Matanya dibuka perlahan-lahan. Jungyeon merupakan seorang anak perempuan yang mempunyai 2 orang abang. Ibu bapanya merupakan orang yang berjaya, kerana kesibukan, ibu dan ayahnya jarang meluangkan masa bersamanya. Dia hanya bermanja dengan abangnya dan pembantu rumah yang di upah oleh ayahnya.
Hari ini seperti biasa,dia akan bangun dan bersiap untuk kesekolah. Dia menyikat rambutnya yang lurus itu lalu mengikatnya. Dia memakai sedikit pewarna bibir agar dirinya tidak kelihatan pucat. Kerana kulitnya yang sangat putih, menyebabkan dia sering kelihatan sakit dan lesu.
"Jungyeon! Jom makan!" kedengaran suara garau Junghwan yang merupakan abang sulung kepada Jungyeon. Jungyeon menjamah sedikit roti yang berinti jem strawberi itu lalu diteguknya air susu yang dibuat oleh abangnya dan bergegas untuk kesekolah. Pemandu peribadinya sudahpun bersedia dengan kereta di hadapan pintu rumahnya.
Sebelum terus berangkat kesekolah, Jungyeon akan pergi menjemput dua orang sahabatnya untuk pergi kesekolah bersama.
DI SEKOLAH...
"Jungyeon, aku dengar kelas kita akan ada budak baru" ujar Dahyun sambil menbelek buku-buku yang berselerak di atas mejanya. Jungyeon hanya mengangguk perlahan. Chaeyun yang dibelakang mendengar perbualanya. Dia juga merupakan kawan rapat Jungyeon."Hah? Ada budak baru ke?" tanya Chaeyun hairan kerana dia tidak tahu tentang ini.
"Rasanya la... Sebab aku dengar ketua kelas sembang dengan kawan dia tadi"balas Dahyun. Chaeyun hanya tersenyum.
"Jungyeon," panggil Dahyun sambil menyiku tangan Jungyeon."Haih... Apa dia?" balas Jungyeon mengluh.
"Agak-agak dia hensem tak?" tanya Dahyun dengan mengangkat keningnya. Jungyeon menghijutkan bahunya.
"Buku" pinta Jungwon dengan tiba-tiba."Buku apa" soal Junyeon.
"Kerja sekolah yang cikgu bagi semalam. Siap tak?" soal Jungwon pula. Jungyeon termenung sebentar untuk mengingati latihan yang dikatakan.
"Ah!" kata Jungyeon lalu mengeluarkan buku tugasanya. Jungwon mengambil buku itu dengan berbalaskan senyuman. Sementara itu Chaeyun sedang berbual dengan Dahyun.
"Weh Jungyeon, aku dengar budak baru tu lagi tua dari kita..."kata Dahyun bersemangat tetang budak baru itu."Macamlah kelas kita ni semua orang sama umur" balas Jungyeon."Tapi aku dengar dia 4 tahun lagi tua dari kita"
Jungyeon terkejut mendengar kenyataan itu namun dia cuba untuk mengawal dan tidak menunjukanya. 4 tahun lagi tua? Mesti susah hendak berinterakasi dengan dia.
Pintu kelas diketuk, lalu pensyarah kelas itu pun melangkah kaki kedalam kelas di ikuti oleh langkah seorang lelaki.
"Baik kelas, seperti yang sedia maklum hari ini kelas kita akan menerima seorang murid baru" ujar guru itu."Sila perkenalkan diri" arah gurunya terhadap pelajar baru itu.
Pelajar itu mengangkat mukanya yang hanya tertunduk dilantai dari tadi. Saat wajahnya jelas ditunjukan, kedengaran beberapa orang pelajar perempuan yang berbual dan ketawa sesama sendiri. Mungkin kerana kagum dengan kekacakan lelaki itu.
"Hi, naneun Lee Heeseung imnida"ujar pelajar itu."Baiklah Heeseung, kamu boleh duduk di mana-mana kerusi kosong yang kamu mahu." kata guru itu kembali. Ada beberapa orang yang menawarkan kerusi untuknya.
"Baiklah, sekarang sila buka buku anda"pinta guru tersebut.
DI AKHIR WAKTU KELAS...
"Itu sahaja yang kita belajar hari ini. Saya mahu anda semua buat kerja yang diberi secara berpasangan." pinta guru tersebut dan terus berlalu pergi.
Semua pelajar perempuan berpusu-pusu mengnalkan diri kepada Heeseung kecuali Jungyeon. Dia tidak terlalu tertarik hendak terlibat di situasi itu. Ya memang lelaki itu terlihat kacak tapi itu tak bermakna Jungyeon akan beria denganya. Ramai yang meminta Heeseung untuk berpasangan dengan mereka untuk tugasan yang diberi. Namun pandangan Heeseung lebih tertumpu kepada Jungyeon. Gadis yang bersahaja.
Perlahan-lahan Heeseung berjalan mendekati Jungyeon."Heeseung" ujar Heeseung menghulurkan tangan untuk berkenalan dengan Jungyeon.
"Aku tahu lah..." balas Jungyeon. Heeseung hanya menganggukan kepalanya."Kita satu pasangan untuk kerja sekolah tu nak?" pinta Heeseung. Jungyeon menyusun buku-buku di atas mejanya dan berkata "sorry but it's not interesting" dengan satu jelingan tajam.Jungwon mendekati mereka."Sorry hyung, tapi saya dengan Jungyeon satu pasangan" sampuk Jungwon yang baru sahaja sampai disitu. Perkataan itu benar-benar menyakitkan hati Jungyeon."Oh macam tu rupanya. Kalau macam tu terpaksa lah saya cari pasangan lain" ujar Heeseung dan terus berlalu dari situ.
"Jungwon aku tak perlukan bantuan kau" kata Jungyeon. "Aku tak kan biar dia ganggu kau"balas Jungwon.
Dulu dia pernah menyukai Jungwon namun cintanya hanya bertepuk sebelah tangan kerana dikatakan Jungwon sudah mempunyai kekasih. Namun beberapa bulan kemudian dia diberitahu kalau Jungwon sudah pun putus dengan kekasihnya. Namun perasaan Jungyeon sudah tiada untuk Jungwon walaupun Jungwon sudah tidak berpunya lagi. Jungyeon mula menjauhkan diri darinya. Apabila Jungwon bertanyakan hal itu kepada Dahyun dan Chaeyun, sudah tentu mereka menceritakan perkara yang sebenar. Sejak itu Jungwon cuba mendekati Jungyeon semula kerana dia tidak sedar kalau dia pernah melukakan hati gadis itu.
"Sorry" ujar Jungwon sebelum dia beredar dari situ. Hampir setiap hari Jungwon meminta maaf kepadanya. Dia sudah pernah berkata kalau dia sudah memaafkan Jungwon. Namun perasaan suka itu tidak akan kembali.
Mungkin kerana itu, Jungwon masih mengejar dirinya.
YOU ARE READING
THE TRUE
FanfictionTidak pasti dengan perkara yang sedang berlaku. Jungyeon mendapat satu ugutan pembunuhan dari seseorang, pada mulanya dia hanya menyangka kalau itu hanyalah satu gurauan. Namun apabila hari-hari mula berlalu, makin ramai orang kesayanganya pergi. Ad...