04 | HUKUMAN

75 9 0
                                    

AWAL subuh lagi Ayla sudah bangun dan membersihkan dirinya di bilik air.

Hatinya bagai tidak keruan apabila melihat degupan jantung Amani perlahan sahaja berdegup pada malam tadi.

Pantas Ayla melekapkan tangan kanannya pada dada Amani dan membaca surah Al-Fatihah dan ayat kursi.

Tiada sebarang ubat yang boleh ditelan oleh kanak-kanak itu. Ayla hanya mampu memberikan air bacaan beberapa surah kepada Amani untuk diminum.

Selesai membersihkan diri, Ayla masuk ke dapur untuk memasak kepada ahli keluarganya.

Sedang sibuk menggoreng bihun goreng, baju t-shirt nya ditarik perlahan oleh seseorang.

Ternyata Muhammad Airil Akmal yang menarik bajunya itu. Ini tak lain tak bukan, mesti nak...

"Kakak, Airil nak susu. Airil lapar." Ya, permintaan susu botol itu diminta oleh adik ketiganya setiap kali bangun daripada tidur walaupun umurnya sudah bernginjak 7 tahun.

"Sekejap erk. Airil duduk dulu dekat kerusi. Nanti kakak bancuhkan."

Akur dengan arahan kakaknya, tubuh kecil Airil akhirnya duduk di kerusi yang di sediakan itu lalu dia melentokkan kepalanya di atas meja.

Siap bihun goreng yang digoreng oleh Ayla, dia mencari botol susu milik Airil namun tidak dijumpai.

Apabila tubuhnya memusing 180°, terlihat seorang lagi adiknya iaitu Nur Aira Anisa yang baru sahaja masuk ke dapur.

"Kakak cari apa?" Tanya Aira yang menggosok-gosok matanya itu.

"Ni hah, kakak cari botol susu Airil. Tak jumpa pula." Jawab Ayla seraya masih lagi mencari-cari botol susu milik Airil.

"Ada ni, dekat sini." Ujar Aira lalu mengambil botol susu itu yang tersorok sedikit daripada pinggan-pinggan makan.

"Terima kasih Aira. Ni, pergi mandi. Nanti lambat pula nak pergi sekolah."

"Baik kakak." Gadis itu terus berjalan menuju ke bilik air.

            - H A I D E R A W L I Y A -

BARISAN dibuat oleh 3 orang anak Hazman di hadapan rumah sambil menyalami tangan Ayla.

"Lepas habis sekolah buat apa?" Tanya Ayla seraya mengangkat tinggi tongkat sakti itu yang bernama rotan.

"Balik rumah terus!" Jawab 3 beradik itu dengan penuh semangat.

"Apa dia? Komander tak dengar. Lagi sekali! Lepas habis sekolah buat apa?" Ulang Ayla lagi.

"BALIK RUMAH TERUS!" Balas mereka bertiga dengan jeritan seperti askar.

"Aira, apa yang perlu anda buat semasa di sekolah?" Soal Ayla lalu berjalan mengiringi Aira.

"Jaga Airil. Tunggu abang datang jemput dulu, baru boleh balik."

"Bagus! Airil, apa yang perlu anda buat semasa di sekolah?" Giliran Airil pula untuk disoal.

"Sentiasa berduan dengan aweks, eheks." Jawab si kecil itu bersama senyuman yang gatal.

"Jangan nak menggatal sangat dengan perempuan. Awak fikir, aweks awak tu takde maruah, hah? Jadi lelaki yang profesional. Matang dalam pemikiran. Pergi sekolah, belajar rajin-rajin, bukan bercinta! Faham ataupun tidak?" Jerit Ayla di hujung ayat.

"Saya faham komander!" Balas Airil dengan jeritannya.

"Bagus kalau faham. Jangan buat-buat tak faham pula."

"Dan akhir sekali..." Sengaja Ayla mahu menyangkutkan ayatnya lalu mengelilingi tubuh Arif yang ternyata lebih tinggi daripadanya.

Remaja lelaki umur 17 tahun siut tinggi 185 CM. Memang Ayla kena pandang atas lah tengok adik lelaki dia ni.

1.0 | Ukiran Ini Melambangkan Tulusnya CintakuWhere stories live. Discover now