PERASAAN kecewa dan sedih hadir setelah kaki pendek milik Ayla menapak masuk ke dalam rumah asalnya di kampung yang terpencil itu.
Air matanya gugur saat melihat adik bongsunya seperti mahu meninggalkan mereka semua.
Ayla mendekati tubuh kecil Amani lalu memeluk erat tubuh itu.
Teresak-esak Ayla menangis kerana dia tidak mahu adiknya dijemput ajal di usia yang sangat muda.
"Hey, adik kakak. You are strong, right? Senyum sikit, kakak nak tengok. Amani kata, nak sihat balik? Kenapa Amani sakit ni? Kakak datang dari jauh ni, nak tengok adik kakak sihat balik."
"Maafkan kakak ya, Amani. Kakak tak cukup duit nak tampung kos rawatan adik. Tolong, jangan mengalah. Kakak tahu, adik kuat."
Arif, Aira dan juga Airil turut menangis mendengar luahan daripada kakak sulung mereka. Sanggup pulang ke kampung semata-mata untuk melihat adik bongsu mereka yang sudah seperti nyawa-nyawa ikan itu.
"Kuat, Amani. Duit simpanan kakak tinggal sikit je lagi nak cukup untuk kos rawatan tu. Kesian dekat ayah, Abang Arif, Kak Aira dan Abang Airil. Kami semua nak adik sihat balik."
"Kakak..." Meleret sahaja suara Amani memanggil Ayla.
Kali ini air mata Ayla mengalir tanpa sebarang esakan. Ya, menangis tanpa esakan sangat sakit untuk Ayla rasai ketika ini.
"Ya, sayang. Say something, sayang. Ni, ayah ada dengan Amani ni. Ayah dah macam ibu tau. Jaga Amani daripada Amani lahir lagi. Takkan Amani nak tinggalkan ayah macam tu je." Ujar Ayla seraya mengambil tangan tua milik Hazman lalu mencantumkan dengan tangan kecil Amani.
"Anak ayah. Puteri bongsu ayah ni, kuatkan? Tahan sikit ya, Amani. Ayah janji, duit cukup je kita pergi hospital terus. Ayah tak sanggup tengok puteri bongsu ayah ni merana lagi."
"Ayah... Kakak..." Dua panggilan itu disebut oleh bibir yang kering dan tidak berdaya itu.
Kesakitan yang dirasai oleh Nur Amani Asyilah tersangatlah tidak terjangka betapa sakitnya penyakit itu. 5 tahun dia merasai penyakit jantung berlubang.
"Kakak tahu sakit. Kakak tahu adik tak tahan. Tapi, adik kena kuat untuk kali ni je. Kakak mohon sangat, kali ni je kakak nak adik kuat."
Amani memberikan anggukan kecil. Dalam peritnya menahan sakit, terselit senyuman yang manis hanya kerana mahu menunjukkan bahawa dia sedang menguatkan dirinya sendiri.
"Jom. Kakak bagi adik mandi. Lepas ni kakak bagi makan bubur. Sedap tau Kak Aira masak. Pandai Kak Aira masak." Puji Ayla lalu melihat wajah Aira yang sudah banjir dengan air mata itu.
Selama dia berada di Kuala Lumpur, adik perempuannya yang satu itu menguruskan kerja-kerja rumah. Memasak seorang diri. Tetapi masih dibantui oleh abang dan adik lelakinya.
"Come, Aira." Panggil Ayla seraya menarik perlahan tangan Aira.
Dengan penuh kelembutan, Ayla mengelap air mata Aira yang hanya meninggalkan sisa air mata itu. Dia memeluk erat tubuh kecil Aira bagi menenangkan sedikit perasaan sedih adik ketiganya itu.
"Kalau Aira menangis, Amani lagi sedihlah. Kita semua kena kuat untuk Amani. Amani perlukan kekuatan daripada kita semua, faham?"
"Macam mana Aira tak menangis, kalau adik yang Aira jaga masa kakak takde makin sakit. Aira sayang Amani. Aira tak nak Amani tinggalkan kita." Ujar Aira lalu dia kembali mengalirkan air matanya.
Tersentuh hati kecil Ayla. Dia faham bahawa menjaga adik yang masih kecil sangat susah buat Aira yang baru berusia 10 tahun itu.
"Arif, Airil. Sini dekat kakak." Panggil Ayla untuk adik-adik lelakinya datang menghampiri Ayla.
YOU ARE READING
1.0 | Ukiran Ini Melambangkan Tulusnya Cintaku
Novela JuvenilThe truth of the couple is very important in a relationship because of the loss of trust. As well as the loss of loyalty. NIK DARWISY HAIDER - seorang lelaki berketurunan hartawan dan memiliki sepasang mata berwarna emerald. Angkuh orangnya kerana...