11 | ANAK LUAR NIKAH

104 9 4
                                    

SUASANA menjadi sangat janggal apabila dua beradik itu berbalah mulut.

"Kalau mak kau yang tak guna tu hadir dalam hidup abah aku, dah lama family aku bahagia tahu tak!" Tengking Hana bersama tamparan yang kuat di pipi kiri Syazwani.

Jatuh terduduk Syazwani di lantai. Dia mengesat darah yang keluar daripada tepi bibirnya itu.

"Mak kau tu pelacur! Jual badan kat VVIP!"

Pang!

Hanya satu kali sahaja sebuah tamparan dilayangkan oleh sebelah tangan kanan, maka sudah membuat seorang Hana Salsabila jatuh terduduk di lantai.

"Sekali lagi kau hina arwah mak aku, mampus kau!" Ujar Syazwani yang menuding jarinya ke arah wajah Hana.

"Asal? Kau malu mak kau tu pelacur? Melacur kat orang-orang kayangan? Kau malu ke wahai Wardina Syazwani, hurmm?"

"Aku tak pernah malulah masa lalu mak aku! Kau tu je, kau je yang malu dapat abah dengan umi yang kuat agama! Kau tu yang memalukan!"

"Kau yang memalukan, Wardina Syazwani bt Abdullah! Kau tu, anak haram! Anak haram hasil daripada abah aku dengan mak kau tu! Kau anak yang tak sah taraf!" Jerit Hana bagai orang yang kurang siuman.

Akibat terlalu geram dengan Hana, Syazwani melayangkan lagi telapak tangannya ke arah wajah Hana sebanyak 2 kali.

"Ini kali terakhir aku warning kau, sekali lagi. Sekali lagi ya, kau hina ARWAH MAK AKU, MULUT KAU YANG PUAKA TU AKU PANGGANG DALAM KUALI!" Ugut Syazwani bersama api kemarahannya.

Terkedu Hana sebentar dengan ugutan Syazwani sebentar tadi.

"Hebat sangat ke kau sampai nak hina arwah mak aku? Hebat sangat ke?"

"Memang aku hebat! Sebab tu aku hina pelacur tu! Ups, I means mak kau tu! Kenapa aku hina dia? Because your mother has taken away my mother's happiness with my father! My mother's life is suffering, you know? Aku benci gila mak kau! Termasuklah zuriat haram mak kau yang ada depan mata aku ni!"

Pang, pang!

2 kali lagi tamparan dihadiahkan hebat oleh tangan tua Encik Jasni.

Turun naik pernafasan Encik Jasni kerana hujahan anak kandungnya yang sudah melampaui batas tentang arwah isteri keduanya itu.

"Syaitan mana yang rasuk dalam badan kamu ni, Hana? Kamu tak takut ke azab api neraka? Mulut tu! Mulut tu tak habis-habis nak hina arwah mak adik kamu! Kenapa? Kamu hebat sangat ke? Kamu takde dosa kamu sendiri ke sampai dosa arwah mak adik kamu ni, kamu buka!"

"Hebat sangat ke arwah pelacur tu, abah? Apa keistimewaan dia? Kenapa budak tak kenang budi macam dia ni and lelaki tak sedar diri macam abah ni sebelahkan arwah pelacur tu? Kenapa? Sebab pelacur tu dapat mati syahid ke?" Soal Hana dengan bongkak.

"Mulut tu jangan biadap sangat! Aku tak pernah ajar kamu biadap macam ni! Memang arwah mak Dina ni pelacur. Tapi abah sempat bawa dia keluar daripada pusat tu! Arwah mak Dina dah berubah, dah bertaubat! Jadi, abah kahwin dengan arwah. Dina bukan anak haram, bukan anak tak sah taraf! Kamu faham tak?"

"Hana tak faham! Kenapa abah gigih sangat nak kahwin dengan pelacur tu? Sebab apa? Sebab dia lagi sexy and menggoda ke? Sebab body dia lawa? Ke sebab nafsu abah dah terpancing and tak tahan sangat?"

Pecah sudah api kemarahan Syazwani. Dia menghampiri tubuh Hana dan menggayang sehabis-habisnya pada tubuh Hana.

Ditampar berkali-kali mulut puaka kakaknya itu.

Mahu sahaja dia ingin menghentakkan kepala Hana pada lantai mozek Encik Jasni, tapi difikirkan bahawa dia masih waras lagi.

"AKU TAKKAN MAAFKAN KAU DUNIA AKHIRAT, HANA! AKU BENCI ADA MANUSIA MACAM KAU HIDUP DI ATAS BUMI NI! DENGAN KALIMAH ALLAHUAKBAR, AKU TAKKAN MAAFKAN KAU SAMPAI BILA-BILA! PANDAI-PANDAI LAH KAU MERANGKAK CARI AKU DEKAT AKHIRAT!" Terus dilangkah keluar dan memasuki keretanya bersama air mata kecewa yang mengalir.

1.0 | Ukiran Ini Melambangkan Tulusnya CintakuWhere stories live. Discover now