saya, ayah. Kami nak pegi Singapore... Nak kami patah balik amek ayah?... Ohh, ok ayah. Jaga diri baik-baik ayah. Nanti Idah call Bibah yea ayah... Bukan... Bibah ada kat Melaka tu. Biar Bibah amek ayah yea... Ok ayah. Assalamualaikum."

Hasnah tidak mahu melihat wajah Tengku Hamidah.

"Kesian kat ayah, bonda. Dia tunggu bonda. Nanti Bibah amek ayah kat Kluang. Kat sana keluarga bonda tau, bukan ayah."

"Habis sekarang tak nak bawa bonda pegi Singapore ke?" Terluah marah Hasnah.

"Boleh tak bonda cooldown? Bonda sekarang dah selamat dengan kami. Tapi ayah tu... Selagi Bibah tak ambil dia, kepala ni duk fikir keselamatan ayah. Bonda tak ada rasa apa-apa ke? Tak risau langsung?"

"Semua ni tak akan jadilah kalau Helmi tak bercinta dengan budak cleaner tu!"

Tengku Hamidah hanya menggelengkan kepala. Lain disoal, lain dijawab. Mati akalnya untuk berbicara fasa seterusnya.

Hanya kerana menjadi cleaner, ibunya meminta adiknya berpisah dengan Shahira.

'Dia tak tahu anak bongsu dia kerja part time cleaner. Kalau tahu, boleh terbalik kot dunia ni.' Bicara Tengku Hamidah dalam hati.

Gadis Degil Dan Budak CinaWhere stories live. Discover now