07 | TERLUKA

78 9 0
                                    

TERSIPU-SIPU malu Ayla mahu melangkah masuk ke dalam rumah mewah Datin Hanim dan juga Dato' Nik Dariel.

Kedatangannya disambut mesra oleh Datin Hanim dan Nik Delisha Humaira.

Ringan sahaja mulut Isha berceloteh. Sambil bercerita, tangannya tidak henti-henti bergerak.

Kadang terletus juga tawa Ayla mendengar bebelan daripada Isha. Dia menceritakan tentang kenakalan abangnya yang suka mengusiknya tidak kira waktu.

"Ayla, jom kita lunch." Ajak Datin Hanim seraya menarik lengan Ayla.

"Baik, aunty."

Semasa Mak Yam sedang mencedokkan nasi ke dalam pinggan Ayla, tiba-tiba hadirnya 2 orang lelaki datang kepada mereka.

Hampir tercabut nyawa Ayla apabila dia mengenali salah seorang daripada 2 orang lelaki itu.

Datin Hanim sudah tersenyum kesukaan.

"Urmm, Ayla. Boleh tolong cedokkan nasi untuk Awisy tak?" Pinta Datin Hanim dengan lembut.

Darwisy yang sudah berada di hadapan Ayla tersenyum menyeringai. Bolehlah dia dapat melaksanakan misi dia sebentar sahaja lagi.

Patutlah mummy nya itu meminta dia pulang makan tengahari bersama, rupanya ada tetamu khas yang sudah dijemput.

Semasa mereka sedang menjamu selera, mata nakal milik Darwisy menilik satu per satu apa yang terdapat pada wajah bersih Ayla.

Daripada mata, hidung dan juga bibirnya.

Wuish, perasaan apakah ini? Tidak mungkin dia akan terjatuh hati pada si gadis ini.

Tiba-tiba Dato' Nik Dariel membuka bicara setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri.

"Ayla asal daripada mana? Berapa adik-beradik?"

"Saya dari Perak, Dato'. Adik-beradik ada 5 orang termasuk saya."

"Eyh, apa panggil Dato'. Panggil uncle je. Segan pula saya Ayla panggil Dato'."

"Baik, uncle." Senyum Ayla sedikit sebelum matanya bertembung dengan anak mata emerald milik Darwisy.

Serta-merta Ayla menjeling. Ada perasaan menyampah terhadap lelaki itu. Rasa mahu mencekik sahaja biar mam---

"Ayla dah ada buat hati?" Soal Dato' Nik Dariel dengan teruja. Dia suka melihat wajah tenang seorang gadis yang baru sahaja berada di dalam rumahnya itu.

"Takde, uncle. Saya orang kampung je, takde siapa pun yang berkenaan." Ujar Ayla merendah diri.

"Mesti ada punyalah yang berkenan tu. Silap-silap, hah dah ada orang masuk rombongan meminang." Usik Dato' Nik Dariel.

"Dia ni dah lama single, daddy. Takde siapa pun yang nak dekat dia ni. Dah lah tak pandai jaga mulut." Sindir Darwisy sambil menyuakan nasi ke dalam mulutnya.

Kecil besar, kecil besar sahaja Ayla melihat Darwisy. Kau nak arwah awal ke Nik Darwisy Haider? Dulu member sekolah aku patah tangan sebab mulut puaka dia macam kau lah.

"Awisy kenal ke Ayla? Macam mana boleh kenal?" Tanya Datin Hanim terkejut.

"Hermm, takde lah kenal sangat dengan dia ni. Tapi kalau terjumpa dengan dia, macam-macam keluar daripada mulut dia. Dah lah cakap tak bertapis. Indah khabar dari rupa betul lah."

"Sabar Ayla, sabar. Selagi iman kau kuat, selagi tu kau kena sabar daripada arwahkan lelaki yang ada depan mata kau ni." Getus Ayla dalam hati dengan geram.

"Eyh, ya ka? Mummy tak rasa pun yang Ayla macam tu. Awisy ni suka memandai-mandai tau. Tak baik buruk-burukkan orang."

"Mummy lebih percaya orang luar daripada anak sendiri ke, mummy? Daddy pun lebih percayakan orang luar daripada anak sendiri?"

1.0 | Ukiran Ini Melambangkan Tulusnya CintakuWhere stories live. Discover now