13 | SENGGUGUT

69 8 1
                                    

ALARM telefon yang berbunyi mengejutkan Ayla yang sedang tidur lena beralaskan lengan sasa milik Darwisy.

Mata dicelik lalu objek pertama yang menyapa biji mata Ayla adalah siling dinding.

Tangan kiri meraba-meraba sesuatu yang lembut sedang berada di tindihan kepalanya.

Hampir tercabut nyawa Ayla apabila tangan sasa milik Darwisy yang menjadi bantal buat pembaringannya itu.

Ayla bangun lalu menampar kuat tangan sasa itu dalam beberapa tamparan yang kuat.

Bagai terkena serangan jantung sahaja apabila dirinya mendapat beberapa tamparan yang kuat daripada Ayla.

"Woi, kau ni dah kenapa? Pagi-pagi dah tampar orang. Gila ke apa?" Marah Darwisy seraya duduk di hujung katil.

"Awak lah yang gila tu! Saya punya elok tidur dekat sofa, entah jelmaan mana yang angkut saya tidur sebelah awak! Geli tahu tak!"

"Asal? Kau geli dengan suami kau? Hey kak ponti, aku ni suami sah kau, bukan jantan haram! Ikut suka hati kepala biul aku lah nak angkut kau tidur kat mana."

"Eleh, sebelum kahwin dengan saya pun, awak selalu pegang-pegang saya. Itu tak haram ke? Lepas tu, siapa kak ponti? Apa kena mengena saya dengan kak ponti?"

"Sebab kau tu suka membebel. Eyh, bingit lah cuping telinga aku ni duk tadah je dengar bebelan kau. Berdengung kepala otak aku ni nak hadam satu-satu apa yang kau ucap tu."

"Awak yang bising! Gatal sangat tak biak tu dah kenapa? Sesuka hati je sentuh-sentuh orang! Lain kali, jangan duk memandai-mandai je angkut saya tidur sebelah awak!" Ujar Ayla terus mengambil tuala di ampaian lalu menyusul masuk ke dalam bilik air.

            -H A I D E R A W L I Y A-

SARAPAN pagi yang disediakan oleh pembantu rumah Dato' Nik Dariel tidak terusik di dalam pinggan Ayla.

Ditenung dalam-dalam mee goreng itu bagai mahu menghancurkan sahaja mee goreng itu seperti hancurnya hatinya.

Perasan dengan perubahan pelik menantu baharunya itu, Datin Hanim memulakan perbicaraan.

"Kenapa Ayla tak makan mee goreng tu? Tak sedap ke Mak Konah masak?" Lembut sahaja Datin Hanim menuturkan soalan-soalan itu.

"Ermm, Ayla takde selera lah aunty. Eyh, mummy." Tersasul mulut Ayla dengan panggilan buat Datin Hanim.

"Aku takde pun sentuh kau lagi. Mengada takde selera bagai. Makan je lah. Memilih sangat pasaipa tak tau."

"Dah memang takde selera, nak buat macam mana? Mulut tu jangan celupar sangat ya." Ujar Ayla yang sengaja mengecilkan suaranya agar mertuanya dan adik iparnya tidak dapat didengari.

"Kau makan mee goreng tu sekarang, Ayla! Jangan nak mengada sangat." Paksa Darwisy.

"Saya tak nak!" Balas Ayla seraya meminta diri untuk beredar daripada meja makan itu.

            -H A I D E R A W L I Y A-

AIR mata menitis setitik demi setitik. Telefon bimbit jenama nokia itu ditenung. Jari yang sedari tadi mahu menekan nombor Encik Hazman, hanya bermain di tepi telefon itu.

"Ayah, Ayla minta maaf. Ni salah Ayla, ayah. Ayla nak telefon ayah, nak dengar suara ayah. Tapi, nanti ayah tak nak angkat. Tak nak dengar suara Ayla lagi." Tersedu-sedan suara Ayla dik dengan tangisannya.

Terasa seperti seluruh bilik itu bergema dengan tangisannya, Ayla menutup mulutnya menggunakan kedua-dua tangannya.

Dalam masa yang sama, pintu bilik itu dikuak perlahan oleh Darwisy.

1.0 | Ukiran Ini Melambangkan Tulusnya CintakuWhere stories live. Discover now