SUASANA menjadi riuh-rendah apabila salah seorang anak buah Luth Khalish sedang bertumbuk di dalam club malam itu.
"Pengecut!" Ujar Tristan Michael lalu memberikan penumbuknya kepada lelaki itu.
"Kau tu yang pengecut! Spy orang senyap-senyap! Kau kerja dengan polis, kan?"
"Bodoh!" Maki Tristan Michael dan ketika dia mahu memberikan tendangan yang padu, dia ditarik oleh seseorang.
"Sabar, Tristan. Budak si*l ni biar diorang yang settle." Ujar Brian Rafael yang sudah menarik Tristan Michael jauh daripada mereka.
Tristan duduk di sofa yang diberikan lalu melepaskan nafas yang panjang. Dia mengurut-ngurut dahinya yang sudah berasa pening itu.
"Asal kau belasah budak mentah tu?" Tanya Brian Rafael yang sedang menghirup air coke nya.
"Tapi tak seru nama aku sekali?" Sambung Brian Rafael berserta senyuman sinisnya.
"Kau lambat. Dia main rempuh je tempat kita, lepas tu buat kecoh. Dapatlah 4 kali penumbuk daripada aku." Jawab Tristan yang tidak habis memandang orang yang mencari pasal dengannya sebentar tadi.
"Aku nak kau kawal sikit kau punya baran tu, Tristan. Lepas ni, ada benda lagi best yang akan berlaku selain daripada kau tumbuk orang."
"Maksud kau?" Soal Tristan yang sudah membetulkan duduknya.
"Mr. Luth Khalish ada plan yang gempak. Bukan setakat tumbuk orang je yang kau boleh buat, tembak kepala musuh sampai pecah otak is another level of happiness. Tak sabar aku nak jalankan plan kali ni."
Senyuman kecil di bibir Tristan Michael terserlah apabila mendengar kenyataan daripada rakannya itu.
Ada sesuatu perkara yang sedang bermain-main di fikirannya dan mahu sahaja dia menghubungi seseorang namun terpaksa menghapuskan niatnya kerana dia sedang bersama dengan orang-orang Mr. Luth Khalish.
-H A I D E R A W L I Y A-
API dapur yang sedang dibuka untuk memasak hidangan pada tengahari itu ditutup setelah masakan itu siap dimasak.
"Anda ditinggalkan kerana tak goodlooking? Jangan risau brother. Pergi je glow up. Bila kau dah glow up, uiihh datang tanpa diseru gaisek. Time tu lah kau nak cakap, you're not my taste anymore, ieeeyoooo." Ayla meniru sound tiktok yang viral itu sambil tangannya memegang senduk kayu.
"Kau pernah ditinggalkan sebab tak goodlooking ke, Ayla?" Celah sudah suara Wardina Syazwani di hujung meja makan itu.
Tersengih kerang busuk Ayla mendengar soalan daripada sahabatnya itu.
"Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?" Ayat iklan panadol sudah menjadi penukaran soalan daripada soalan Wardina Syazwani sebentar tadi.
"Otak kau sakit kepala. Kau tu, cantik je. Comel molek lagi. Mesti time kecil-kecil dulu, ramai yang minat kau, kan."
"Halah, halah, halah. Saya ni biasa-biasa je lah, wak. Nak kata cantik tu, produk skincare sekali pun tak terhajat nak beli inikan pula barang-barang make up."
"Dah lah cantik, comel, body lawa pula tu. Bertuahnya aku dapat kawan baik macam kau ni. Mesti nanti sugar daddy kau, tak nak lepas kau."
"Tidak!! Otak aku dah tak suci!! Ayah, ibu. Tengok ni, Wani. Berdua-duaan dengan Ayla ni."
"Weyhh!!" Jerit Wani lalu mengejar Ayla yang sudah berlari meninggalkan Wani.
"Ibu, ayah. Tengok ni, Wani! Kejar Ayla sebab Ayla cakap Wani berdua-duaan dengan Ayla!" Tidak habis lagi Ayla menyakat Wardina Syazwani itu.
YOU ARE READING
1.0 | Ukiran Ini Melambangkan Tulusnya Cintaku
Teen FictionThe truth of the couple is very important in a relationship because of the loss of trust. As well as the loss of loyalty. NIK DARWISY HAIDER - seorang lelaki berketurunan hartawan dan memiliki sepasang mata berwarna emerald. Angkuh orangnya kerana...