15 | HONEYMOON

96 10 4
                                    

ANAK mata yang sedia kala besar itu menjadi terbeliak apabila mendengar hujahan suaminya dan ibu mertuanya.

"Di mana?" Soal Datin Hanim.

"Terengganu je, mummy. Awisy tak mampu nak bawa dia sampai ke luar negara."

"Apa yang tak mampunya? Kamu segala-galanya mampu untuk beli. Takkan dengan isteri sendiri pun nak berkira, Awisy?"

"Mana ada berkira. Kita nak ajar dia cara hidup susah sikit. Tak perlu bergantung sepenuhnya dengan suami hah."

Ayla yang dibelakang peti ais itu sudah menggempalkan buku limanya.

"Sabar Ayla, sabar. Syurga kau tu ingat sikit." Ujar Ayla dalam hati.

"Tapi kan Awisy, apa yang mummy tahu Ayla dari kecil hidup susah."

"Itu hidup dia dengan keluarga dia. Sekarang hidup dia dengan Awisy."

"Okaylah. Ikut Awisy lah. Yang penting, jangan buat benda yang pelik-pelik dekat Ayla ya. Mummy sayang menantu mummy tu." Pesan Datin Hanim bersama amaran.

"Tidaknya Awisy nak buat benda yang pelik-pelik. Paling kuban pun, Awisy jentik awning tudung dia jerr."

Malas mahu melayan kerenah anak sulungnya itu, Datin Hanim beredar dari dapur dan menuju ke belakang rumah untuk melihat bunga-bunga yang ditanam olehnya.

Sempat Ayla menyorok di balik peti ais itu. Ala, badan kecik apahal?

"Yang kau menyorok belakang peti ais tu dah kenapa? Nak mencuri erk?" Terjah Darwisy yang seraya tadi melihat karenah isterinya yang menyorok itu.

"Takde masa saya nak mencuri. Berdosa besar!" Jawab Ayla seraya menuju ke Coway untuk menyejukkan tekaknya yang kering itu.

"Kemas barang-barang yang penting. Malam ni nak gerak awal."

"Gerak pergi mana?"

"Pergi mana lagi? Honeymoon lah! Aku nak buat anak ramai-ramai. Fuh, dalam setahun kalau boleh aku nak 6 anak. And then, lagi 2 tahun giteww aku nak lagi 8 anak. Yeay, tak sabar nak dengar diorang panggil aku ayah!" Teruja Darwisy di hujung ayat.

Air yang diminum oleh Ayla akhirnya tersembur mengenai wajah Darwisy. Terbatuk-batuk Ayla dan dia mengusap dadanya.

"Asal kau sembur air kat muka aku?"

"Kepala hotak awak lah! Ingat saya ni kilang buat anak ke apa minta-minta bagai. Memang tak lah saya nak bagi anak ramai-ramai dekat awak!"

"Eleh kau. Daddy dengan mummy tengah tunggu cucu dari kita dua tau. Takkan nak harapkan si Isha tu. Kita je lah harapan daddy dengan mummy."

"Ini bukan harapan, ini kesempatan! Nak anak, pergilah kahwin lain! Awak jangan lupa erk, kita kahwin bukan atas dasar cinta! Atas dasar terpaksa! Ya, saya terpaksa berkahwin dengan awak sebab perangai awak yang tak semengah tu!"

"Jangan kurang ajar dengan aku, Ayla. I'm your husband! Hormat aku!"

"Tch, awak punca segala-galanya. Cukup bulan, divorce me or saya sendiri akan minta fasakh!"

"Berdosa seorang isteri minta cerai pada suami, Ayla!"

"Awak apa kisah? Awak sebelum kahwin pun dah buat benda terlarang inikan pula awak nak cakap soal dosa dengan saya pula."

"Kau naik atas, pergi kemas baju-baju kau!"

"Saya tak nak pergi!"

"Aku kata pergi kemas, pergi kemas! SEKARANG!"

Ayla menjeling Darwisy lalu kaki pendeknya menaiki satu per satu anak tangga.

             -H A I D E R A W L I Y A-

1.0 | Ukiran Ini Melambangkan Tulusnya CintakuWhere stories live. Discover now