"Jungwon! Jungyeon! Bangun!" Jongseong cuba mengejut mereka.
Jongseong dan Jaehyun membuka rantai kunci di kaki mereka dengan tergesa-gesa.
"Polis dah datang" beritahu Jaehyun kepada mereka.
"Polis?" soal Jungwon kehairanan.
"Macam mana polis boleh tahu kitorang kat sini?" sambung Jungwon lagi.
"Bendul betul lah budak ni" getus hati Jungyeon. Sudah tentu polis akan datang kerana semalam Sunoo sudah menjumpai mereka.
"Kitorang lepaskan kau kat sini tau... Nanti pandai-pandailah korang balik dengan polis tu." ujar Jongseong.
"Korang nak pergi mana?" soal Jungyeon pula.
"Nak larilah... Takkan kitorang nak ikut polis pergi masuk lokap pulak" balas Jongseong lagi.
"Buat apa nak lari?" kini giliran Jungwon pula menanyakan soalan.
"Haih... Berhari-hari kena kurung kat sini pun masih tak faham lagi?" Soal Jongseong. Menjengkelkan pula apabila dia harus melayan budak-budak yang tak berapa nak pandai ni.
"Kitorang kan selalu pukul korang, dera korang... So kitorang nak larilah" jelas Jongseong lagi.
"Korang pukul kitorang je.. Tak bunuh pun" balas Jungwon.
"Memanglah... Aku tak bunuh orang tapi si Jaehyun tu hah.. Dia tu dulu pembunuh upahan. Memang polis tengah buru dia sekarang ni. Kalau dia ada kat sini nahaslah nanti" terang Jongseong lagi.
"Aku harap korang tak benci aku sebagai pembunuh" sampuk Jaehyun perlahan.
Jungwon dan Jungyeon hanya tersenyum. Takkan lah mereka nak benci Jaehyun yang dah membuat baik denganya.
"Tapi kenapa kau tak bunuh kitorang?" soal Jungyeon pula.
"Sebab Heeseung tak suruh"
"Dahla tak de masa nak sembang... Kitorang kena lari. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Bye" kata Jaehyun dan terus berlari meninggalkan tempat itu. Perlahan-lahan susuk tubuh mereka pun tidak kelihatan lagi.
Jungyeon dan Jungwon pun cuba mencari jalan keluar. Apabila mereka keluar, banyak kereta polis yang sedang menunggu mereka. Jungwon terus berlari ke arah ibu bapanya. Manakala Jungyeon hanya berlari ke arah ibunya walaupun ayahnya ada disitu.
"Jungyeon... Kamu tak apa-apa?" soal ibunya memeluk erat tubuh Jungyeon.
Jungyeon hanya menggelengkan kepalanya.
Heeseung yang baru sampai disitu terkejut apabila ada polis di situ. Nasib baik dia tidak menunjukan dirinya lagi. Heeseung melangkah kebelakang perlahan-lahan namun dia terpijak sebatang kayu yang menyebab kehadiranya disedari.
Dia terus berlari dan meninggalkan tempat itu. Beberapa anggota polis cuba mengejarnya.
Jungwon dan Jungyeon diminta ikut ke balai untuk memberi keterangan.
______________________________________Jungyeon menceritakan semua kejadiaan termasuk kesalahan ayahnya. Dia rela ayahnya dipenjarakan.
Apabila sudah selesai memberi keterangan, Jungyeon pulang kerumah.
Dirumah nya ada sebuah kereta polis untuk menahan ayahnya.
"Tolonglah! Aku tak salah!" rayu ayahnya kepada pihak polis namun tidak dihiraukan.
Ayahnya meminta bantuan dari Jungyeon juga tetapi Jungyeon tidak mahu membantu ayahnya. Biarlah ayahnya tanggung semua kesalahan yang sudah dilakukan.
Jungyeon juga mendapat panggilan dari pihak polis dan diberitahu kalau Heeseung sudah berjaya ditangkap.
Jungyeon sangat gembira kerana dia boleh menjalani kehidupanya seperti biasa.
YOU ARE READING
THE TRUE
FanfictionTidak pasti dengan perkara yang sedang berlaku. Jungyeon mendapat satu ugutan pembunuhan dari seseorang, pada mulanya dia hanya menyangka kalau itu hanyalah satu gurauan. Namun apabila hari-hari mula berlalu, makin ramai orang kesayanganya pergi. Ad...