≈ 34 - Malam Pertama ≈

262 9 0
                                    

"ABANG tak puas hati kat sayang ni." Ucap Jie Wen sebaik masuk ke bilik hotel.

"Apa benda?" Shahira berulang kali menguap dan ditahan-tahan. Dia tetap mahu melayan Jie Wen. Dia terus ke sofa. Membiarkan Jie Wen terus berdiri.

"Tadi lepas sanding sayang tertidur. Abang balik solat Jumaat, sayang masih tidur. Lepas tu sukaneka. Berkemas lagi nak annual dinner. Langsung tak ada masa nak borak. Semua habis masa untuk bersiap je."

"Janganlah membebel. Meh sini duduk di sofa" ajak Shahira.

Shahira bersila di atas sofa. Jie Wen ke meja solek terlebih dahulu mengambil kapas, tisu basah dan miceller water. Kemudian Jie Wen menghampirinya. Juga duduk bersila menghadap. Barang-barang tadi diletak di atas meja.

"Bukalah tudung tu kemudian bersihkan muka. Abang tanya, sayang jawab sambil buat kerja" Shahira angguk. "Cuba cerita kat abang macam mana tercetus idea nak nikah ni?"

"Masa raya pertama tu lagi. Masa abang tidur, kami berbincang kat bilik papa. Saya rasa belum nak kahwin tapi saya tak mahu terlepas awak. So, setuju ajelah kehendak papa nak kita kahwin. Pastu Along pula cadang nikah time birthday. Then saya kata, ok tapi nak surprisekan awak."

"Kenapa nak surprisekan abang? Kan abang memang nak kan sayang."

"Sebab perangai tu lah, nak tahu betul ke tak. Awal-awal tu rasa cam menyesal juga nak nikah awal tambah papa awal giler book kursus kahwin. Gelabah rasanya. Tapi, bila kita kena fitnah tu, saya nak awak sangat. Kejadian tu macam hint suh kita kahwin cepat. So, here we are."

Jie Wen meletakkan miceller water ke kapas dan membantu Shahira membersihkan muka.

"Abang tak tahu nak cakap apa untuk semua kejadian hari ni melainkan terima kasih."

"Saya tak fikir apapun selain nak surprisekan awak. Tapi saya nampak dalam keluarga saya, dorang nak mudahkan urusan awak dari segi hal meminang dan sebagainya memandangkan awak hanya ada kawan-kawan. Dorang dah ada instinct awal lagi. Saya ni pula just terfikir kenapa dorang buat macam tu apabila saya tanya awak adik beradik mendiang mak. Tak tahu nak cakap apa. Saya terbayang mak kat rumah seorang diri masa awak study."

Bila Jie Wen mengimbas kembali ketika zaman belajar, Jie Wen menyewa rumah bersama teman wanitanya. Dia membawa ibu sekali untuk tinggal bersama. Di sanalah dia dan Sui Lin terlanjur. Jie Wen mahu bertanggungjawab sekalipun masih lagi belajar. Dia boleh mendapatkan kerja sampingan. Namun, apabila ibubapa Sui Lin tahu, mereka sangat marah dan memutuskan hubungan. Sui Lin serta merta berhenti belajar dan dipindahkan ke Australia. Sui Li ada menghantar gambar anak mereka. Setelah menjadi warga pendidik, Jie Wen ke Australia mengikut alamat yang telah diberikan. Malang, Sui Lin telah berpindah. Jie Wen tidak berjaya menjejak Sui Lin sekalipun melalui media sosial.

"Abang bawa mak tinggal dengan abang masa study. Abang wat part time walaupun sebenarnya duit bulanan memang cukup dari mak. Duit pencen ayah, kiriman abang dan kakakpun setiap bulan sudah mencukupi untuk kami membayar sewa. Malah rumah di Kelantanpun kami sewakan, sampai sekarang ni. Mak meninggal kat rumah sewa kat Kluang ni. Masa tu saya baru nak masuk dua tahun mengajar. Bila mak dah tiada, saya masuk rumah sewa Amran. Itupun Amran yang paksa. Dia tak nak abang duk seorang." Jie Wen bercerita yang selama ini tak pernahpun Shahira bertanyakannya.

"Yang, I am really sorry. Saya tak pernahpun nak amek tahu pasal awak"

"It's okay lah. Kita bercinta lepas akad. Abang tahu, perkenalan kita ni singkat sangat. Tapi perasaan tu dah macam kenal empat lima tahun" Shahira angguk mengakui. "Hmm dah siap... Gi cuci muka dulu. Abang nak solat. Nak join sekali tak?"

Gadis Degil Dan Budak CinaWhere stories live. Discover now