≈ 19 - Wad ≈

122 11 0
                                    

TENGKU Zulhelmi tiba di Hospital Tunku Fauziah setelah lebih lapan jam perjalanan. Hasnah juga sudah dipindahkan wad biasa dan memerlukan pemantauan.

"Kenapa dengan bonda sebenarnya, ayah?" Soal Tengku Zulhelmi sebaik menemui Tengku Zulkarnain.

"Awal pagi tadi, ayah tinggalkan bonda kamu seorang diri kat bilik sebab ayah nak ke masjid. Sembahyang raya. Bila balik tak keluar dari bilik. Tanya budak-budak, kata nenda langsung tak keluar. Tengok macam tidur. Gerak-gerak tak bangun. Tekanan darah tinggi kata doktor. Mujur pembuluh darah tak pecah." Panjang lebar penerangan Tengku Zulkarnain.

"Kat katil ke?"

"A'ah."

Tengku Zulhelmi cuba berimaginasi. Mungkin Hasnah berdiri kemudian rebah di katil.

"Ayah rasa bonda kamu tu stress dengan apa yang ayah kata kat dia sebelum pegi sembahyang raya."

"Ehhh... Ayah kata apa kat bonda sampai bonda stress?"

"Pasal kamu la. Apa lagi. Dia sedih kamu tak balik. Ayah nasihatkan dia, ingat sejarah lama. Jangan menghina orang nanti berbalik dengan kita. Ayah ugut lagi, kalau sikap bonda masih macam tu, ayahpun hilang macam Helmi."

"Laaa..."

"Asyik nak menyalahkan Shahira saja kerjanya. Silap sendiri tak nampak. Ya Allah, ampunkanlah dosa isteriku."

Tengku Zulhelmi mengeluh panjang.

"Lain benar keluhan kamu tu, Helmi."

"Mie ni, dah tak ada harapan lagi dengan Shahira tu, ayah. Mie pegi Kluang nak pujuk dia walaupun dah dua tahun kami berpisah. Mie nampak dia dah ada orang lain. Dia betul-betul dah berubah sebab hinaan bonda pada dia. Mie terluka sangat. Saat dia berhijab bukan Mie pasangan dia, ayah. Bukan Mie." Tanpa rasa malu Tengku Zulhelmi menangis.

Hardi di sebelahnya menepuk bahunya. Sepanjang perjalanan lebih lapan jam tadi, wajah sepupunya itu duka. Apabila Tengku Zulhelmi memandu, dia tidak fokus sehingga Hardi memutuskan untuk dia sahaja memandu sehingga ke Perlis.

"Sabarlah, Mie. Allah pasti hadirkan wanita yang lebih baik untuk Mie. Setiap sesuatu perkara tu pasti ada hikmahnya. Berdamailah dengan takdir. Jika sekalipun bonda tidak menghalang, Shahira tetap bukan jodoh kamu. Bonda hanya sebagai asbab." Tengku Zulkarnain memujuk Tengku Zulhelmi.

Kurang sedikit beban hati Tengku Zulhelmi setelah dapat meluahkan. 'Berdamai dengan takdir', kata-kata Tengku Zulkarnain bermain-main di fikiran Tengku Zulhelmi.

"Mohon doakan saya, ayah. Melupakan Shahira bukan mudah tapi Mie akan cuba"

Tengku Zulkarnain terus memeluk anaknya.

"Ayah balik dulu dengan Mamat. Biar Mie yang tunggu sini. Mat, berehat la dulu kat rumah."

Tengku Zulkarnain dan Hardi berlalu meninggalkan Tengku Zulhelmi untuk menjaga Hasnah di wad.

*****

DI dalam wad, terbaring lemah di atas katil. Wajahnya herot sedikit sebelah kanan. Hasnah mendapat strok. Percakapannya juga sudah tidak jelas.

Dia meracau-racau apabila melihat Tengku Zulhelmi. Terus Tengku Zulhelmi memeluknya.

"Bonda, bonda. Mie dah depan mata. Tenang bonda. Tenang. Mie ni. Mie baru sampai." Bisik Tengku Zulhelmi. Hasnah menangis.

Tengku Zulhelmi mencium dahi Hasnah. Dia faham, Hasnah tidak menduga akan kehadirannya.

"Bonda rehat, jangan stress. Rajin-rajin buat fisioterapi supaya strok bonda ni makin kurang-kurang. Bonda sihat macam selalu." Tengku Zulhelmi berbicara dengan Hasnah.

"Bonda nak minta maaf" ucap Hasnah sedikit sukar difahami oleh Tengku Zulhelmi.

"Bonda, jangan fikir benda tu. Bonda mesti sihat, ya."

Dalam perancangan mereka sekeluarga, Tengku Zulhelmi akan menjaga Hasnah sehingga Ahad dan kemudian digantikan oleh Tengku Hanisah. Jika Hasnah sudah mulai stabil dan kurang pemantauan, Hasnah akan dipindahkan ke wad kelas pertama.

Tengku Zulhelmi tidak akan berbicara sekali-kali berkenaan dengan Shahira sekalipun mungkin itu kemahuan Hasnah. Dia tidak mahu mengganggu kestabilan emosi Hasnah. Shahirapun sudah jadi milik orang, mustahil untuk dia mempertahankan hubungan yang diimpikan.

'Selamat tinggal sayangku, Shahira. Semoga kau berbahagia dengan pilihanmu dan aku memilih mengikut kehendakmu untuk aku mencari restu bonda.'

Gadis Degil Dan Budak CinaWhere stories live. Discover now