UGUTAN

41 9 4
                                    

Hari ini hari cuti sekolah, kebiasaanya pada waktu pagi Jungyeon akan keluar bersama kawan-kawanya. Namun hari ini dia berasa malas hendak keluar.

Memandangkan dia ada tugasan yang perlu dibuat, Jungyeon duduk di meja belajarnya dan berfikir tentang tugasan yang diberi.

Jungyeon mengetuk-ngetuk pensilnya di meja yang menghasilkan bunyi bising.

Jungyeon termenung sebentar.

Kemudian dia mendapatkan idea.
"Apakata kalau aku buat tema tentang kejadiaan hari tu... Aku tukarlah sikit temanya. Contohnya macam ANTI BUDAK LORONG ke?" katanya sendirian lalu ketawa.

Ding! Dong! bunyi loceng rumahnya berbunyi. Oleh kerana biliknya ditingkat bawah dan bilik abang-abangnya di tingkat atas menyebabkan hanya dia yang boleh mendengar bunyi loceng itu. Dia bingkas bangun dari kerusi belajarnya lalu ke luar untuk membuka pintu.

Sewaktu dia membuka pintu, dia tidak melihat sesiapa yang berdekatan di situ. Alang-alang sudah berdiri di depan pintu dia terus mengambil surat-surat yang di hantar kerumahnya.

Perhatianya tertumpu pada satu surat yang bertuliskan

(Dear Jungyeon)

Jungyeon meletakan semua kertas diatas meja ruang tamu kecuali surat yang bertuliskan namanya.

Dia meniarap di atas katilnya, lalu membuka sampul surat itu.

Dia membaca isi surat itu satu persatu.

DEAR CHOI JUNGYEON,

SIAPA AKU TAK PENTING, AKU CUMA NAK PESAN BERHATI-HATILAH DALAM HIDUP KAU BUAT SEMENTARA NI SEBAB AKU AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAU. AKU DAH LAMA NAK CAKAP YANG AKU DAH LAMA BENCI KAU SEJAK HARI PERTAMA KITA JUMPA. AKU TAK AKAN BUAT HIDUP KAU TENANG. KALAU PERLU AKU AKAN BUNUH KAU. AKU MEMANG CUBA UNTUK BUNUH KAU SECARA DIAM-DIAM. JADI SILALAH BERHATI-HATI.

                LH-             

Jungyeon terkejut membaca isi surat tersebut.

"Dah lama benci aku sejak hari pertama kita berjumpa?" Jungyeon agak kehairanan.

"Tak de apa-apa kot... Ni manusia-manusia yang tak waras saja nak bergurau kot" ujar Jungyeon cuba untuk menenangkan diri sendiri.

Dia menyimpan surat itu bertujuan untuk menunjukan kepada kawan-kawanya. Dia tidak akan memberitahu abang-abangnya tentang surat itu kerana tidak mahu membuatkan mereka risau.

THE TRUEWhere stories live. Discover now