Seminggu dibazirkan begitu sahaja. Dengan kesedihan yang dihadapi Jungyeon maka masa tugasan mereka tinggal sedikit.
Heeseung juga tidak mahu mendesak dan memaksa Jungyeon untuk membuat kerja bersamanya. Dia faham perasaan Jungyeon yang sedang sedih.
Tapi sudah seminggu Jungyeon tidak menerima ugutan itu.
Itu membuatkan Jungyeon merasa lebih tenang sedikit.
Pensyarah kelas mereka masuk kedalam kelas bersama lagi seorang perempuan.
Jungyeon seperti mengenali individu tersebut. Ya! Dia adalah ibu kepada Chaeyun.
"Kelas, saya ada berita buruk sedikit."
Ujar guru itu lemah.Semua kelas mula memberikan tumpuan penuh.
"Chaeyun sudah meninggalkan kita semua"sambung guru itu.
Semua murid terkejut.
Ibu Chaeyun pula sudah berlinangan air matanya.
Ibu Chaeyun berjalan mendekati Jungyeon.
"Chaeyun suruh bagi ini kat kamu" ujar ibu Chaeyun. Mata Jungyeon mula berkaca.
Ibu Chaeyun memberi Jungyeon sehelai sapu tangan. Dia masih ingat kenangan sapu tangan itu. Dulu, sewaktu mereka baru berkenalan, Chaeyun pernah terjatuh tangga sehingga menyebabkan luka di lututnya. Jungyeon mengeluarkan sapu tangan itu dan mengelap darah Chaeyun yang mengalir. Dia membalut kaki Chaeyun dengan kain itu. Chaeyun berjanji akan memulangkanya.
Kini ibu Chaeyun mendekati Dahyun dan memberi seutas gelang. Gelang itu dibuat khas oleh Chaeyun untuknya kerana hari ulang tahun yang ke-18 Dahyun, Chaeyun tidak sempat memberi hadiah. Pada mulanya dia ingin membuat kejutan. Namun takdir tidak mengizinkan.
Jungyeon dan Dahyun sudah menangis teresak-esak.
Setelah ibu Chaeyun membuat hasrat terakhir Chaeyun, pensyarah dan ibu Chaeyun pun keluar dari kelas.
Suasana masih di isi dengan suara tangisan.
Heeseung berjalan mendekati Jungyeon. Dia mengesat air mata gadis itu.
"It's okay" ucap Heeseung di cuping telinga Jungyeon.
Disudut yang lain, Jungwon hanya memerhatikan kelakuan Heeseung terhadap Jungyeon. Sepatutnya dia yang berada di situ. Jungwon berasa iri apabila melihat interaksi mereka.
______________________________________
Waktu rehat seperti biasa. Ada beberapa pelajar yang sudah tenang dan ada beberapa orang pelajar yang masih sedih.Jungyeon tidak turun ke kantin malah dia ingin menikmati suasana sunyi di dalam kelasnya. Tiba-tiba talefon Jungyeon memberi satu notification.
Unknown number: KAU INGAT AKU LAMA TAK UGUT KAU BERMAKNA AKU DAH LEPASKAN KAU? JANGAN HARAPLAH... JUNGHWAN SETTLE. CHAEYUN SETTLE. LEPASNI... MAYBE JUNGWON PULAK?
Jungyeon terkejut melihat mesej itu. Apa kena mengena dengan Jungwon pula?
Ring! Satu lagi pesanan masuk.
Unknown number: INGAT! JANGAN BAGITAU SESIAPA KALAU KAU TAK NAK DITIMPA NASIB YANG SAMA.
Jungwon? Fikiran Jungyeon mula terganggu. Adakah dia harus selamatkan Jungwon? Tapi bagaimana? Mampukah dia?
Lamunanya terhenti apabila Jungwon masuk ke kelas dan duduk dihadapanya. Jungwon menghulurkan sebungkus roti kosong dan sebotol air mineral.
"Jungwonie..."
"Nae?"
"Kau tak akan tinggal kan aku kan?" soal Junyeon lemah.
"Apani? Tiba-tiba je... Mestilah aku tak tinggalkan kau" balas Jungwon sambil tersenyum sehingga lesung pipitnya terlihat.
"Janji?" soal Jungyeon lagi.
"Janji... Masalahnya sekarang ni, kau yang tengah berusaha nak tinggalkan aku kan"balas Jungwon.
Jungyeon mencebik. Memanglah dia nak jauhkan diri dari Jungwon tapi itu tak bermakna dia mahu kehilangan Jungwon dari hidupnya.
Jungwon tertawa apabila melihat Jungyeon mencebik.
Tanpa mereka sedar sebenarnya Heeseung sedang memerhatikan mereka. Di tangan Heeseung juga ada sebungkus roti jem strawberi kerana dia masih ingat kalau Jungyeon itu ada alahan terhadap kacang. Namun setelah dia melihat Jungyeon dan Jungwon, dia berasa seperti dia tidak diperlukan buat masa ini. Heeseung membuang roti yang dibelinya tadi di dalam tong sampah.
BALIK SEKOLAH...
Seharusnya Jungyeon pulang bersama Sunoo dan Dahyun pada masa ini. Namun Dahyun berkata kalau dia masih ada urusan lain jadi, dia tidak dapat menemani Jungyeon balik.
Kini Jungyeon hanya balik bersama Sunoo.
YOU ARE READING
THE TRUE
FanfictionTidak pasti dengan perkara yang sedang berlaku. Jungyeon mendapat satu ugutan pembunuhan dari seseorang, pada mulanya dia hanya menyangka kalau itu hanyalah satu gurauan. Namun apabila hari-hari mula berlalu, makin ramai orang kesayanganya pergi. Ad...