Jungyeon membuka matanya perlahan-lahan kepalanya sedikit pening. Dia melihat sekelilingnya. Dia seperti di dalam sebuah bangunan lama. Saat dia ingin bangun dan cuba keluar dari bangunan itu dia tersedar kalau kakinya di kunci dengan satu rantai besi. Tidak jauh darinya di depan ada seorang lelaki yang bersandar di dingding. Jungyeon merhatikan lelaki itu. Kaki lelaki itu juga di kunci dengan rantai besi yang sama.
Jungyeon cuba melepaskan kakinya dari rantai kunci itu tapi tak berjaya.
Disebelahnya ada seketul batu kecil, Jungyeon mencapai batu itu lalu dilemparkan kepada lelaki itu. Sebaik sahaja lelaki itu mengangkat mukanya apabila terkena batu hasil balingan Jungyeon tadi, degupan jantung Jungyeon berjalan dengan laju."Jungwon?"
Lelaki itu hanya tersenyum.
"Kan aku dah cakap hati-hati..." perlahan suara Jungwon.
Jungyeon melihat tubuh Jungwon penuh dengan darah dan luka.
"Kau dah kenapa?" soal Jungyeon lagi. Dia betul-betul berasa panik.
Kemudian ada seseorang masuk dan mendekati mereka di iringi oleh dua orang lelaki. Mereka berpakaian putih.
"Heeseung?"
"Yes, it's me"
Jungyeon betul-betul terkejut. Dia meronta-ronta minta untuk dilepaskan.
Heeseung memakai sarung tangan getahnya dan menyuruh dua orang lelaki tadi melepaskan Jungwon.
Dua orang lelaki itu hanya mengikut perintahnya.
Heeseung bersandar di sebelah Jungyeon.
"Apa awak buat ni? Lepaskan saya..." ujar Jungyeon dengan nada yang sedih. Matanya mula berkaca.
"Lepaskan kau?"
Jungyeon sangat takut. Adakah ini penyakit yang Sunoo maksudkan di tempoh hari?
"Kenapa awak buat macam ni?"
Heeseung masih tersenyum. Puas betul dia melihat wajah Jungyeon yang sedang merana.
"Aku buat macam ni sebab aku benci kau" balas Heeseung sambil tergelak kuat.
"Apa salah saya kat awak?"
Sebelum sempat Heeseung membalas pertanyaan Jungyeon, dua orang pebantunya tadi telah kembali dengan Jungwon.
Heeseung berdiri dan mendekati dua orang pebantunya.
"By the way, aku nak kenalkan kau dengan dua orang suruhan aku. Jaehyun dan Jongseong."
Jungyeon hanya mendiamkan diri melihat keadaan Jungwon setelah kembali.
"Kau nak tahu kan sebab apa aku buat kau macam ni?"
Jungyeon mengangguk lemah.
"Sebab aku benci kau..."
"Kalau kau nak tahu... Aku lah yang hantar surat ugutan tu kat kau." sambungnya lagi.
Apa? Heeseung orang yang telah hantar semua ugutan tu?
"Tapi kenapa awak benci saya?" soal Jungyeon dengan air mata yang berlinangan.
"Kalau kau nak tahu, dulu ayah kita berdua rakan sekerja. One day, syarikat ayah kau hampir bankrap. So ayah aku lah tolong. Tapi Disebabkan ayah kau tamak sangat, dia cuba untuk rampas syarikat ayah aku. Ayah aku suruh ayah kau pulangkan balik syarikat tu tapi ayah kau tak nak. Lepas tu ayah kau lemparkan tuduhan yang ayah aku makan rasuah." jelas Heeseung.
"Saya minta maaf. Tapi saya tak tahu pun tentang tu" mohon Jungyeon.
"Kau tahu tak lepas tu ayah aku kena tangkap! Lepas dia keluar dari penjara tu mak dan ayah aku bercerai! Kau tahu tak!? Dia bunuh diri kau tahu tak!? Semua disebabkan bapak kau yang tak guna tu!" tengking Heeseung.
"Saya mint.." belum sempat Jungyeon menghabiskan ayatnya, Heeseung telah menarik rambutnya dan menyeretnya ke dalam satu bilik yang berjauhan dengan Jungwon.
Jungyeon mula menangis teresak-esak.
"Senyaplah sial! Serabut tau tak dengar kau menangis" jerit Heeseung menampar muka Jungyeon agar perempuan itu senyap.
"Awak sepatutnya bagitau polis. Bukanya menghukum orang macam ni"
"Aku nak report polis? Banyak kali dah aku buat macam tu. Tapi bukanya diorang nak percaya. Sebab aku ada penya..." suara Heeseung terhenti.
"Sebab awak ada penyakit?" soal Jungyeon.
Sekali lagi tapak tangan Heeseung menyinggah ke muka Jungyeon.
"Diamlah!"
"Heeseung... Kalau awak benci saya awak buat lah apa yang awak nak buat tapi tolong lepaskan Jungwon. Dia tiada kena mengena pun" balas Jungyeon lemah. Dia betul-betul penat.
"Lepaskan Jungwon? Heh... Aku tak kan lepaskan sesiapa yang cuba lindungi kau" sinis.
"Sebenarnya aku nak bunuh ayah kau je... Tapi aku rasa tak berbaloi. Lebih baik aku seksa dia dengan kehilangan orang yang dia sayang. Tapi tu lah dia macam tak kisah pun. Tengok cara dia lepas abang kau mati... Ada dia kisah? Tak kan... "
"Awak ke yang bunuh abang saya?"
"Hehe... Ye aku yang bunuh abang kau. Bukan abang kau sorang je, tapi semua orang disekeliling kau." balas Heeseung.
Penyataan itu benar-benar membuat Jungyeon terkejut dan sedih. Orang yang dia anggap sangat baik rupa-rupanya adalah dalang di semua ini. Malah dia tidak pernah tersedar.
"Kenapa awak bunuh abang saya?"
"Haih... Apasal kau bodoh sangat?" soal Heeseung sambil mengetuk-ngetuk kepala Jungyeon.
"Kau kenal Lee hannah?"
Jungyeon hanya mendiamkan diri sambil ligat memikirkan siapa.
"Dia pebantu rumah kau yang ayah kau pecat tu..."
Jungyeon menganggukan kepalanya.
"Dia tu yang jaga aku dari kecik. Bila dah besar ni aku fikir nak balas jasa dia. Tapi satu hari aku dapat tahu yang dia bunuh diri terjun bangunan. Sebelum dia mati dia ada cakap kat aku yang dia kena buang kerja sebab tuduh abang kau si Junghwan tu cuba cabul dia. Dia cakap dia tak tipu. Bila dia buat test dapat result positive. Sebab tu dia bunuh diri. Dia takut aku tak terima kekurangan diri dia" panjang lebar cerita Heeseung.
Jungyeon yang mendengarnya rasa bersalah.
"Sebab tu aku bunuh Dahyun dengan cara yang sama macam penjaga aku mati" sambunya lagi.
Jungyeon menangis lagi. Dahyun kawan baiknya.
Heeseung benar-benar puas melihat wajah perempuan itu menagis kerana terseksa.
Sebelum meninggalkan Jungyeon di bilik itu sendirian, Heeseung mengigit jarinya sedikit sehingga berdarah lalu mengesat air mata Jungyeon menggunakan jari yang luka tadi.
"Maaf"
Bisik Heeseung sambil tersenyum sinis lalu meninggalkanya.
YOU ARE READING
THE TRUE
FanfictionTidak pasti dengan perkara yang sedang berlaku. Jungyeon mendapat satu ugutan pembunuhan dari seseorang, pada mulanya dia hanya menyangka kalau itu hanyalah satu gurauan. Namun apabila hari-hari mula berlalu, makin ramai orang kesayanganya pergi. Ad...